Cara menggunakan whatsapp web.

whatsapp web

Dah lebih sebulan aku guna service ni.Memang segalanya menjadi mudah.Sambil online di PC atau Lappy danh tak perlu nak pegang hp untuk tengok whatsapp yang masuk.Semuanya aku sambungkan ke PC dengan menggunakan Whatsapp web.

Rugi sapa yang tak tau guna whatsapp web ni.Memang rasa sangat cool dan mudah.Bayangkan semuanya menjadi satu.Aku percaya ramai dikalangan kita yang dah mula guna whatsapp web.Dan aku juga percaya ada segelintir rakan-rakan kita yang masih belum tahu apa itu whatsapp web.

Cara ini boleh digunakan oleh semua orang yang ada akaun whatsapp dan ada smartphone.Mudah bukan.Agak mustahil jika ada yang masih tidak mengerti apa itu whatsapp.

whatsapp web qr

Aku saja nak share bagaimana cara menggunakan whatsapp web di PC tau pada Lappy.Korang perlu taip https://web.whatsapp.com/  atau terus klik link tersebut.Dan akan terpapar web seperti di atas.Kod QR sedia untuk imbasan smartphone korang.

scan code

Kemudian dapatkan smartphone korang yang canggih tu masuk ke whatsapp dan pergi ke bahagian menu dan klik whatsapp web.Terus dekatkan kamera smartphone kepada PC korang.Lakukan imbasan pada kod QR di dalam PC korang tu.Kalau faham dan jadi akan terpapar gamabarajah seperti dibawah ini.


Sekarang korang dah boleh mula berchatting bersama rakan-rakan di whatsapp web.Aku sarankan untuk menggunakan whatsapp web guna WIFI sahaja untuk sambungan yang lancar dan memuaskan hati.Kalau guna DATA takut sering terputus hubungan.Dan mungkin akan memakan DATA korang dengan rakusnya.

Perhatian,Whatsapp Web bukanlah sebuah akaun whatsapp yang lain.Ia menggunakan akaun whatsapp yang sama ketika korang menggunakannya di PC atau Lappy.Dua-dua boleh digunakan pada masa yang sama.

Kelebihan menggunakan whatsapp Web nak tau apa dia?Kelebihan dia cari sendiri.....Yang aku tau mudah nak taip dan masukkan gambar dari PC .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Pernah guna... Tapi sesuai utk yg selalu hadap pc la kan...

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini