Harga Kad Top up kembali pada caj asal.

top up tiada gst lagi

Sejauh mana kebenarannya aku pun kurang pasti yang harga kad top up kembali pada caj asal bermula pada 1 Januari 2016.Sebelum ini GST 6% dikenakan kepada semua pengguna kad prabayar telco.Sebab dah berulangkali dibentangkan tapi hasilnya masih sama.Tetap ada GST untuk setiap belian kad top up.

Walaubagaimanapun info yang aku terima tadi ia sudah pun bermula minggu lepas lagi.Sebagai bukti aku sertakan resit belian telco U-mobile di seven eleven pada 21/12/2015 yang lepas - sumber aku dapat dari facebook.


Jangan terperanjat dan melatah pula sekiranya  top up rm10 korang akan terima  RM9.46 sahaja,seperti contoh diatas.Ini kerana baki RM0.54 sen  akan dikembalikan dalam tempoh kurang 24jam.

Jadi tak perlu nak melatah sangat nanti kalau baki top up kurang tau.Tenang-tenang saja.Inshaa Allah akan dapat semula dalam masa 24 jam.Kalau masih tak dapat sila berhubung dengan pihak yang terbabit.Sama ada syarikat Telco korang ataupun boleh tanya kat kedai yang korang beli top up tersebut.

top up online
Tapi tadi aku check belian online banking.Masih ada GST disitu.Belum bermula lagi nampaknya.Mungkin belum semua premis dan outlet yang melaksanakan perkara ini.

Kadar Gst untuk harga kad top up dimansuhkan berikutan pengumuman kerajaan pada Belanjawan 2016 yang lepas.Aku berharap agar GST dimansuhkan sepenuhnya untuk semua barangan nanti.Rakyat sudah cukup terbeban dengan GST sebenarnya.

SKMM menyatakan bahawa rebat GST  hanya diberikan kepada pengguna prabayar sahaja.Pengguna pascabayar tidak terlibat.Dan wajib dikenakan GST 6% seperti perkhidmatan yang lain.

Perkara ini hanya akan berlangsung selama setahun sahaja.Ia akan berakhir pada 31 disember 2016.Dan selepas itu bergantung kepada keputusan kerajaan pada belanjawan 2017 yang akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini