BORANG Skim Peduli Sihat untuk Rakyat Selangor

kad peduli sihat selangor

Berita baik untuk Rakyat Selangor.Bagi yang masih belum dapat tahu apa itu Skim Peduli sihat mari kita rungkaikan.Skim Peduli Sihat di wujudkan pada bulan Disember 2016 yang lepas,Tujuan utama supaya warga Selangor sentiasa dalam keadaan sihat dan produktif.Ia juga untuk menggalakkan rakyat Selangor sentiasa peka dan peduli dengan kesihatan masing-masing.


Peruntukan sebanyak RM125 juta setahun disediakan bagi memastikan program Peduli Sihat ini berjalan dengan lancar.Skim ini mensasarkan 250,000 keluarga atau sejuta rakyat Selangor yang berpendapatan isirumah RM3,000 ke bawah.

Skim Peduli Sihat diuruskan oleh Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator yang akan membiayai rawatan kesihatan asas kepada setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.

Hanya mereka yang dilahirkan atau menetap lebih 10 tahun di Selangor layak mendapat rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.

Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat,membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan (isteri dan juga anak dibawah 21 tahun mendapat rawatan Doktor di klinik yang berdaftar.

Untuk maklumat umum di bawah Skim Peduli Sihat ini di sediakan 
1.Program Dialisis Rakyat
2.Early Intervention Programme (EIP) -  Program untuk kanak-kanak khas
3.Menangani denggi dan zika

Syarat dan kelayakan untuk permohonan Kad Peduli Sihat Selangor

Warga Selangor di alu-alukan untuk mendaftar dalam KAD PEDULI SIHAT SELANGOR (PERCUMA) - Hanya di Selangor.

Kategori A:
-Untuk Suami dan / atau isteri beserta anak-anak (dibawah 21 tahun) yang berkelayakan.
-Pendapatan isi rumah : RM3,000 sebulan dan ke bawah

Manfaat:
- akan mendapat isi kad bernilai RM500 setahun
- had gunaan  : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan / Perubatan : TIADA
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang akaun utama)

Kategori B: (Bujang)
- individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan
- Pendapatan individu : RM1500 sebulan dan ke bawah.

Manfaat:
- akan mendapat isi kad bernilai RM200 setahun
- had gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan / Perubatan : TIADA
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang akaun utama)

Syarat-syarat 
1.Mesti warga negara Malaysia
2.Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
3.Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohon serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.

Borang boleh di isi secara dalam talian atau dapatkan di pejabat ADUN yang berdekatan.

Pertanyaan lanjut sila layari:
www.pedulisihat.com
hubungi : 03-20893911

MUAT TURUN BORANG DISINI - BORANG PEDULI SIHAT



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...