Kesinambungan kisah semalam.Untuk pengetahuan korang,ini merupakan kali pertama aku bermalam di Lukut,Biasa kalau ke Port Dickson mesti menginap di kawasan pantai atau sewaktu dengannya.Sebab tu aku memang tak berapa tahu nak makan kat mana.So,aktiviti malam ni adalah,sesi pencarian tempat makan sedap di Lukut.Aku kalau bab makan ni tak kisah sangat sebenarnya.Apa yang penting bagi aku adalah janji perut aku kenyang.
Disebabkan malas nak cari,layan yang dekat dengan hotel je.Sri Tanjung - Restoran Ikan Bakar & Seafood menjadi pilihan kami semua.Aku rasa restoran ni yang paling sedap di lukut agaknya.Sebab penuh dengan pelanggan masa kitaorang datang.Kalau nak tau sedap atau tidak kena rasa dulu.
Disebabkan nak senang order,aku terus order Pakej A dengan harga RM190 untuk 10 orang makan.Ok ke?Kiranya seorang RM19.
Bagi aku ok,sebab malam tu aku kira kitaorang lebih dari 10 orang termasuk kanak-kanak.Jadi sapa nak cari tempat makan murah di Lukut boleh datang ke Sri Tanjung - Restoran Ikan Bakar & Seafood.
Sebenarnya kalau betul-betul nak cari tempat makan sedap di Lukut memang ada.Tapi ambil masa sikit,Ini pun aku rasa kira boleh,sedap juga.Cuma service agak lambat sikit.Mungkin sebab pelanggan ramai agaknya.Fikir positif sudah.......
Ketam tiga rasa 2 ekor
Siakap tiga rasa,satu lagi masak Stim
Daging masak merah X2
Kailan Ikan Masin X2
Tom yam campur X2
Air buah X2
Okey sapa yang berminat nak kesini,aku bagi direction sikit.Aku bagi dari Giant Lukut menghala ke Port Dickson....Lokasi Sri Tanjung - Restoran Ikan Bakar & Seafood akan berada di sebelah kanan,jarak lebih kurang 5KM dari Giant.Restoran ni bersebelahan dengan Pusat Karaoke Family.