Apa yang saya nak kongsi kali ini,adalah berkenaan persediaaan sebelum berhenti kerja.Mesti kena teliti dan fikir semasak-masaknya.
Antara nya adalah:-
1-Jangan ikutkan hati dan perasaan sediakan kekuatan dari segi mental dan fizikal.Sebab kalau berhenti untuk bekerja sendiri ia memerlukan motivasi 10 kali ganda dari kerja makan gaji.
2 -Jangan sekali-kali berkata yang "saya dah putus asa"ini kerana bila anda berkerja sendiri nanti tiada istilah putus asa.Kerana anda perlu sentiasa mencari peluang dan ruang untuk terus maju ke depan.
3 -Buat persediaan untuk 3 tahun pertama.dengan membuat persediaan 3 tahun awal.supaya dapat mengharungi cabaran dengan selesa.
4 -Pastikan pendapatan pasif anda berada pada tahap selesa.jika tidak jangan berhenti kerja dulu.
5 -Cari kumpulan sokongan bagi memberi semangat di saat anda menghadapi masalah nanti.
6 -Perlu ada sasaran .Pastikan anda boleh mendapat lebih dari sasaran harian,ini kerana jika demikian anda boleh dapat back up.semasa ketiadaan pelanggan.
7 -Jika anda masih berada pada tahap "comfort zon"jangan berhenti dulu,sebab jika anda berhenti nanti jika ada masalah ,dah menggelabah.
8 -Cari mentor yang boleh diikuti .Mentor mestilah dalam bidang yang sama.
9 -Bertindak secara berkhemah,jangan keliru dan bercelaru.jangan terlalu mudah mengatakan ok kepada benda yang anda rasa memang tak ok.
10 -Dan sekiranya sudah cukup bersedia dengan peruntukan 3 tahun.boleh lah berhenti dengan genbira.Biasa orang lain bagi tips 3 atau 6 bulan untuk back up.
tapi saya bagi 3 tahun memang masa yang ok,dan masanya untuk bagi surat cinta pada bos.selamat tinggal.
SELAMAT BERHENTI KERJA DENGAN TENANG.