Sengkuang Calit

sengkuang calit terbaik

Sengkuang calit memang sedap dimakan...Sapa kat sini yang pernah makan sengkuang calit?Sebenarnya makanan ni adalah makanan tradisi turun temurun.Ingat lagi masa zaman sekolah dulu.Ada mak cik jual kat depan sekolah,bila masa balik masing-masing berebut nak beli sengkuang calit ni.Sampai licin dikerjakan oleh kitaorang semua.Untung mak cik tu.Sekeping sengkuang yang di sapu dengan sos  calit ni dan di tabur dengan kacang tanah.peh..memang sedap.Boleh berebut makan tu.Tapi kalau dimakan macam tu je tanpa sos dan kacang tanah memang tak jadi apa.

Zaman tu seingat aku harga untuk sepotong sengkuang calit tu dalam lima puluh sen.Aku pun ingat-ingat lupa..Tapi sekarang dah tak dapat harga tu.sekarang kalau nak beli sepotong daam RM2 paling murah pun RM1.


bahan-bahan sengkuang calit

Sebenarnya aku dah lama tak makan sengkuang calit ni.Masa pergi rumah anak sedara di klang dia buat sengkuang ni untuk kami sekeluarga.Aku pun apa lagi.Dah orang bagi,rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.
peminat sengkuang calit

Anak aku yang sulung ni makan tak hengat.Aku ingat dia tak suka,Rupa-rupanya dia kata sedap.Dalam perjalanan balik tu terpaksa aku singgah ke pasaraya CLC di Johan Setia untuk beli sengkuang dan kacang tanah.Sos calit tu sedara aku dah bagi.Dapat free lagi.

Untuk pengetahuan semua,Sengkuang ni sebenarnya elok dimakan kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang bertindak sebagai pelawas di samping dapat menyejukkan badan dan baik untuk tenaga batin lelaki.Pakar kesihatan yang cakap aku sampaikan jer.Itu antara kebaikan sengkuang yang aku tahu lah.Yang lain-lain aku tak tahu.Ada ke yang tak tahu sengkuang tu apa?Sengkuang merupakan sejenis sayuran dari spesis ubi.Cari kat pasaraya ada banyak. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...