FanTasTica 2! di Genting International Showroom.

Sambungan entry yang lepas Percutian Di Genting Highland.     
                                                                fantastica 2!
Selepas makan malam di Coffee Terrace, kami sekeluarga pergi Genting International Showroom untuk menyaksikan persembahan FanTasTica 2!Tempat yang sama untuk acara Stars On Strings.Untuk masuk ke sini penonton kena beli tiket dulu .Harga tiket seperti table dibawah.



Price ScaleNormal PriceEarly Bird
Promotion 
AdultChildAdult
VIPRM115RM60RM69
PS1RM85RM45RM51
PS2RM55RM30RM33

Sebenarnya pihak Resort world Genting  juga menyediakan pakej sekali dengan penginapan untuk menonton Persembahan FanTasTica 2!.
Untuk mendapatkan pakej-pakej yang ditawarkan pada harga yang menarik ,anda boleh ke page Resort World Genting.

Ternyata memang menghiburkan ,terdapat pelbagai persembahan yang di persembahkan kepada penonton.Antaranya  Rola-Rola,comedy yang mencuit hati oleh Dany Daniel dan Edina,Up Side Down,Bubble,Deo Aqua dan persembahan tarian.

ROLA-ROLA
fantastica 2
fantastica 2

Persembahan Rola-Rola oleh Dany Daniel dan Edina.Memang agak menyeramkan masa tengok sebab macam nak jatuh jer rasanya.

fantastica 2
Ini dia gambar Dany Daniel dan Edina yang sempat saya ambil sebab mereka nak cepat katanya.

Upside Down
fantastica 2
fantastica 2

Ini antara persembahan paling menggerunkan sebab mereka berdua buat secara terbalik kaki diatas dan kepala dibawah.Tapi kami semua seronok.Persembahan up side down ni lebih kurang 10 minit .Jadi darah mereka semua mengalir ke kepala .....Semasa temu bual mereka beritahu kami ,masa mula-mula nak buat sampai kaki mereka kebas takda rasa.Untuk cara bagaimana mereka buat tanpa jatuh dan boleh berjalan itu mereka kata magic.just like that.itu rahsia mereka.apa yang penting penonton terhibur.

fantastica 2
Kai Leclerc (kiri) dan pasangannya.


Gazillion Bubble
fantastica 2
fantastica 2
fantastica 2

Acara buih yang sangat unik dan kreatif ,saya rasa semua tak pernah jumpa atau tengok lagi ,pelbagai deco dibuat hanya dengan menggunakan buih dan asap.sangat-sangat teruja sampai anak-anak saya macam kena pukau di buatnya.

fantastica 2
sikecik bertepuk tangan tengok buih-buih di pentas.



fantastica 2
Ini dia Mr Jano Yang ,beliau pernah membuat beberapa persembahan di USA dan Canada.


Deo Aqua

fantastica 2

Persembahan oleh Andati dan Khaliun berasal dari Mongolia.Kami tak sempat bergambar dengan mereka sebab mereka ada latihan selepas persembahan.
Jika anda nak lihat sendiri persembahan-persembahan menarik yang ada di FanTasTica 2! boleh booking online ,sebab saya rasa lebih mudah dan murah lebih-lebih lagi kalau ambil pakej hotel dan dinner sekali.Lebih jimat.

Persembahan berlangsung Dari jam 9 malam sehingga 10:30 malam.Habis persembahan saya dan family merehatkan badan di First World Hotel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...