Sate Kajang Hj Samuri

Sate Kajang Hj Samuri
Sate Kajang Hj Samuri | Sebut pasal sate Kajang,aku rasa hampir semua orang tau tentang sate kajang Hj Samuri ni.Aku sebenarnya dah lama tak kesini (kajang).Seingat aku kali terakhir aku makan kat sini pada tahun 2003.Masa tu aku bujang lagi.Cuba la kira berapa lama dah aku tak sampai kesini.Kira-kira 11 tahun lamanya.Sampai aku dah lupa kat mana lokasinya.Menyinggah ni pun sebab dah kebetulan ada tugas kat kawasan Kajang.Terus lepaskan gian makan sate kajang ni.


Aku makan bertiga,order sate sampai enam puluh cucuk,tiga puluh sate daging dan tiga puluh lagi sate ayam.Mula-mula rasa macam banyak,Tapi bila dah makan tak rasa banyak pulak.Apapun rasa Sate Kajang masih sama macam dulu lagi.Tetap terbaik.Sate Kajang ni bagi aku dia dah jadi legend.Kalau tak silap aku ia bermula pada tahun 1992.
Sate Kajang Hj Samuri
Keadaan lengang sebab masa ni baru pukul 5.30 petang.Orang baru nak keluar kerja.
Masa tu Tuan Hj Samuri jual secara kecil-kecilan di tepi jalan.Dan ia mula didaftarkan pada tahun 2000 serta diusahakan bersama anak-anak beliau...Ambik kau,lepas tu nama sate kajang mula meniti disetiap bibir rakyat Malaysia dan ia mula dikenali oleh semua.Aku tumpang berbangga sebab ia milik bumiputera dan kini sate kajang sudah pun memiliki 20 buah cawangan diseluruh Malaysia dan ada tiga buah kilang untuk supply sate ke semua cawangan nya.Tabik spring aku kat Tuan Hj Samuri ni.Seorang usahawan yang patut menjadi contoh kepada kita semua.

Sate Kajang Hj Samuri

Kegemaran aku makan kuah kacang campur dengan sambal tumis memang terangkat beb...Setakat dua puluh cucuk selamba je....Nasib baik dah kenyang.Kalau tidak mau order lagi.Gambar aku tak dapat ambik banyak sebab masa sampai tu bateri hpone dah mula menunjukkan tanda-tanda weak.Power bank tak bawak,so ambik gambar setakat yang bole je ni.

Aku sebenarnya kalau nak makan sate kajang kat bukit tinggi pun ada cawangan.Ni sebab dah alang-alang sampai kan.Terjah terus.Melayan mulut yang memang nak menguyah ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...