Percutian di Genting Highland

first world hotel

Dimusim cuti sekolah ni,saya dan keluarga berkesempatan untuk pergi bercuti ke Kawasan tanah tinggi Genting Highland selama dua hari satu malam.Kami sekeluarga  menginap di First World Hotel.Kami sampai untuk check in pkl 4 petang ,agak terlewat sedikit kerana jalan yang agakk sedikit semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur.Tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan disana kerana out door theme park ditutup buat sementara waktu sehingga 2015 untuk pembinaan 20th Century Fox Theme Park.Tapi jangan risau indoor theme park dan lain-lain aktiviti masih beroperasi seperti biasa.


first world hotel


 
stars on strings

Pada pukul lima petang kami sekeluarga menonton persembahan Stars On String di Genting International Showroom.Ia Merupakan persembahan Puppet atau boneka terbaik dunia  dan buat pertama kalinya diadakan di ASIA yang di kendalikan oleh Mr. John Chisholm dan Mr.Josef Probst.Akan berada di Genting dari 16 Nov sehingga 9 December 2013.So,bagi yang belum tengok boleh datang cepat.sehari ada dua kali persembahan pukul tiga petang dan pukul 5 petang. Persembahan berlangsung selama tiga puluh minit.Ternyata amat menghiburkan sekali dapat tengok secara live .selalu tengok kat TV jer pun.Anak-anak saya amat seronok sekali..Harganya pun agak berpatutan.Apa yang penting kita enjoy.....Dan selepas persembahan kami berpeluang untuk sesi bergambar bersama pengendali boneka.Jangan tak percaya ,anggaran berat boneka ada yang seberat 20 kilo bagi sebuah boneka tu...jadi ia memerlukan latihan dan stamina yang banyak.

stars on strings
Tergedik-gedik budak kecik ni semasa persembahan berlangsung.seronok sangat tengok puppet kat pentas.
stars on strings
stars on strings
stars on strings


stars on strings
stars on strings

Bergambar dengan performer Mr. John Chisholm dan Mr.Josef Probst,Mereka berdua amat sporting.


stars on strings
stars on strings

Antara puppet atau boneka yang dimainkan semasa persembahan.

stars on string
stars on strings


Percutian kami di Taja sepenuhnya oleh Resort World Genting.untuk entry selanjutnya saya akan post tentang Fantastica 2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...