Aku masih tak jawab lagi soalan kat atas tu kan....kenapa aku pilih jadi blogger?Sebenarnya aku mula mengenali dunia blog semenjak tahun 2008 lagi.Tapi masa tu aku tak faham lagi,apa itu fungsi blog pada kehidupan dan masyarakat.So,aku just buat tanpa panduan yang betul.Lebih banyak copy paste je.
Dipendekkan cerita pada tahun 2012 semasa lawatan aku syarikat Public Mutual ke Taiwan aku berjumpa dengan seorang blogger tegar Mr Jocko yang masa tu dah berkecimpung dalam industri blog selama 6 tahun secara serius.Aku jadi teruja lepas tu.Nampak macam best.Mana tak nya bila aku buka blog Mr jocko dah merata tempat dia pergi.Alhamdulillah aku berjumpa dengan Mr Jocko tak sia-sia,banyak ilmu blog yang dikongsi oleh beliau.Terima kasih banyak bro.....
Baru aku tau yang dengan blog ni sebenarnya ada masa depan jika dibuat betul-betul.Cuma ia memerlukan kerja kuat dan kena banyak belajar serta benyak bertanya dengan orang lama dan jangan sombong.So,aku pilih jadi blogger sebab banyak peluang dalam blog ni.Peluang macamana?Itu aku masih study lagi dan masih cari jalan untuk peluang-peluang tersebut.
Bersama Mr Jocko di Shangri La Leisure Farm,Taipei
Semenjak dari itu,aku mula kembali buka blog aku yang dah bersawang,masa tu blog aku www.xpres2u.blogspot.com.....Nama tak semenggah langsung kan..haha..Aku mula beralih arah untuk bertukar kepada jaymiee dot com.
Selepas tu aku mula join pelbagai jenis event atas jemputan Mr Jocko.Walaupun tak berbayar tapi aku puas kerana aku dapat kenal dengan ramai rakan blogger.Ternyata mereka semua baik hati.Dan banyak membantu aku dalam dunia penulisan.Bulan depan October genap setahun aku jadi blogger sambilan.
Bersama Tuan Farid Laham semasa event di Melaka sempat singgah kat Coconut Shake Klebang.
Walaupun tahap value blog aku masih pada peringkat biasa-biasa tapi aku sangat berpuashati.Bak kata pepatah blog aku ,aku punya suka la nak buat apa kan.....Masih jauh lagi sebenarnya perjalanan aku dalam dunia blog ni.Banyak benda lagi yang perlu aku pelajari.Ibaratnya aku ni masih berada pada tahap 1 dari sepuluh tahap.Otai-otai blog bantulah hamba jika ada kesilapan.Tak dapat tersenarai dalam 10 blogger terkenal Malaysia pun tak apa....Asalkan aku enjoy disini.....