Al-Fateh Steamboat & Grill - Kampung Jawa,Klang.Sebenarnya dah dari tahun lepas lagi aku nak makan steamboat kat sini,Alhamdulillah tercapai juga hasrat nak makan di sini.
Bukan apa,aku dengar makan steamboat di Al-Fateh ni sedap dan banyak menu yang ada.Jadi ni kira aku nak buat pemeriksaan sekali ,betul ke tidak apa yang orang cakap tu.Kalau sedap boleh datang lagi.
Dari segi harga aku tengok lebih kurang dengan The Captain Steamboat & Grill di Meru.Cuma beza sedikit pada harga untuk kanak-kanak.So far memang murah dan segar bugar.Yang lain semua lebih kurang sama.Aku bukan nak buat perbandingan tau.Cuma sekadar untuk bagitau.
Kalau tak silap aku Al-Fateh Steamboat & Grill ni baru lagi.Ikut kat FB Page,mereka mula meniaga sekitar bulan Oktober tahun lepas (2014).Jadi kepada yang sedang mencari tempat steamboat murah di klang boleh datang ke Al-Fateh Steamboat & Grill,Klang.
Dari segi menu,macam-macam ada.Aku macam biasa lah.Peminat tegar kambing,So aku belasah daging kambing je malam tu.Aku datang sini sekeluarga.Semua pun memang sama tujuan.Berhajat dah lama nak ke sini.
Banyak tak menunya,makan lah apa sahaja yang korang suka.Semua sedap-sedap dan menyelerakan.
Lagi satu sebelum aku lupa nak beritahu,lokasi Al-Fateh Steamboat & Drill ni memang best sebab jauh dari hiruk pikuk kenderaan,ia berada di kawasan kampung.Memang tak kelihatan dari jalan utama.Memang terasa tenang dan nyaman makan disini.
Malam ni semua meja full book.Jadi memang sangat happening la.Ada yang sambut birthday,ada yang datang bersama family ( aku la tu) dan ada juga yang bercouple.
Tengah sibuk ambik makanan tiba-tiba aku ternampak member kerja lama kat dalam tengah prepare makanan. ( EDOT namanya) Rupa-rupanya ini kedai adik dia.Baru aku tahu.
Waktu siang tempat ni ada meniaga nasi lemak paling popular di kampung Jawa.Nasi Lemak Hj Mad.Aku sendiri pun tak merasa lagi.Ikut kata member-member yang selalu makan kat tempat kerja dulu katanya memang power...sekali makan nak lagi.
Teringin juga nak merasa,cuma malam ni takda rezeki sebab dah habis.Mana tau lain kali datang ada.
Menu utama aku malam ni,Kambing tetap dihati.
Udang cuma sebagai penyeri,sebab aku tengah cuti makan udang.Ada alahan buat sementara.Siap sedialah kamu wahai udang bila aku dah ok nanti.
Semua tengah menjamu selera,Aku sorang je pandang kamera.yang lain?
Acara Steam dan Grill sudah bermula.Untuk steamboat kuah kegemaran aku tom yam.
nyum-nyum sedapnya makan ais krim.
Diorang cakap ada nasi lemak,Sebab aku sampai lewat nasi lemak pun dah habis.
Untuk pengetahuan korang,Al-Fateh Steamboat & Drill mula beroperasi pada pukul 5 hingga 12 malam.
Menu kegemaran kanak-kanak.Oppss...sekali ambik cuma boleh dua scoop je tau.Dah habis baru boleh datang ambik lagi.Jangan membazir.
Tempat untuk kanak-kanak bermain juga ada disediakan.Bagi yang datang awal,Surau ada disediakan di sebelah tepi .Makan-makan jangan lupa dengan - NYA.
Aku rekomen kat korang supaya datang makan kat sini,kerana ia merupakan tempat steamboat paling sedap di klang.Kepada yang nak datang dan tak biasa dengan kawasan ni sila guna waze atau gps yer.
Takut tersesat nanti.terus taip lorong raja jumaat.korang akan terus dibawa ke depan Al-Fateh.Sebelum datang make sure call dulu,bukan apa ,takut penuh nanti kalau dah booking kan senang.
Land Mark - Kolej Islam-Petronas-Masjid Kg Jawa
Jalan Raja Jumaat,Kg Jawa,Klang
017-630 0965
Selamat menjamu selera.Lain kali kami datang lagi,menjamu selera di sini.