Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi,akhir hukum hudud dapat dilaksanakan sepenuhnya di Brunei berkuat kuasa hari ini setelah mendapat halangan dari dalam dan luar negara.Tahniah kepada rakyat Brunei dan Tahniah setinggi-tinggi tahniah aku ucapkan kepada Sultan Hasanah Bolkiah kerana menjalankan syariat Islam.Aku harap semoga Malaysia pun akan melaksanakannya.In shaa ALLAH.
“Dengan rasa syukur kepada Allah (SWT) saya mengumumkan bahawa esok (hari ini) fasa pertama undang-undang syariat akan dilaksanakan dan akan diikuti dengan fasa berikutnya,” katanya.
Sepatutnya jika mengikut jadual asal hukum hudud berkuatkuasa pada 22 April yang lepas.Tapi ia mendapat halangan dan campur tangan dari PBB,kerana ia mengatakan undang-undang hudud adalah kejam dan melanggar undang-undang kemanusiaan dunia.Tetapi ia dibidas oleh Sultan Hasanah Bolkiah dan ia akan tetap menjalankan undang-undang Hudud di Negaranya.Pemimpin seperti inilah yang kita mahukan.Tegas dalam membuat keputusan walaupun dihalang oleh pihak luar.
Antara pelaksanaan hukum hudud yang akan dilakukan oleh Brunei adalah perlaksanaan hukuman sebat,potong tangan dan rejam hingga mati.Bagi aku memang nampak kejam di mata manusia.Tetapi tidak bagi ALLAH swt.Hukuman bukan dilakukan tanpa perbicaraan,ia adalah mengikut landasan yang telah diberikan dan ia adalah perkara yang wajib dilakukan.Buat apa kita nak takut dengan hukum hudud jika kita tidak melakukan kesalahan.Hanya mereka yang bersalah saja yang takut hendak melaksanakannya.Aku bercakap ni bukan atas dasar politik dan tidak sesekali melibatkan mana-mana pihak.Ini atas dasar pendapat peribadi.Semoga ALLAH merahmati kita semua.
Apa yang membimbangkan sekarang ini,kadar peningkatan jenayah sudah semakin berleluasa sekali.Mengikut rekod kadar jenayah yang dilaporkan di Selangor dan Kuala Lumpur mencecah ke 500,000 kes.Memang pening kepala kan.Pening anggota polis dan pihak yang berkenaan nak selesaikan kes.Dah rasa kurang selamat sekarang ni.Kena sentiasa berwaspada walau dimana jua berada.