Alhamdulillah sesi pertemuan bersama Pengarah Urusan Zawara Sdn Bhd,En Mohd Fizal Rashid @ Meck selesai.Kedatangan kami, team marketing Mychef ke Zawara Sdn Bhd adalah untuk menjalin hubungan perniagaan untuk supply Produk sejuk Beku MyChef ke seluruh outlet Zawara Sdn Bhd.
Kedatangan kami disambut mesra oleh En Meck.Lebih kurang 2 jam kami disana membincangkan keadaan semasa ekonomi tempatan dan global.Sebenarnya bukan mudah untuk menjalin hubungan perniagaan bersama dengan sebuah syarikat yang bagi aku dah establish ni.
Sapa tak kenal Zawara?Satu nama yang pernah "VIRAL" tahun lepas.Zawara pernah membuat strategi marketing yang bagi aku memang gila dan boleh dikatakan hampir melanggar undang-undang negara.Mereka menggunakan kenderaan tentera yang diletakkan label Zawara Coffee.Inilah kenderaan tersebut.
Tapi itulah namanya strategi marketing.Idea gila yang paling havock.Dan Sales pun jadi gila.Disebabkan itu sales Zawara Sdn Bhd melonjak naik hampir 300%.Sekarang aku rasa hampir semua orang dah kenal "Zawara".
Ok,sesi pertama dah selesai,lepas ni jika di izinkan kami akan buat food tester produk MyChef terus di outlet Zawara.Inshaa allah doakan kami berjaya mendapat projek kecil ini.
kredit foto keluargaharummanis |
Semasa membuat lawatan di HQ Zawara Sdn Bhd,En Meck ada bawak kami ke Kitchen aku ternampak Lamb Shank.Tiba-tiba selera ni jadi bergelora pulak.Balik dari HQ Zawara Sdn Bhd di Ara Damansara kami singgah ke Outlet Zawara Coffee di Bukit Jelutong.Nasib aku baik,sebab Lamb Shank tinggal 1 jer.Memang rezeki aku la tu nak merasa makan lamb shank zawara.
Sebenarnya perut lapar jadi apa lagi,service memang cepat kat zawara ni plus minus 5 minit,Lamb Shank yang aku order dah sampai.Ok jemput makan semua.Kalau ada rasa macam nak makan lamb Shank tu boleh singgah ke mana-mana outlet Zawara Coffee yang berdekatan dengan anda.Harga tak mahal manapun sekitar RM27 untuk satu hidangan.Boleh makan dua orang sebenarnya.