Cara memperbaharui cukai jalan Motorsikal yang dah lebih setahun tak Renew. Macam biasalah oleh kerana nak jimat tahun lepas aku tak renew Roadtax motor aku ni.Memang agak berisiko sebenarnya kalau jadi apa-apa.Tapi nak buat macamana.Lagipun Motor ni aku cuma guna untuk pergi kedai dan ambik anak sekolah.Aku dengan Isteri aku jer yang guna.Tak pergi jalan utama pun.Senang cakap cuma guna kat kawasan kampung.
Showing posts with label information. Show all posts
Showing posts with label information. Show all posts
Jambatan Kampung Sawah - Pulau Carey - Telok Panglima Garang.
Untuk pengetahuan jambatan antara Kampung Sawah dan Pulau Carey ini sudah terbina semenjak 2012 lagi.Semenjak dari tahun tersebut,jarak perjalanan dari Telok Panglima Garang ke Kampung Sawah,Kampung Sungai Buaya,Kampung Bandar,Permatang Pasir,Bandar baru Banting,Kampung Kelanang dan Bukit Jugra menjadi mudah.Kalau dulu jarak nak ke kampung-kampung tersebut boleh memakan masa sehingga 45 minit.Aku memang paling malas nak pergi sebab kawasan tersebut adalah antara kawasan yang paling hujung sekali.Walaupun cuma bersebelahan,dipisahkan oleh Sungai Langat.
Shell FuelSave Challenge 2014 Roadshow kini bermula.
Bermula pada 19 Ogos 2014 Shell FuelSave Challenge akan mula menjelajah ke kawasan-kawasan di Negeri-negeri yang telah ditetapkan.Pada tahun ini Pihak Shell Malaysia telah menetapkan untuk memjelajah ke empat buah Negeri di Malaysia iaitu Johor,Pahang,Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.Jadi ini merupakan panggilan terakhir dari Shell Malaysia kepada pemandu-pemandu di Malaysia,terutamanya pemandu-pemandu dari Johor,Pulau Pinang,Kuantan dan Kuala Lumpur yang ingin turut serta dalam acara gilang gemilang ini yang melibatkan hadiah bernilai sehingga RM20,000.
Ia terbuka kepada semua,jika korang ingin mengetahui bagaimana cara ingin menjimatkan bahan api kenderaaan boleh belajar banyak tips disini,korang akan diajar oleh mereka yang pakar tentang cara penjimatan bahan api kenderaan.

Semakan Keputusan Peperiksaan Online
Pada tahun ini Para IbuBapa dan Penjaga Murid Sekolah Rendah dan Menengah boleh menyemak keputusan Peperiksaan anak masing-masing menerusi Komputer masing-masing secara Online.Semalam aku share pasal semakan KWSP secara Online harini cerita pasal semakan keputusan peperiksaan Online pulak.Nampak tak?Segalanya menjadi mudah sekarang.Semua urusan boleh dilakukan dihujung jari.Yang penting ada komputer dan Internet.Sebenarnya aku pun baru tahu petang tadi.Isteri aku yang beritahu,sebab harini ramai yang share pasal keputusan anak masing-masing di laman sosial Facebook.Sedangkan sekolah masih cuti.Rupanya boleh semak online.
Tawaran Istimewa Air Asia [ Free Seats ]
Restoran Halal Di Vietnam.
Bagi yang belum pernah berkunjung ke Vietnam aku nak kongsi sikit tentang Restoran Halal di Vietnam.Bagi aku untuk mencari makanan halal di vietnam adalah sangat mudah terutamanya jika korang berkunjung ke Ho chi Minh atau lebih dikenali dengan nama Saigon.Rakyat Vietnam lebih suka dengan nama Saigon.Sepanjang aku berada di sana memang amat jarang sekali untuk mendengar mereka berkata tentang Ho Chi Minh.Hanya perkataan Saigon yang sering keluar dari mulut rakyat Vietnam.Okey next to the story.Untuk pengetahuan korang semua selama 4 hari 3 malam aku berada di saigon aku dah mencuba empat restoran halal dan salah satu dari restoran halal tersebut adalah milik rakyat Malaysia.
Hukum Hudud Di Brunei.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi,akhir hukum hudud dapat dilaksanakan sepenuhnya di Brunei berkuat kuasa hari ini setelah mendapat halangan dari dalam dan luar negara.Tahniah kepada rakyat Brunei dan Tahniah setinggi-tinggi tahniah aku ucapkan kepada Sultan Hasanah Bolkiah kerana menjalankan syariat Islam.Aku harap semoga Malaysia pun akan melaksanakannya.In shaa ALLAH.
Keburukan Minum Kopi.
Aku merupakan peminat tegar kopi,Dalam sehari kalau tak minum kopi pasti aku rasa lain macam je hari tu.Tapi bila aku terbaca satu artikel sebelum ni mengenai keburukan minum kopi aku jadi macam tak menentu.Ada ke patut sumber tu kata yang kopi ni tidak baik untuk kesihatan.Apa lagi aku pun cuba cari kat mr google.Ternyata banyak sumber yang baik dari yang buruk.Hakikatnya kopi adalah antara minuman yang banyak kebaikan selain madu dan susu.Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun,dan ini menjadikan kopi adalah antara minuman paling popular didunia.
Fenomena Selfie di Malaysia.
Berapa ramai yang suka ber selfie kat sini ,sila komen ''SELFIE'' kat bawah.Rasa-rasa ada ke orang nak komen.Mungkin ada yang masih tak tahu apa maksud Selfie kan.Aku cuma nak bagitau untuk yang belum tahu maksud Selfie.Bagi yang dah tahu baca diam-diam...haha...rileks jangan marah atau berkecil hati pulak ye.Gurau-gurau je tu.Okeylah Maksud Selfie menurut kamus Dewan adalah tabiat mengambil gambar sendiri dan senyum sorang-sorang ataupun bersama rakan-rakan.Kemudian hasilnya akan di postkan di laman-laman sosial seperti facebook,instagram dan lain-lain.Dengan tujuan untuk mendapat jumlah 'LIKE' ataupun komen nakal dari teman-teman.Aku pun kadang-kadang buat jugak benda ni.Sapa tak pernah buat?
Fenomena Selfie di Malaysia semakin menjadi popular ,Semenjak terciptanya senjata monopod kaedah untuk ber selfie menjadi semakin mudah dan rata-rata pengguna media sosial sudah ketagih untuk berselfie.

Monopod paling laris dipasaran.
10 Taman Negara Tercantik Di Dunia.
Tanpa sedar hampir 6 hari aku tak update blog rupanya.Bila tahap kemalasan dah mula menguasai diri inilah jadinya.Oklah sebenarnya dah lama aku nak update pasal taman negara tercantik didunia ni..Mula-mula aku tengok dah rasa teruja dengan foto-foto yang terdapat kat internet ni.Kalaulah dapat aku ke taman-taman negara ni kan best.
Berikut antara 10 Taman Negara Tercantik Didunia yang aku rasa memang terbaik sekali untuk dikunjungi.Jom kita terjah dulu.
Berikut antara 10 Taman Negara Tercantik Didunia yang aku rasa memang terbaik sekali untuk dikunjungi.Jom kita terjah dulu.
Orang Terkaya Di Dunia.
Siapa tahu siapa orang terkaya di dunia?Jangan terkejut pulak tau,orang terkaya di dunia adalah Orang Malaysia dan dia adalah orang melayu.Beliau adalah anak kelahiran Perak yang bernama Kamal Ashnawi (KA).Percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing.Beliau mendakwa dia mempunyai wang simpanan melebihi lima trilion Euro (RM20
Trillion).Banyak tu.Pakai sampai 7 keturunan pun belum tentu habis.Untuk mengukuhkan dakwaan nya dia menunjukkan bukti kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London.Dia juga berkata seharusnya nama beliau terpapar sebagai orang terkaya di dunia. dan bergelar TRILLIONAIRE.
Kamal merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum(M) Sdn Bhd.Beliau pernah mencadangkan projek penapis minyak mentah di kedah pada tahun 2005.Namun cadangan tersebut telah ditolak dan dihalang oleh orang-orang yang tidak sehaluan dengan beliau.Dan Kamal telah menerima pelbagai tohmahan dan tuduhan yang tidak berasas hasil daripada cadangannya itu.
Dalam majalah Forbes orang terkaya di dunia pada tahun 2013 adalah Carlos Slim dari Mexico dengan anggaran kekayaan RM224.7 billion.Manakala Pengasas Microsoft,Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 billion.
Kamal juga ada memberitahu yang sumber kekayaan yang dimiliki adalah berasal dari warisan di raja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat oleh keluarga di raja dunia pada tahun 1875.Mak ai lama betul.Dia juga mendakwa yang dia berketurunan diraja dari jawa,Indonesia dengan nama Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka akan ditabalkan menjadi maharaja dalam beberapa tahun lagi.
Korang rasa macamana?Boleh percaya atau tidak?Kalau benar memang dialah orang terkaya di dunia,dalam masa yang sama saya merasa berbangga sebab ada juga orang melayu yang kaya raya setaraf dengan bangsa lain,semoga dia dapat membantu orang lain dengan penuh rasa kasih sayang.

Bisnes Online Atau Offline (konvensional)
Jika diberi peluang saya rasa mesti ramai orang diluar sana yang ingin buat bisnes sendiri dari kerja makan gaji.Cumanya untuk memulakan sesuatu bisnes memerlukan modal dan komitment yang tinggi dari segi pengurusan masa dan pengurusan kewangan.Bukan mudah sebenarnya nak menguruskan sesuatu perniagaan.Silap langkah boleh melingkup dibuatnya.Jadi kepada korang yang masih bekerja tu fikirkan 1001 kali sebelum ambik keputusan berhenti kerja.Kalau boleh buat persediaan awal sebelum berhenti kerja.Korang boleh rujuk post saya disini tentang persediaan sebelum
berhenti kerja.
berhenti kerja.
Langkah-langkah pencegahan penipuan online dan offline
Sejak kebelakangan ni ,saya lihat terlalu banyak sangat kes-kes kecurian identiti dan penipuan di internet .Dimana silapnya?Mungkin sebab tiada langkah-langkah pencegahan penipuan online dan offline .Saya pernah menjadi mangsa kecurian identiti di internet pada tahun 2011.Kad kredit saya telah digunakan oleh individu dari Eropah.Nasib saya baik sebab pegawai bank yang bertugas sempat sekat dan detect kad saya.Nak sebut ke nama Bank tersebut...Terima kasih banyak kepada pihak Ambank.Tindakan pantas Pegawai tersebut menyebabkan duit saya terselamat.kalau tidak habis bersih kad kredit saya.Hasil siasatan, data saya di ceroboh melalui sistem online.Atas kesalahan saya sendiri dengan membiarkan pintu rumah terbuka (online safety takda).senang-senang jer dia sedut duit saya.....apapun duit saya dapat di selamatkan.
Jangan buat jahat??
Mengimbas kejadian yang berlaku pada 27 november 2013 yang lepas,kejadian samun yang berlaku pada pukul 12.30 tengahari di Jalan Kampun Temin,Sungai Siput ,Perak.Menurut laporan,tiga lelaki telah menyamun seorang perempuan yang baru sahaja selesai mengutip wang amanah ikhtiar yang memandu Proton saga BLM putih ,yang mana suspek telah menghimpit kereta mangsa dengan kereta wira dengan tujuan supaya mangsa memberhentikan keretanya.Suspek di percayai menggunakan senjata parang ,merampas wang dan kereta mangsa.Namun hasrat mereka tidak kesampaian bila mana kereta proton saga yang dirampas dari perempuan itu bertembung dengan sebuah lori di selekoh kubur Kampung Temin, sejurus sahaja selepas menyamun.kemalangan itu menyebabkan seorang suspek meninggal dunia di tempat kejadian,manakala seorang lagi suspek meninggal dunia di hospital akibat cedera parah.Dan seorang lagi suspek berjaya melarikan diri dengan menaiki kereta wira.
Perkhidmatan Klinik Kerajaan Masih Perlu Diperbaiki
ASTRO NAIK HARGA Disebabkan pengurangan subsidi gula.
Hari ni saya menerima sepucuk surat cinta dari pihak ASTRO tentang
peningkatan perkhidmatan.ASTRO menambah lagi beberapa pakej untuk para
pelanggannya.
Dan dalam masa yang sama pihak ASTRO menghantar notis tentang
kenaikan harga pakej sedia ada yang saya ambil dari RM70.90 kepada RM72.90
peningkatan sebanyak 2.82%.Bermula 24 nov 2013.Berikutan pengurangan subsidi
gula .just joke.
Pakej yang saya ambil fmly+mustika+HD.
Nak ke tak nak kena guna ler ASTRO ni.hmmm…
Dah xda pilihan .Untuk pakej-pakej yang lain itu saya tak
pasti.
Bagimana dengan ANDA?
Naik juga ker?
ASTRO bagi saya memang perlu sebab kalau nak guna antenna
biasa jangan harap nak dapat gambar clear.kelabu asap dibuatnya.
Tengah cuba –cuba
survey pakej NJOI ok ke?sapa yang dah guna.boleh bagi info.
Ataupun ada yang lain selain dari ASTRO DAN NJOI.Almaklumla
saya ni bab-bab ni memang malas nak ambik port.
Tukar domain dari blogspot ke dot com
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
Alhamdulillah harini sudah genap 8 hari semenjak saya berpindah domain dari http://xpres2u.blogspot.com kepada http://jaymiee.com.
Pagi ni Jaymiee.com berada pada ranking 16,930 Top Site alexa di Malaysia manakala mendapat ranking ke 3 juta di dunia.
Bagi orang baru dalam bidang blogger macam saya ni,kisah hidup saya sebagai blogger baru bermula sebenarnya.Banyak lagi perkara yang harus saya pelajari tentang dunia blogging.
Saya harap rakan-rakan blogger yang lain dapat memberikan tunjuk ajar.terutama sekali rakan-rakan dari #blooggers dot com.

Kenapa perkhidmatan Maybank2u semakin lembab?
Mungkin ramai dikalangan kita yang menggunakan perkhidmatan perbankan secara online.
Dan antara perbankan yang paling popular kalau tak salah saya adalah maybank2u .
Tidak dapat dinafikan dengan kecanggihan teknologi yang ada ,boleh dikatakan hampir setiap individu menggunakan perkhidmatan ini.atau lebih dikenali perkhidmatan di hujung jari.
Apa yang saya nak kongsikan disini ,tentang perkhidmatan maybank2u yang semakin lembab sejak kebelakangan ini.Kadang tu nak apply TAC no. pun sampai sehari.
NAK TAU KENAPA?
Ini jawapannya.
Anda mungkin terkejut dengan beberapa maklumat keselamatan yang disiasat oleh BolehVPN baru-baru ini.
BolehVPN melihat kelemahan HTTPS dan telah menganalisis bank-bank terkemuka di Malaysia seperti Maybank2U dan CIMB Clicks. Keputusan yang diperolehi adalah amat mengejutkan kita semua.
BolehVPN hari ini telah mencatatkan keputusan yang agak menarik mengenai hasil ujian yang mereka telah lakukan baru-baru ini untuk sembilan perkhidmatan perbankan dalam talian yang dikendalikan oleh bank-bank yang berpangkalan di Malaysia.
Maybank2u mendapat keputusan grade" F" kerana sokongan untuk SSL 2.0 yang digunakan sudah lama dan tidak selamat.Apa yang kita harapkan semoga pihak maybank menaik taraf perkhidmatan Maybank2u ni.Saya telah menggunakan perkhidmatan ini lebih 6 tahun.baru sekarang masalah ni timbul.
Mari Kita siasat bank-bank lain pula.Apa keputusannya.
Lain pula ceritanya dengan CIMB Bank dan Public Bank kedua-duanya menerima grade 'A'.
Cimb clicks menggunakan sistem suite cipher ia menyokong keadaan semasa dan selamat untuk digunakan.
Public Bank adalah agak selamat tetapi tidak sebaik CIMBClicks disebabkan oleh sokongan daripada TLS versi 1.0 sahaja.

RHB Malaysia pula lain ceritanya ,tiada keputusan yang diperolehi dari hasil sisatan.dan tidak mendapat apa-apa grade.dan diklasifikasikan sebagai "Penilaian gagal: Tiada protokol selamat disokong".
Alliance Bank dan HSBC menerima grade 'A' . Tetapi ia tidak menyokong dalam rundingan semula TLS dan terkini.
Affin Bank menerima grade 'F' dan terbukti gagal . Ia mendapat skor 0 daripada 100 untuk sokongan protokol.
Standard Chartered Malaysia mendapatkan grade 'A'. Syabas, SC.
Bank Islam menerima grade 'A',tetapi ada sesuatu yang mengelirukan semasa siasatan dijalankan.
OCBC dan CitiBank kedua-dua menerima grade 'A', dan menunjukkan keputusan yang kukuh.
AmBank, Bank Muamalat, Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat pula mendapat grade 'F' .
Secara keseluruhannya hanya CIMBClicks , Standard Chartered Bank, CitiBank dan OCBC yang menunjukkan keselamatan HTTPS cemerlang.
Jadi, apa yang di maksud dengan keselamatan HTTPS ?
Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) adalah protokol komunikasi untuk komunikasi selamat melalui rangkaian komputer, dengan penggunaan yang luas terutamanya di Internet.
Promosi maxis - 4G LTE MiFi Modem Percuma .
Buat peminat gadget yang selalu mengikuti perkembangan semasa.kini maxis dah melancarkan
produk 4G LTE Mobile WiFi (MiFi).
Maxis merupakan antara syarikat terawal yang melancarkan perkhidmatan 4G LTE di negara kita.
Mesti ramai yang belum tahu Apa itu LTE ?
Long Term Evolution (4G) adalah lanjutan dari standard GSM/UMTS menggunakan teknik DSP (Digital Signal Processing) bagi meningkatkan kapasiti dan kelajuan jaringan data.
Untuk info, kelajuan 4G LTE ini boleh mencecah sehingga 75Mbps dengan purata kelajuan antara 10Mbps sehingga 30Mbps. Dah sama macam kalau guna fiber broadband di rumah. Dengan plan 4G LTE Mifi daripada Maxis, pengguna boleh menikmati kelajuan internet ini di mana-mana sahaja - asalkan berada dalam coverage Maxis 4G LTE.
Amacam Best tak?
Bateri modem ni tahan lama anggaran masa boleh tahan 10 jam lebih kurang.memang dah cukup untuk melayari internet kan.sebab kadar ketahanan bateri lap top pun lebih kurang 6-8 jam sahaja.

Pakej yang ditawarkan.
Plan Peak bermula 8:01 minit pagi sehingga 1:59 pagi.
Free off Peak - antara jam 2-8 pagi.bagus sangat untuk yang suka berjaga waktu tengah malam.
Untuk
tempat yang tiada LTE, modem ini secara automatiknya menghubungkan
pengguna dengan internet berkelajuan 3G (kelajuan sehingga 42Mbps).Jadi jangan risau jika anda berada pada lingkungan yg tiada LTE.Anda masih boleh berinternet.
Untuk pendaftaran bayaran pendahuluan RM340 di kenakan, di mana RM240 akan direbetkan semula ke dalam akaun sebanyak RM20 setiap bulan. Semua pelan dikenakan kontrak 12 bulan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

![Tawaran Istimewa Air Asia [ Free Seats ] Tawaran Istimewa Air Asia [ Free Seats ]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgerWaU8viPkH4QJ6kNjuVAyVMljIlNWkExZ2V2HgXpIHJCtKEn5N3J8EkR-dphRR2z1VB5sIiMCnaW3I8g7dUd2jRvGo26BPgFrwRiSTYufXMD5xTeCBQ5A-yAGkGw-gQVF_9jfjQ9b5g/s1600/AIR+ASIA+1.jpg)