Resort Menarik di Jelebu Negeri Sembilan| Sekali pandang memang menarik Resort ni kan.Aku suka dengan pemandangan sekeliling resort ni.Kalau korang nak tau ini lah Tebat Resort yang berlokasi di Jelebu Negeri Sembilan kalau tak salah aku lah.
Cuma sekarang aku tak pasti sama ada ia dibuka untuk umum ataupun tidak.Aku rasalah kalau resort ni dibuka untuk umum mesti best kan.Tengok kawasan sekitar resort ni.Di kelilingi oleh pokok-pokok yang hijau.Dan yang paling best Tebat Resort ni kat atas air.Mesti cool je kan kalau waktu malam.
Memang luas Tebat resort ni.Walaupun belum pernah sampai sini aku dah dapat rasakan angin sepoi-sepoi bahasa dengan udara yang nyaman sekali.Gambar-gambar ni aku dapat dari facebook Tebat Resort.Sebab aku cuba google tapi takda info pun pasal Tebat Resort ni.Mungkin tempat atau lokasi ni belum dapat liputan orang awam lagi ataupun mungkin tempat ni hanya untuk family bertandang.
Aapapun aku suka tempat ni.Kalau diberi peluang aku nak menginap di Tebat Resort ni.Macam-macam aktiviti boleh buat beb......
Jom tengok lagi gambar-gambar yang ada hasil dari pencarian di Facebook Tebat Resort.
Pemandangan dari arah sisi rumah atas air di Tebat Resort.Cuba nak cari ownernya tapi tak jumpa.Jika ada sesiapa ada yang terbaca posting aku ni dan kenal dengan Ownernya mohon tinggalkan contact no....
Bahagian dalam dilengkapi dengan perabot dan Lcd Tv.Nampak selesa.Cuma gambar dalam rumah tak dapat dikesan lagi.Mesti lagi menarikkan.
Ada kolam kat bahagian dalam,Aku rasa semua suka kot.Boleh mandi manda.Sumber mengatakan air ni air yang disedut dari jeram.So,mesti air ni sejuk.Sebab tu air ni nampak macam keruh kalau korang perasan.
Ini lagi best.Macam pondok kancil.Tapi bersaiz besar.Mungkin gazebo agaknya.Memang kalau datang sini dapat ketenangan sungguh ni.Harap-harap Tebat Resort akan dibuka untuk umum suatu hari nanti.
Pemandangan dari atas dengan menggunakan Drone kot ni.Tak kan diorang guna satelite kan.Hijau semua.Pendapat peribadi aku,Tebat Resort bakal menjadi lokasi paling menarik dan popular untuk dikunjungi suatu hari nanti.Kalau korang nak cari boleh ke Jelebu Negeri Sembilan.Cuba cari kat kawasan Kuala Pilah di Kampung Tebat Kering ataupun Kampung Tebat kening.Kalau dua-dua kampung takda...aku tak dapat nak tolong..hihi
Apa yang penting kebersihan persekitaran harus maintain macam ni.Last but not least.Terima kasih banyak kepada pemyumbang gambar-gambar...aku minta maaf sebab ambik gambar-gambar ni tanpa izin.Bukan untuk apapun sekadar ingin berkongsi dengan mereka diluar sana yang sukakan keindahan dan kehijauan alam semulajadi.