Pemenang Pertandingan Fruitale Queen–Be Fabulous

fruitale fair white uv
Pemenang Pertandingan Fruitale Queen-Be-Fabulous | Fruitale FairWhite UV,merupakan satu-satunya krim dan sabun mandian dengan 100% ekstrak buah-buahan organik dan yogurt telah menobatkan pemenang pertandingan Fruitale Queen-Be-Fabulous pada 22 september 2014 yang lepas.

Untuk pengetahuan semua pertandingan tersebut telah berlangsung dari 5 mei hingga 13 Julai 2014,ia bertujuan untuk mendekati pelanggan dengan cara yang ceria dan penuh keseronokan dengan memberi mereka peluang mempamerkan koleksi masing-masing.

Pemenang utama Fruitale Queen-Be-Fabulous telah menerima gelang rantai PANDORA berjumlah RM3,200 beserta  produk Fruitale Fairwhite UV.

Sepuluh pemenang mingguan juga turut menerima hadiah wang tunai RM100 setiap seorang berserta hamper produk Fruitale FairWhite UV.

Untung sapa yang menang Gelang tu kan.......

Balik rumah boleh tayang kat Abang sayang.....haha...bang saya dapat gelang PANDORA...Abang ada!...
pemenang utama fruitale queen
Ni la dia awek yang memang hadiah utama tu set Gelang Tangan PANDORA Purple Morning Butterfly bernilai RM1,600,Beliau telah dinobatkan sebagai Ratu Fruitale,Cik Narashatul Shima dan hadiah telah disampaikan oleh En.Francis Ng,Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Produk Rumah dan Penjagaan Diri,Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd.

Cik Narashatul Shima,37 dari Melaka telah di nobatkan sebagai Ratu Fruitale di atas koleksi patung mainan beliau yang mencapai ratusan buah...ambik kau...patut ler boleh menang,Silap-silap kat rumah beliau setiap sudut ada anak patung...

"Kami seisi keluarga amat menggemari rangkaian produk Fruitale FairWhite UV.Haruman buah-buahan sabun dan krim mandiannya menyegarkan hari saya dan membuatkan saya segar setiap kali selepas mandi.Saya sungguh tidak sangka hobi mengumpul patung mainan selama bertahun-tahun membawa kepada kemenangan set PANDORA Purple Morning Butterfly yang mempersonakan bernilai RM1,600 serta produk fruitale," Kata nya kepada kami disini kelmarin.
barisan pemenang fruitale queen
Barisan Pemenang dan barisan pihak pengurusan Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd.

Pemenang tempat kedua ,Cik Vasanta dari Semenyih,memenangi set PANDORA Enchanted Purple bernilai RM1,095 diatas koleksi patung kecil Ultraman milik anak lelaki beliau,manakala pemenang tempat ketiga,Cik Jaslina Ahmad,membawa pulang set permulaan PANDORA bernilai RM547 diatas koleksi novel beliau.

Sapa sangkakan dari hobi menjadi rezeki,

Pemenang dipilih berdasrkan keunikan dan saiz koleksi,kreativiti persembahan dan undian penyokong mereka.

Pada majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran ringkas rangkaian Minyak Zaitun Fruitale UV.

Pemenang pertandingan dan wakil media diberi urutan kaki percuma menggunakan rangkaian Minyak Zaitun Fruitale yang dilakukan oleh Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia(MAB) Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...