9 Jenis Makanan Pembakar Lemak.

Dah macam-macam program diet yang aku buat,semuanya hanya bertahan paling lama enam bulan,paling cepat seminggu.Produk jangan cakap,dari yang mahal sampai yang biasa-biasa semua aku cuba.Paling aku dapat kesan penurunan masa aku guna produk Herbalife.Memang tidak dapat dinafikan yang Herbalife memang terbaik.Cuma sebab dari segi kos aku ada masalah sikit so,aku berhenti di tengah jalan.Bukan nak promo tau.Badan makin bertambah bulan makin naik berat.Nak bersenam malas.Jadi apa yang boleh dibuat.Tadi baca pasal yoga kat blog Nadratul syazwana rasa macam nak buat pulak,lagi-lagi bila tengok Fauziah Gaoss buat yoga dengan suaminya,makin berkobar-kobar nak try yoga.Masalahnya berapa hari aku boleh konsisten dan persistent.
Aku rasa elok aku kawal pemakanan aku dulu kan,Tu yang cuba cari makanan apa yang bagus untuk singkirkan lemak yang dah mula bertimbun ni.
Jom selongkar makanan apa yang bagus untuk membakar lemak.

9 Jenis Makanan Pembakar Lemak.


Makanan Pembakar Lemak

1.Almond - Satu kajian menunjukkan bahawa orang yang makan satu hidangan badam sehari mampu mengurangkan lemak dari badan.

Makanan Pembakar Lemak
2.Brokoli - Dimasak atau mentah,sayuran ini  boleh menghalang penyakit kanser.Hidangan brokoli hanya mempunyai 30 kalori dan juga membantu mengatasi masalah berat badan yang berlebihan.

Makanan Pembakar Lemak
3.Oat - Ia tinggi serat, jadi ia membantu mengekalkan rasa kenyang sepanjang hari. Hanya makan setengah cawan oat dan ia  mengandungi 4.6 gram  karbohidrat sihat dan kanji yang merangsang metabolisme dan membakar lemak.

Makanan Pembakar Lemak.
4.Limau gedang atau Grapefruit - Walaupun tidak mengubah apa-apa dalam diet korang, makan separuh limau gedang sebelum  makan boleh membantu anda kehilangan sehingga beberapa kg seminggu..Ia juga mengandungi bahan yang boleh mengurangkan insulin, sejenis hormon yang membantu menyimpa lemak.Ia juga merupakan sumber protein yang baik,Terdapat kira-kira 90 peratus air untuk setiap biji limau gedang.

Makanan Pembakar Lemak
5.Kacang Dhal - Ia merupakan sumber protein dan fiber terbaik.Ia juga makanan yang mengeyangkan.Setengah cawan dhal mengandungi 3.4 g kanji,karbohidrat sihat yang mampu meransang metabolisme lemak untuk mengurai.

Makanan Pembakar Lemak
6.Blue berry - Terkenal untuk kesan anti penuaan, secawan Blue berry mempunyai 80 kalori.Ia juga mampu  mengenyangkan perut untuk jangka masa yang lebih lama dengan pengambilan 4 gram serat.

 Makanan Pembakar Lemak.
7.Pear - Sebahagian daripada buahan ini terdapat sehingga 15% daripada jumlah harian serat  yang disyorkan . Satu kajian mendapati bahawa wanita yang makan tiga buah pear sehari mampu mengurang kan kalori dan kehilangan berat badan. Jangan kupas kulitnya kerana ia  mengandungi banyak serat.

Makanan Pembakar Lemak.
8.Beras Perang - Separuh cawan mengandungi 1.7 gram kanji,karbohidrat yang mampu membakar lemak ,karbohidrat sihat yang mampu meransang metabolisme lemak untuk mengurai.

Makanan Pembakar Lemak.
9.Kacang Kuda - setengah cawan mengandungi 2 gram kanji yang baik.Ia juga merupakan sumber fiber,protein dan lemak baik.

Demikianlah kisahnya dengan makanan pembakar lemak.Rasa-rasa lepas ni boleh tukar menu biasa tak?Cuba satu-satu.Kalau aku,kacang dhal dan kacang kuda menjadi makanan pilihan.Korang nak yang mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...