Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Nasi lemak sotong Warisan Pak Musa,Banting.


nasi lemak sotong

Buat pertama kalinya aku bersarapan pagi di gerai Nasi lemak sotong Warisan Pak Musa atas cadangan member.Nasi lemak paling popular di Banting.Walaupun sudah berulang kali ke kawasan tersebut atas beberapa urusan aku tak sedar akan kewujudan gerai ni....kesian kan.Gerai nasi lemak sotong Warisan Pak Musa sebenarnya dah lama wujud lebih kurang 40 tahun lamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makan ais krim percuma!!

Makan ais krim percuma!!

Rasa macam terliur tak tengok ais krim ni???


Sapa yang tak terliur aku rasa dia ada masalah mata...haha....Sebenarnya aku tengah nak cari sapa yang boleh sponsor aku makan ais percuma esok.Itu pun kalau ada yang sudi.Kalau korang nak tau sebenarnya aku ni bukan suka sangat makan ais krim pun.Tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku tak boleh nampak ais krim....Kalau nampak mesti nak beli.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Al-Fateh Steamboat & Grill - Kampung Jawa,Klang.

steamboat paling murah di klang

Al-Fateh Steamboat & Grill - Kampung Jawa,Klang.Sebenarnya dah dari tahun lepas lagi aku nak makan steamboat kat sini,Alhamdulillah tercapai juga hasrat nak makan di sini.

Bukan apa,aku dengar makan steamboat di Al-Fateh ni sedap dan banyak menu yang ada.Jadi ni kira aku nak buat pemeriksaan sekali ,betul ke tidak apa yang orang cakap tu.Kalau sedap boleh datang lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makan Malam di Sri Tanjung - Restoran Ikan Bakar & Seafood

tempat makan sedap di Port Dickson

Masa aku pergi bercuti ke Port Dickson tempohari,Aku terpaksa menginap di Lukut.Jadi ni kira nak sambung cerita sikit pasal bab makan pulak.

Kesinambungan kisah semalam.Untuk pengetahuan korang,ini merupakan kali pertama aku bermalam di Lukut,Biasa kalau ke Port Dickson mesti menginap di kawasan pantai atau sewaktu dengannya.Sebab tu aku memang tak berapa tahu nak makan kat mana.So,aktiviti malam ni adalah,sesi pencarian tempat makan sedap di Lukut.Aku kalau bab makan ni tak kisah sangat sebenarnya.Apa yang penting bagi aku adalah janji perut aku kenyang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Restoran Ayam Penyet - AP Mydin Subang Jaya

nasi ayam penyet paling sedap di subang

Lepas shopping baju sekolah anak-anak kat Mydin Subang Jaya,tak tau nak makan kat mana?Baru teringat kat situ ada Restoran Ayam Penyet -AP.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pizza sedap Chef Rina.

pizza sedap

Sejak kebelakangan ni selera makan aku lain macam sikit.Pantang jumpa makanan pasti aku sambar.Diam-diam berat badan dah up beberapa kilo ni.Bila la agaknya nak berdiet.Cita-cita tu ada tapi semangat tiada.Semangat yang hilang.Kali ni menu minum petang aku Pizza Chef Rina buatan Bumiputera dan ia diedarkan oleh Family Pastry Bakery,Beralamat di Puchong.Mana aku dapat pizza ni?Sebenarnya kawan aku yang jual.Dia datang kat office promosi pizza ni kat aku.Nampak macam sedap,So,aku pun cuba yang perisa ayam.Pizza ni ada empat rasa pizza ayam,pizza seafood,pizza tuna dan pizza daging.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sup Ayam Mamak, Kampung Jawa.

sup ayam terbaik
Sup Ayam,rasanya memang terbaik.
Bila dah selesai urusan perut mula rasa lapar,padahal tadi masa banyak kerja langsung tak rasa lapar.Jam kat tangan baru pukul 3.30 petang.Kira waktu minum petang ni.Padahal tadi sebelum keluar rumah aku dah makan,tapi apa kan daya.Bila perut lapar kena cari kedai makan.Member aku cadangkan minum petang harini dekat kampung Jawa.Ada satu kedai mamak tu famous dengan sup ayam dan sup kambing serta mee mamak dia cukup-cukup sedap katanya.Aku pun terus ke kedai mamak tu,Lokasinya dari bulatan Bukit Kemuning menuju ke Kampung Jawa berdekatan dengan jalan sungai Jati.Kedai mamak tu sebelum simpang belah kiri.Depan tu ada Masjid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sengkuang Calit

sengkuang calit terbaik

Sengkuang calit memang sedap dimakan...Sapa kat sini yang pernah makan sengkuang calit?Sebenarnya makanan ni adalah makanan tradisi turun temurun.Ingat lagi masa zaman sekolah dulu.Ada mak cik jual kat depan sekolah,bila masa balik masing-masing berebut nak beli sengkuang calit ni.Sampai licin dikerjakan oleh kitaorang semua.Untung mak cik tu.Sekeping sengkuang yang di sapu dengan sos  calit ni dan di tabur dengan kacang tanah.peh..memang sedap.Boleh berebut makan tu.Tapi kalau dimakan macam tu je tanpa sos dan kacang tanah memang tak jadi apa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sate Kajang Hj Samuri

Sate Kajang Hj Samuri
Sate Kajang Hj Samuri | Sebut pasal sate Kajang,aku rasa hampir semua orang tau tentang sate kajang Hj Samuri ni.Aku sebenarnya dah lama tak kesini (kajang).Seingat aku kali terakhir aku makan kat sini pada tahun 2003.Masa tu aku bujang lagi.Cuba la kira berapa lama dah aku tak sampai kesini.Kira-kira 11 tahun lamanya.Sampai aku dah lupa kat mana lokasinya.Menyinggah ni pun sebab dah kebetulan ada tugas kat kawasan Kajang.Terus lepaskan gian makan sate kajang ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nasi kukus,Ayam berempah Terbaik di Shah Alam

Nasi kukus,Ayam berempah
Mana nak cari Nasi Kukus paling sedap kat Shah Alam?Aku bagi cadangan kat korang ni.Kalau nak makan Nasi Kukus korang cuba cari kat kampung batu 7,Jalan Kebun seksyen 32 Shah Alam.Dulu kawasan ni kawasan Klang.Sekarang dah masuk teritory Shah Alam.Lokasinya kat sebelah jambatan utama nak masuk Kampung Jalan Kebun.Nasi kukus cik ros namanyaAku dah tiga kali beli masuk kali ni.

Apa yang bestnya nasi kukus ayam berempah kat sini,ayam dia besar,memang puas kalau makan sorang.Dah la ayam besar,harga cuma RM5 jer.Bukan setakat murah,rasanya pun sedap.Bagi aku ini memang Nasi kukus paling sedap pernah aku makan.Bukan nak puji sangat pun,tapi itulah realitinya.Hari ni aku bernasib baik sebab orang tak berapa ramai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Resepi Kentang Putar ala-ala KFC.

Resepi Kentang Putar ala-ala KFC.

Resepi Kentang Putar ala-ala KFC | Last aku masuk KFC awal Syawal tempohari,tu pun sebab anak-anak teringin sangat nak makan Kentang putar dengan ayam.Masa tu KFC orang tak berapa nak boikot sangat sebab orang ramai termasuk aku masih konfius dengan status KFC.Lepas je aku makan kat KFC baru aku dapat info yang KFC juga termasuk dalam senarai Boikot produk yahudi laknatullah.

Jadi apa boleh buat yang lepas kita biarkan berlalu.Kita mulakan hidup baru.Lepas ni kalau teringin nak makan kentang putar boleh cuba sendiri.Kebetulan member aku buat  , dia post kat aku gambar hasil usaha dia kat dapur tu...Hasilnya seperti gambar kat atas tu.Dan kat bawah ni sebahagian darinya.Sama tak macam kentang putar KFC.Lebih kurang kan.Harap-harap rasanya pun lebih kurang.Ingat minggu ni aku nak cuba buat sendiri.Jom kita sama-sama buat.Nak resepi aku boleh bagi,kita sama-sama cuba orait.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buka puasa di Bayou Coffee House,Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

bayou coffee house
Setelah merancang seminggu yang lepas,semalam aku dengan family serta member office dapat juga pergi berbuka puasa diluar.Banyak juga survey tempat akhir Bayou Coffee House di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya menjadi pilihan kami.Nampak macam ok,sebab sorang pun belum pernah pergi,cuma tengok gambar kat page facebook jer.Booking terus.Seorang RM49.90 dewasa dan RM29.90 seorang untuk kanak-kanak.Nasib baik company belanja,jimat sikit poket.Alhamdulillah.terima kasih bos.

Nak keluar sendiri ikutkan malas,sebab ada member aku follow jer.Lagipun bukan bayar pun kan.Rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ayam Brand Lancar Kempen Masyarakat Penyayang.

Ayam Brand Lancar Kempen Masyarakat Penyayang.

Pada 6 Mei yang lepas aku berkesempatan untuk hadir ke Kempen Masyarakat Penyayang yang di anjurkan oleh Ayam Brand dengan slogan "Diet Sihat Untuk Kreativiti" 2014.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Jenis Makanan Pembakar Lemak.

Dah macam-macam program diet yang aku buat,semuanya hanya bertahan paling lama enam bulan,paling cepat seminggu.Produk jangan cakap,dari yang mahal sampai yang biasa-biasa semua aku cuba.Paling aku dapat kesan penurunan masa aku guna produk Herbalife.Memang tidak dapat dinafikan yang Herbalife memang terbaik.Cuma sebab dari segi kos aku ada masalah sikit so,aku berhenti di tengah jalan.Bukan nak promo tau.Badan makin bertambah bulan makin naik berat.Nak bersenam malas.Jadi apa yang boleh dibuat.Tadi baca pasal yoga kat blog Nadratul syazwana rasa macam nak buat pulak,lagi-lagi bila tengok Fauziah Gaoss buat yoga dengan suaminya,makin berkobar-kobar nak try yoga.Masalahnya berapa hari aku boleh konsisten dan persistent.
Aku rasa elok aku kawal pemakanan aku dulu kan,Tu yang cuba cari makanan apa yang bagus untuk singkirkan lemak yang dah mula bertimbun ni.
Jom selongkar makanan apa yang bagus untuk membakar lemak.

9 Jenis Makanan Pembakar Lemak.


Makanan Pembakar Lemak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...