Selepas disajikan dengan Sengkuang Calit,Aku nak story sikit pasal Kafe Halal Terbaik Di Kuala Lumpur pulak.Bukan apa,biar nanti korang senang sikit nak kesan kafe yang halal dengan non halal ni.Tak semestinya kafe tu chinese punya dia tak halal.Ada juga chinese yang menyajikan makanan halal.So,aku harap sumber ni boleh dijadikan rujukan tentang kafe halal di Kuala lumpur.
1.SOULed OUT
First Kafe Souled OUT terletak di Sri Hartamas dan Jalan Ampang,Mula membuka Kafe pada tahun 1996 di Mont Kiara,Menghidangkan menu sederhana yang memaparkan campuran kegemaran dan ia telah berjaya memikat hati lebih lima juta pelanggan.
Apa yang menariknya kafe ni,ia menghidangkan makanan seperti kita berada dirumah.Dalam Suasana kekeluargaan seiring dengan slogannya ''as good as a hug'' dan tempat ini sangat sesuai untuk teman-teman dan ahli keluarga berkumpul sambil beramah mesra dan meluangkan masa bersama.
2.The GOOD BATCH
Kafe The GOOD BATCH terletak di Damansara Up Town.berdasarkan info yang aku terima kafe ini berpotensi menjadi kafe paling popular kerana ia menyediakan kopi dan makanan yang lazat.Disamping itu juga ia ada menyediakan kombo sarapan lewat pagi (brunch).
Disini banyak menyediakan makanan yang berasaskan telur.Dan yang menariknya ia membuat sentuhan Malaysia ke dalam makanan fusion dan mereka telah berjaya membuat satu perubahan yang amat menarik.Okey tak makanan yang terhidang tu.Nampak sedapkan.Itu baru nampak belum ada depan mata lagi.
3.Breadties
Lokasi Taman Melawati,Kafe Breadties menyediakan makanan berasaskan roti dan juga kopi aromatik.Ia dimiliki oleh sekumpulan anak muda yang bersemangat kental.
Hidangan paling popular disini ialah English Muffinn dan Breadties Roti John.
4.Three Little Birds Coffee
Sapa suka kopi boleh datang ke kafe Three Little Birds Coffee ni kerana ia tempat khusus untuk penggemar kopi.Lokasinya juga menarik kerana ia terlatak bersebelahan dengan taman yang cantik serta mempunyai penataan cahaya matahari yang terang serta semulajadi,sesiapa yang berkunjung kesini pasti akan terpikat dengan suasana sekelilingnya.
Kini Three Little Birds Coffee sudah mempunyai dua buah cawangan di The Waterfront@Desa ParkCity dan juga di D7 Sentul East.Kedua-duanya menggunakan konsep yang sama iaitu "kafe dalam taman" memang sangat sesuai untuk bersantai sambil menikmati hidangan yang sangat menyelerakan.
5.Wondermilk
Kafe yang last sekali adalah kafe Wondermilk yang telah beroperasi bertahun-tahun.Ia mempunyai hiasan dalaman yang cantik dan santai.Disini bukan sahaja selesa tapi ia mempunyai tempat yang luas.Kini Wondermilk telah mempunyai tiga cawangan iaitu di Damansara Uptown,Publika dan Citta Mall.Antara menu yang paling terkenal disini adalah Kek Cawan yang lazat dan berwarna-warni.Menu lain juga ada disediakan seperti sandwich,hotdog dan lain-lain lagi.
Cukup lima dulu kafe halal terbaik yang patut korang kunjungi bila berada di Kuala Lumpur ni.Sebenarnya ada banyak lagi cafe halal.Yang lain-lain tu korang cuba la search kat Mr google.mesti ada punya.