Percutian menarik di AL Cabin Camp,Pulau Carey
Percutian Menarik di Al Cabin Camp, Pulau Carey,buat kali pertamanya aku pergi bercuti ke tempat yang paling dekat dengan rumah,Jarak lebih kurang 20 minit dengan menaiki kereta.Selepas merancang hampir sebulan,bukan main susah nak dapat sebab boleh dikatakan Al Cabin Camp sentiasa penuh bila hujung minggu.
Harganya sangat berbaloi,jika anda sedang mencari tempat percutian budget boleh lah datang ke Al Cabin Camp,Pulau Carey.
Sebenarnya ini pengalaman pertama aku bercuti ke tempat-tempat yang begini.Jauh dari suasana bandar,Lokasi Al Cabin Camp adalah di Kampung Melayu Pulau Carey.Bagi yang belum pernah sampai ke Pulau Carey boleh datang ke Al Cabin Camp.
Suasana di Al Cabin Camp adalah sangat-sangat mendamaikan.Di kelilingi oleh pokok kelapa sawit.Bila malam kedengaran muzik dari sang cengkerik.Memang best.Langsung tidak kedengaran bunyi dari enjin kereta atau pun motorsikal.
Budak-budak macam biasalah,sampai je terus terjun kat kolam renang.Untuk maklumat anda semua.Bilik penginapan di Al Cabin adalah sangat terhad ,ada lebih kurang 8 atau 9 bilik sahaja dengan kapasiti maksimum 3 atau 4 orang satu bilik.Tak boleh sumbat lebih-lebih nanti pihak pengurusan tak bagi.
Pihak pengurusan Al Cabin Camp sangat mesra pelanggan,Jadi tak perlu rasa malu jika ada apa-apa masalah sila ajukan sahaja.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Al Cabin Camp.Antaranya selain dari mandi kolam adalah seperti Bermain kayak,rasai pengalaman memandu ATV,anda juga boleh memncing dan mengisa serta boleh juga berkayak.
Rasa teruja anak bujang aku dapat memandu ATV secara solo,mana taknya kalau kat rumah nak dapat peluang naik motor amatlah tipis dan hampir tiada peluang.Bila sampai kat Al Cabin Camp dapat bawak sendiri ATV tu yang rasa seronok sangat.Habis di rondanya kawasan kebun sawit tu.
Naik ATV untuk 1 pusingan yang pertama dikira RM10 dan pusingan yang seterusnya dikira RM5 satu pusingan.Apapun jika anda dah terlebih pusing pihak Al Cabin Camp ada sedikit diskaun.Jangan risau pusing je kasi puashati.
Dah habis ber ATV kita layan kayak pulak.Bersantai-santai atas air.Bukan senang nak rasa suasana sweet cenggini kan.Hanya di Al Cabin Camp je boleh buat.Dah penat mendayung kita bagi orang depan pulak kayuh keliling kolam.
Kos untuk berkayak kami habis sekitar RM30 sahaja untuk 1 hingga 2 jam.(4 kayak dan 1 sampan)
Macam ni la jadinya bila dah lama tak memancing,last memancing tahun 2002.Lama sangat kan.Jadilah lepaskan gian sekejap.Menurut pihak Al Cabin Camp ikan yang ada di kolam kebanyakannya ikan siakap liar.
Paling berat pengunjung pernah dapat sekitar 1.8 kilo.Dan yang tak naik ada sekali dianggarkan berkilo-kilo beratnya.Tempat memancing,berkayak dan ber ATV adalah khas untuk pengunjung yang menginap di Al Cabin Camp sahaja.Tidak dibuka kepada umum.
Kos untuk memancing - jika ada Joran sendiri boleh bawa anda hanya perlu bayar RM3 sahaja per/joran.Jika anda dapat ikan bayaran akan dikenakan berdasarkan berat ikan.Sekilo RM15.
Jika tiada Joran pihak ada Al Cabin Camp ada menyediakan joran dan umpan.Kos RM3 untuk joran dan umpan RM1 untuk 3 ekor anak ikan hidup.
Okey aktiviti outdoor dah selesai,jom kembali ke Al Cabin Camp untuk isi perut.Kat sini anda diberi pilihan untuk masak sendiri atau boleh ambik pakej makan sekali.
Nak masak boleh ,tak nak masak pun boleh.
Kalau nak sewa ruang dapur RM25 sahaja.Dapur lengkap dengan peralatan yang selayaknya la ye.cuma bahan basah kena bawa sendiri.
Jika nak ambik pakej makan boleh booking siap-siap semasa datang ataupun semasa buat booking.
Kami ambik pakej makan sebab ruang dapur dah ada orang lain booking,first come first serve.Jadi kami cuma ambik ruang untuk ber BBQ,Cuma bakar sate je malam tu sebab perut pun masing-masing dah kenyang dengan menu Al Cabin Camp.
Disinilah tempat kami makan selama 2 hari 1 malam di Al Cabin Camp.Boleh muat sekitar 20 orang untuk satu-satu masa.
Jika tak cukup tempat kat sini pun boleh guna.Berhadapan dengan ruang dapur.depan sana tu adalah tempat solat ataupun boleh digunakan sebagai dewan terbuka (yang sebelah kiri).
Gambar bilik tak sempat nak ambik sebab terlupa,kejap je dah nak balik.2 hari 1 malam macam tak rasa.Apapun Percutian di Al Cabin Camp sangat seronok,kami dapat rasa apa yang kami belum pernah lalui.Penuh dengan aktiviti sampai terlupa nak makan.Cuma tak lupa nak balik la.
Sebelum pulang sempat kami bergambar bersama Pemilik Al Cabin Camp Tuan Kasim yang sangat mesra dan peramah.Terima kasih kepada semua layanan anda sangat bagus.Sehingga meninggalkan kesan yang mendalam buat kami.
Insahaa Allah ada rezeki kami datang lagi.
Sebelum terlupa just nak inform kos kami ambik 3 bilik atas (berhawa dingin) untuk 4 dewasa dan 7 kanak-kanak siap makan dan minum (makan malam+ sarapan pagi) + aktiviti outdoor (memancing,ATV dan kayak) selama 2 hari 1 malam adalah sebanyak RM500 sahaja.
Jika anda rasa inilah tempat percutian budget yang penuh dengan aktiviti sila lah datang,jangan segan jangan malu.Jika nak kurangkan budget lagi boleh kurangkan aktiviti dan boleh masak sendiri.
Sehingga jumpa lagi....Bye.