Semakan dan Tarikh Bayaran BRIM 2015

Semakan dan Tarikh Bayaran BRIM 2015

Bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2015 hanya tinggal beberapa hari saja lagi.Berita gembira buat semua penerima Brim aku rasa,sebab jadual sebelum tu bayaran BRIM 4.0 akan di agihkan pada 28 Januari 2015.

Oleh kerana mengenangkan nasib rakyat Malaysia di Pantai Timur yang dilanda banjir,Kerajaan mengambil inisiatif supaya bayaran BRIM 4.0 di percepatkan kepada 15 Januari 2015.

Alhamdulillah BRIM 4.0 telah di naikkan sebanyak RM350 daripada RM600 kepada RM950 untuk isi rumah yang berpendapatan dibawah RM3000 setahun.Bagi isi rumah yang berpendapatan RM4000 kebawah juga mendapat manfaat BRIM 4.0 ini sebanyak RM750.Bagi orang bujang mereka mendapat sebanyak RM350.

Cara pembayaran BRIM 4.0 telah diubah sepenuhnya,Untuk isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3000 dan RM4000 mereka akan menerima sebanyak 3 kali.Dan untuk bujang bayaran secara lump sum.

Bagi mereka yang mempunyai akaun bank ,wang BRIM 4.0 akan terus dimasukkan ke akaun mereka bermula 15 Januari 2015 ini.

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank,mereka akan dibayar menggunakan voucher seperti biasa.Peringkat satu surat dan voucher akan dihantar kepada Pejabat di DUN masing-masing manakala selebihnya surat dan voucher akan di hantar melalui pos ke alamat rumah mereka.

JADUAL BAYARAN BRIM 4.0 2015
Semakan dan Tarikh Bayaran BRIM 2015

Diharap wang BRIM 4.0 ini dapat di gunakan sebaiknya.Nanti buka sekolah dapat lagi wang Bantuan sekolah sebanyak RM100 satu murid.Walaupun jumlah diberi tak banyak,tapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban keluarga.

Kepada yang masih belum mendapat info tentang status permohonan BRIM 2015,mereka boleh membuat semakan di sini  SEMAK STATUS BRIM 2015.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...