Balik dari bercuti,ingat nak masuk ke Alive 3D Art Galery di Lukut,tempat tu betul-betul depan Hotel tempat aku menginap di The Guest Hotel & Spa,Lukut.Lepas check-out pukul 2 petang tengok kat Alive 3D Art Galery tu,mak ai....yang berbaris je aku rasa lebih 30 orang kat luar.Itu belum lagi yang kat dalam.
Jadi hasrat nak masuk tu terpaksa dibatalkan,serta merta.Cakap kat anak-anak kita masuk lain kali.Mungkin di tempat lain.Jadi,disebabkan program terbatal maka kitaorang ada banyak masa lagi.
Fikir punya fikir Muzium dan Kota Lukut menjadi destinasi kami.Lagipun,setiap kali aku ke Port Dickson tak pernah walau sekalipun aku singgah ke Muzium dan Kota Lukut.Cuma lalu jer.Lagipun lokasinya memang pada laluan kami untuk balik ke rumah.
Sesekali buat lawatan ke tempat bersejarah di Lukut,Port Dickson.Masa sampai tu cuma ada beberapa buah kereta sahaja di kawasan parking,dengan suasana mendung dan sedikit gerimis memang best aku rasa.Sunyi tempat ni.
Kota Lukut aku tak sanggup nak naik sebab tinggi.Baru tengok anak tangga aku terus ambil keputusan tak nak naik...penat nanti semput.Kebetulan ada sorang pak cik separuh umur baru turun,dia kata kat atas tu cuma ada kubu jer...
Kami terus ke Muzium Lukut,Kat dalam Muzium Lukut cuma ada beberapa bahan sejarah tentang sejarah Kota Lukut.
Kenyataan tentang sejarah Lukut.
Bersantai sebentar disini sebelum masuk muzium Lukut.
Jalan masuk ke Muzium Lukut
Ada Security Guard yang menunggu Muzium Lukut.Kena tulis nama dulu kat sini.
Khusyuk baca sejarah
Bersedia untuk menyerang Lukut.
Anak-anak tengah memegang bijih timah.
kereta lembu ni berada di luar kawasan Muzium Lukut.
Sampan panjang
Pandangan dari bahagian atas Muzium Lukut.Terasa best aku rasa bila kat sini.
Masa masuk kat dalam hujan pun turun lebat,jadi kitaorang lepak dulu kat atas.Plan nak ke Muzium Tentera,tapi badan dah penat.Jadi program di tangguh atau dibatalkan.Tepat jam 4 petang kami pun pulang.