Awas! Makan sambil tengok TV mengundang risiko.
Siapa yang gemar makan sambil tengok TV ? Sila komen sikit.
Nasihat saya ,tolong hentikan tabiat tersebut kerana ia mengundang masalah kegemukan atau obesiti.Berdasarkan kajian ,makan malam di depan TV boleh mempercepatkan proses kegemukan ,jika dibandingkan dengan makan di atas meja bersama keluarga.Fakta ini saya dapat hasil dari penyelidikan yang dijalan oleh Dr.Brian Wansink dari Cornell Universiti,Amerika Syarikat dan Dr Ellen Van Kleef dari Wageningen Universiti,Belanda.
Kata mereka,Lokasi makan banyak mempengaruhi berat badan ,malah ia dibuktikan dengan amalam makan malam dengan BMI dari 190 dewasa dan 148 kanak-kanak.Golongan dewasa dan kanak-kanak yang suka makan di depan TV akan memiliki Bacaan BMI yang tinggi.Berbeza dengan mereka yang makan diluar kawasan TV.Kanak-kanak perempuan yang menolong menyiapkan makan malam di depan TV pun akan berkemungkinan mempunyai bacaan BMI yang tinggi.
Persoalannya sekarang?Apa salah TV tu......
Ada yang berpendapat ia adalah gangguan pola pemakanan.Kerana kita tak sedar berapa banyak kita dah makan ,sebab mata dan fikiran tidak seiring.Itu pada pendapat saya.berkemungkinan sahaja.sebab sampai sekarang ,masih belum ada jawapan yang tepat kenapa makan disepan TV boleh menyebabkan masalah kegemukan.
Jadi selepas ini,ubah cara makan ke cara yang betul.sekurang-kurangnya jika makan diatas meja bersama keluarga akan terjalin semangat kekeluargaan akan keluarga.
Amalkan cara hidup sihat.!