Public Mutual mengumumkan pengagihan untuk 4 dana

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan
untuk empat daripada dana-dananya. Jumlah pengagihan kasar yang diumumkan
untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2009 adalah seperti berikut:
Dana Pengagihan Kasar / Unit

Public Dana Index 5.00 sen
Public Dana Islamic Optimal Growth 0.30 sen
Public Dana Enhanced Bond 2.00 sen
Public Dana Money Market 3.00 sen


Pengerusi Public Mutual Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata bahawa
walaupun keadaan pasaran amat mencabar, Public Mutual bersukahati kerana
berupaya mengumumkan pengagihan untuk empat dana tersebut.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia,
mengurus sebanyak 67 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000
pemegang akaun yang diservis oleh seramai lebih 40,000-perunding unit amanah.
Pada 31 Disember 2008, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat
tersebut adalah sebanyak RM23.3 bilion. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini