Selepas melayan anak-anak menonton stars on Strings di Genting International Showroom,kini masa untuk makan malam.Makan malam saya sekeluarga malam ini ditaja sepenuhnya oleh Coffee Terrace ,Resort World Genting.Memang best makan kat sini ,macam-macam menu terdapat di sini.Dari western menu sehingga ke Asian Menu.semua ada tinggal pilih dan sediakan perut sahaja.Tempatnya sangat besar dan boleh memuatkan sehingga 600 orang pada satu-satu masa.Di Coffee Terrace juga ada menyediakan bilik khas (private room) yang boleh memuatkan seramai 90 orang.
Jika anda ingin makan dengan menikmati udara segar Genting Highland mereka juga ada menyediakan outdoor dining.
Terdapat pelbagai menu dan anda boleh tengok menu disini .
Harganya pun amat berpatutan dengan menu yang disediakan.Hanya RM63 +++ bagi dewasa dan RM31.50 +++ bagi kanak-kanak.Di Coffee Terrace juga ada menyediakan menu untuk sarapan pagi,makan tengahari dan makan selepas makan malam pkl 10:30 keatas.
Sate dan ikan bakar
western food
Alhamdulillah burrrpppp,kenyang.Selepas tengok Fantastica 2 pukul 9 sampai pukul 10.30 nanti dah boleh tidur kat bilik hotel.