Layan makan KEBAB TURKI Baba Rafi di Komplek PKNS Shah Alam.Sebenarnya takda niat pun nak makan Kebab Turki Baba Rafi ni,kebetulan pada laluan kami sekeluarga.Biasalah bila perut dah lapar apa yang nampak semua nak.
Anak sulung aku memang peminat Kebab.Jadi dah alang-alang nampak apa kata kata kita try test Kebab Turki Baba Rafi ni.Mengikut wikipedia Kebab Turki Baba Rafi mempunyai lebih 1000 outlet di tiga negara seperti Indonesia,Malaysia dan Filipina.
Kalau dah sampai 1000 outlet tu memang tak dapat di nafikan la ke popularannya kan.Aku jer yang baru tahu pasal Kebab Turki Baba Rafi ni.Sambil-sambil beli tu,best juga tengok cara dia buat Kebab Turki,sangat stylist.Nampak sedap.Harga sekitar RM12 hingga RM16 per pack.
Sebab agak mahal aku beli 3 Pack sahaja.Sesekali makan Kebab Mahal apa salahnya kan.Kalau kebab yang jual di pasar malam tu rasanya kurang sedap,jika nak dibandingkan dengan Kebab Turki jauh panggang dari api kot.
Lokasi Kebab Turki Baba Rafi agak strategik sebab berada di kawasan hotspot.
Awas hanya untuk bawa pulang sahaja,Tiada meja dan kerusi disediakan disini.Nasib baik depan stall Kebab Turki ni ada Restoran Sate Kajang Haji Samuri.
Ok,Kebab dah siap.Kita tumpang makan kat Restoran Sate kajang Haji Samuri.Alhamdulillah banyak meja kosong kat dalam ni.
Sambil My Lovely Wife beratur beli sate dan air meh kita tengok cara pembungkusan Kebab Turki Baba Rafi.Memang cantik cara pembungkusannya.Cuma tarik tuil yang disediakan di bahagian tepi untuk mula menikmati kebab turki yang lazat ni.
Masing-masing nampaknya sedang menikmati rasa Kebab Turki Baba Rafi,Aku hanya mampu melihat dan sesekali aku rembat juga sebab tak tahan tengok.Setiap sorang aku ambik rasa sikit.
Lastly aku yang kenyang.Rasa sekali nak gigit dua kali.Betul-betul guna kuasa veto ni.Bila sate sampai masing-masing dah kenyang.Nasib baik beli sikit,kalau banyak terpaksa tapau bawak balik sate. tu.
Okey kalau ada yang nak cuba rasa kenikmatan rasa Kebab Turki Baba Rafi yang glamour ni boleh datang ke Kompleks PKNS Shah Alam.
Untuk kawasan lain tolong tanya Encik Google ye.Yang aku tau cuma kat sini jer.
Kalau susah sangat nak cari tempat atau tiada masa,cari je resipi mudah untuk Buat Kebab Turki.Inshaa Allah mesti ada punya.
Perut dah kenyang hati pun senang.Sebelum pulang apa kata kita singgah dulu kat kedai "USTAZ" cari apa yang takda charger handphone,earphone ke,apa-apa je lah.
Jom Shopping jap.
Jumpa lagi,Bye