Nasi lemak memang dah sangat sinonim dengan orang kita.Kalau dulu nasi lemak hanya di makan ketika sarapan pagi sahaja.Namun kini nasi lemak dah boleh di makan tak kira waktu.Nak buat makan tengahari,minum petang ataupun makan malam semua boleh.Sebab apa?Sebab dulu nak cari peniaga nasi lemak memang susah.Sekarang dah ramai yang menjual nasi lemak.Siap buka Restoran pun ada.
Sebagai contoh Nasi Lemak Haji Mad Kampung Jawa.Popular dengan Nasi lemak sambal banjir.Mengikut kata pelanggan yang pernah mengunjungi kedai Nasi lemak Haji Mad rata-rata akan mengatakan nasi lemak haji mad memang sedap.Dan ada juga yang selepas merasai buat pertama kali akan terus menjadi pelanggan tetap nasi lemak haji mad.
Mana nak cari nasi lemak sedap di Klang?Korang boleh cari Nasi lemak Haji Mad di Kampung Jawa,Klang.Terletak di Lorong Raja Jumaat Off Jalan Raja Jumaat kampung Jawa,Klang.Bukan setakat nasi lemak sambal banjir yang ada.Nasi lemak sotong dan nasi lemak ayam berempah juga terdapat disana.Yang pastinya bakal meninggalkan kesan yang best pada lidah setiap pelanggan yang menikmati rasanya.Harga pun berbaloi sangat ekonomi.
Nasi lemak sotong
Nasi lemak ayam berempah
Jadi apa lagi jom kita makan nasi lemak sedap di Nasi lemak Haji Mad.Datang Klang jangan lupa singgah ke sini.Dibuka setiap Isnin hingga Sabtu bermula jam 7.30 pagi sehingga 4 petang.Rasai sendiri kesedapannya.
Pelanggan sedang beratur membeli nasi lemak haji mad,Beginilah keadaannya pada setiap hari.
Sangat menyelerakan betul kan asam pedas claypot ikan bawal dan asam pedas claypot ikan tenggiri ni kan.Selain dari asam pedas bawal dan tenggiri.
Ada juga asam pedas claypot Pari,Jenahak,Keli,Kembong dan Ikan Parang.Rasanya pasti tidak mengecewakan anda.
Pada aku tuan punya restoran ini sangat rajin kerana menggunakan sepenuhnya tempat tersebut untuk perniagaan.Aku difahamkan perniagaan ini adalah perniagaan keluarga.Diwarisi dari ayah sehingga ke anak.Good job Nasi lemak Haji Mad dan Al-Fateh steamboat & Grill.Semoga terus maju jaya