Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

TIGA BARANG WAJIB BAWA SEMASA TRAVEL

BARANG-WAJIB-BAWA-SEMASA-TRAVEL
Tiga Barang Wajib Bawa Semasa Travel

Kali ini Abang Jay nak info sikit tentang tiga barang wajib bawa semasa travel.Mesti akan ada yang bertanya kenapa tiga barang jer Abang Jay?Sebab bagi Abang Jay hanya tiga barang ni jer yang penting.Barang-barang lain pun penting juga,cuma jika tiada tiga barang ni bagi abang Jay travel tak bermakna langsung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKANAN WAJIB BAWA SEMASA TRAVEL

MAKANAN WAJIB BAWA SEMASA TRAVEL

Berita baik buat semua kaki Travel.

Mychef dengan bangganya memperkenalkan produk baru yang mesra travel,pek kalis air dan sesuai untuk dibawa ke seluruh dunia.Jika sebelum ini Mychef di kenali dengan mengeluarkan produk frozen food.Namun kini Mychef telah menukar strategi pemasaran sekaligus menukar keseluruhan Produk keluarannya.

Kali ini Mychef akan mensasarkan ke golongan kaki Travel,kaki panjat gunung dan juga golongan pekerja yang sibuk.Segmen kali ini Abang Jay nak sembang pasal Travel.Pasal selepas di cuba dan di rasa.Memang sangat sedap.Ops lupa nak inform,Mychef buat masa ini cuma mengeluarkan tiga jenis sku sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Destinasi Percutian Tempatan Paling Trending 2015

trending
Berakhir sudah tahun 2015.Jom kita tengok destinasi percutian tempatan paling trending 2015.Disini aku senaraikan 10 destinasi percutian tempatan paling trending 2015 hasil carian di google trend.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Percutian paling hangat 2015.

pantai tanjung bidara

Pergi bercuti tanpa perancangan awal memang agak huru hara sikit.Mana taknya dalam berborak-borak dengan family diorang kata jom pegi Melaka.Dan aku pulak tu yang kena cari tempat.Dalam kepala aku tempat paling mudah adalah Villa A Famosa.

So,seperti kebiasaan aku akan google dulu sebelum buat reservation.Rancang nak pegi hari sabtu ahad,Nampaknya takda rezeki sebab semua minggu dah penuh.Musim cuti sekolah semua full.Yang ada weekdays sahaja.Setelah berbincang kami pilih hari khamis dan Jumaat memandang Jumaat Selangor cuti (Hari keputeraan Sultan Selangor)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Senarai syarikat penerbangan patuh syariah.

Syarikat Penerbangan
patuh syariah

Senarai syarikat penerbangan patuh syariah didunia.Kalau tak silap aku kat dunia ni cuma ada tiga syarikat penerbangan yang patuh syariah.Dan aku harapkan satu hari nanti agar syarikat Malaysia Airlines berhad atau dulu dikenali dengan nama Malaysia Airline System Berhad (MAS).

Antara syarikat penerbangan yang sudah mematuhi konsep Penerbangan patuh syariah didunia adalah Royal Brunei Airlines (RBA),Saudi Arabian Airlines dan Iran Air.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resort Menarik di Jelebu Negeri Sembilan.

pemandangan dari atas tebat resort
Resort Menarik di Jelebu Negeri Sembilan| Sekali pandang memang menarik Resort ni kan.Aku suka dengan pemandangan sekeliling resort ni.Kalau korang nak tau ini lah Tebat Resort yang berlokasi di Jelebu Negeri Sembilan kalau tak salah aku lah.

Cuma sekarang aku tak pasti sama ada ia dibuka untuk umum ataupun tidak.Aku rasalah kalau resort ni dibuka untuk umum mesti best kan.Tengok kawasan sekitar resort ni.Di kelilingi oleh pokok-pokok yang hijau.Dan yang paling best Tebat Resort ni kat atas air.Mesti cool je kan kalau waktu malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tadom Hill Resort Lokasi sesuai untuk Riadah dan Team Building.

tadom hill resort
Tadom Hill Resort!!!Kenapa aku tak tahu.Padahal lokasinya bukan jauh sangat dengan rumah aku lebih kurang 30 minit jer perjalanan kalau naik kenderaan....Kalau jalan kaki mungkin akan ambil masa tiga hari dua malam kot..haha.

Tau-tau dah viral je kat laman sosial facebook dan blog-blog.So,harini aku free.Aku nak cuba survey tempat ni dulu.Mana tau sesuai untuk aku buat team bulding ataupun tempat untuk riadah bersama keluarga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Air Asia ASEAN TRAVELLER - Sukarelawan diperlukan

Berita baik bagi blogger dan orang ramai yang suka Travel.Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia sedang membuat satu program ASEAN TRAVELLER kalau tak silap lah.

Mengikut perkhabaran yang aku terima Air Asia memerlukan 5 orang yang berkelayakan dalam bidang Beach Specialist,Pro-foodie,Selfie Expert,Instagram Artist dan Extreme Daredevil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cuti-Cuti Malaysia ke Port Dickson - The Guest Hotel & Spa


The Guest Hotel & Spa
Cuti-Cuti Malaysia ke Port Dickson - The Guest Hotel & Spa

Ingatkan cuti sekolah ni,malas nak pergi bercuti.Tapi bila kesian pulak tengok anak-anak aku,asyik tanya jer.

"Cuti ni kita tak pergi jalan-jalan ke ayah"

Kebetulan pulak member ajak pergi bercuti.So,aku kata ok juga.Jadi plan cuti kali ini dilakukan tanpa di rancang,Korang sendiri pun taukan bila tak dirancang jadi macam haru biru sikit la kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dream Trip To Macau.

Dream Trip To Macau.

Buat pertama kalinya aku join contest Nuffnang.Itupun sebab terbaca kat iklan masa buat blogwalking.Nampak macam menarik jer tajuk contest ni Dream Trip To Macau.Hadiahnya merupakan pakej penginapan ke Macau selama 3 hari 2 malam.Harapan untuk dapat tu aku sebenarnya tak kisah sangat pun.Tapi mana la tau tetiba Nuffnang nak bagi.Aku sebat juga la kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cara Untuk Jimat Kos Ketika Melancong

Cara Untuk Jimat Kos Ketika Melancong

Siapa suka melancong?

Aku rasa semua orang jika diberi pilihan pasti suka melancong kan.Bukan semua orang dapat melancong,Bergantung pada poket masing-masing.Sebab melancong samaada dalam negara ataupun melancong ke luar negara memerlukan kos yang tinggi.

Bagi yang kurang berkemampuan cukup sekadar berjalan-jalan sekitar dalam negara sahaja.Dan bagi yang ada budget lebih boleh ke luar negara.Tapi sebelum nak melancong ke luar negara tu aku sarankan korang ikut beberapa tips atau cara untuk jimat kos ketika melancong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempat Menarik Di Filipina.

Tempat percutian Menarik Di Filipina.

Sebelum ni aku tak terfikir langsung pasal Negara Filipina.Sebab dalam bayangan kepala otak aku Filipina adalah sebuah negara yang tak best untuk dikunjungi.Pasal apa,aku sendiri pun tiada jawapan.Tapi sejak akhir-akhir ini,aku ada banyak terbaca pasal tempat menarik Di Filipina.Rupa-rupanya banyak juga tempat yang best kat sana yer.Nampaknya lepas ni kena set up untuk bercuti ke sana pulak ler....Itupun kalau ada budget lebih.Flight untuk ke Filipina aku rasa lebih kurang dua jam sampai kot.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Tiket Snow World,Genting Highland.

Harga Tiket Snow World,Genting Highland.

Walaupun dah beberapa kali aku turun naik ke Genting Highland.Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Snow World.Mungkin sebab percuma agaknya..haha.Tema Snow World kali ini adalah The Story Of ALLICE.Kalau korang tengok betul-betul sebenarnya bukan nama wanita pun,sebenarnya ia adalah perkataan ALL ICE.Harga Tiket untuk masuk ke Snow World bagi dewasa RM30,manakala untuk kanak-kanak RM25.Jika korang mempunyai Genting Reward Card ataupun Worldcard ada special diskaun.Ia dibuka pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30 malam setiap hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tawaran Istimewa Air Asia [ Free Seats ]

Tawaran Istimewa Air Asia [ Free Seats ]

Tawaran istimewa Air Asia bermula lagi.Jom tempah tempat duduk korang sekarang.Bagi yang minat travel inilah masanya kalau nak dapatkan penjimatan yang gila-gila.Tidak terdapat dimana-mana hanya di Air Asia sahaja yang ada promo semacam ini.Sebenarnya aku sendiri pun tak pernah booking lagi benda-benda macamni.Cuma aku rasa teruja nak buat posting ni bila ada terbaca tentang tawaran istimewa Air Asia kat 8SHARE.Jadi aku pun kongsikan dengan semua orang.Berkongsi itu kan elok.Manalah tau ada yang berminat ataupun mungkin ada yang terlalu busy sangat sampai terlupa nak cari.Jadi aku harap perkongsian aku ni dapatlah memberi sedikit manfaat bagi yang berkenaan yer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempat Shopping di Ho Chi Minh,Vietnam.

Tempat Shopping di Ho Chi Minh,Vietnam
Ben Thanh Market

Aku nak cerita sikit pasal tempat shopping di Ho Chi Minh City.Sebenarnya aku ni seorang yang paling tak gemar shopping.Lebih-lebih lagi kalau tempat shopping tu ramai orang,sesak serta panas.kat Ho Chi Minh City tempat shopping yang paling popular adalah Ben Thanh Market.Ia merupakan simbol daya tarikan  Ho Chi Minh City.Ada macam-macam barang kat situ.Dari pakaian,kain ela dan cenderamata semua ada kat situ.Nak cari kopi Vietnam pun ada.

Tentang harga kalau korang pandai buat tawar menawar memang korang akan dapat harga yang paling minimum sekali.Masa kat Ben Thanh Market ni aku follow group perempuan dalam lima orang,sebab aku dapat tahu group ni memang terror buat tawar menawar.Kalau ikutkan hati semua barang nak beli.Memang best kat sini.Cuma yang tak bestnya bila korang masuk je kat dalam dah mula terasa bahang kepanasan ala-ala sauna.Peluh akan mengalir secara senyap.Duit poket juga akan turut mengalir sealiran dengan aliran peluh korang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips Melancong ke Luar Negara.

Tips Melancong ke Luar Negara.

Tips ni sangat sesuai untuk mereka-mereka yang baru first time nak melancong ke luar negara.Kalau korang dah melancong banyak kali,aku rasa tips ni dah tak berapa sesuai kot,bukan apa biasanya kalau orang yang dah biasa melancong ni,mereka pasti dah tau apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan.Betul tak?Aku harap tips melancong ke luar negara ni boleh dijadikan panduan untuk mereka yang memerlukannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masjid Terbesar Di Taiwan

Masjid Terbesar Di Taiwan

Jumlah penduduk Islam di Taiwan sekitar 150,000 - 200,000 sahaja berbanding jumlah keseluruhan penduduknya yang berjumlah 23 juta orang berdasarkan statistik penduduk pada tahun 2013.Setiap tahun hanya sekitar 100 orang baru yang memeluk Islam di sana.Saat aku menulis artikel ini ada lebih kurang 60,000 orang masyarakat tionghua Taiwan yang beragama islam dan selebihnya adalah penduduk Islam dari Indonesia yang menetap dan bekerja  di sana.Bukan semua pekerja Indonesia yang berada disana beragama Islam,sebab Tour Guide aku masa kat sana juga orang Indonesia yang bukan beragama Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Taman Negara Tercantik Di Dunia.

Tanpa sedar hampir 6 hari aku tak update blog rupanya.Bila tahap kemalasan dah mula menguasai diri inilah jadinya.Oklah sebenarnya dah lama aku nak update pasal taman negara tercantik didunia ni..Mula-mula aku tengok dah rasa teruja dengan foto-foto yang terdapat kat internet ni.Kalaulah dapat aku ke taman-taman negara ni kan best.
Berikut antara 10 Taman Negara Tercantik Didunia yang aku rasa memang terbaik sekali untuk dikunjungi.Jom kita terjah dulu.

Taman Negara Snowdonia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Eagle Ranch Resort - lokasi team building pilihan.

Eagle Ranch Resort terbaik
Minggu lepas aku bersama rakan-rakan team Dplanners &Associates sebuah agensi di bawah Public Mutual Bhd berkesempatan untuk ke Eagle Ranch Resort di Port Dickson,Negeri Sembilan untuk sesi rehat dan rawat  (team building).Ini merupakan acara tahunan Dplanners bagi meraikan mereka yang berjaya mencapai target jualan melebihi RM1 Juta setahun.

Aku merupakan salah seorang darinya...tahniah buat diri aku....haha.Seramai 28 orang yang hadir pada kali ini.Ini merupakan kali pertama aku dapat join team building sebegini.Sebelum ni aku tak berkesempatan untuk join.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bersantai bersama keluarga di A'Famosa Resort.

A'Famosa Water World
Kalau korang nak pergi bercuti,aku cadangkan pergi kat A'Famosa ni je.Sebab kat dalam ni ada macam-macam benda korang boleh buat terutamanya bagi yang sudah berkeluarga.Lebih-lebih lagi yang ada ramai anak.hehe......mesti meriah punya kalau datang ke A'Famosa Resort ni.Bulan lepas aku pergi bercuti kesana,Sampai je kat sana,aku terus terjah A'Famosa Water World .Nak masuk kesini parking kena bayar RM3.Murah jer untuk sehari.Tak dapat rate ni kalau parking kat KL kan.Bayaran masuk ke A'Famosa Water World  RM41 untuk DEWASA dan RM36 untuk KANAK-KANAK (rate untuk weekend).Untuk hari biasa harga murah sedikit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...