Riadah bersama keluarga di Setia City Park,Setia Alam | Aktiviti hujung minggu di Setia City Park,Setia Alam.
Hari sabtu bila dah tiada aktiviti lebih-lebih lagi di minggu-minggu terakhir sebelum sekolah bermula.Anak-anak ajak main Bubbles Giant di Setia City Park,Setia Alam.Ikut rasa hati memang malas,tapi bila anak-anak dah baik punya pujuk,aku terpaksa akur.
Setia City Park ni bersebelahan dengan Setia City Mall dan Setia City Convention Centre.Aku pernah ke sini pada awal tahun 2013 kerana mengikuti seminar Dr Azizan Osman yang hebat dan famous tu....
Kalau nak dihitung dengan jari ini kali ke tiga aku datang dalam tempoh tiga tahun.Maknanya memang jarang aku kesini.Masa tu takda lagi Bubbles Giant ni.
Aku sampai sana pukul 5 petang,terus terjah kat booth Bubbles Giant yang terdekat sekali....sebab anak-anak aku dah excited sangat.Terus terang memang diorang tak pernah main Bubbles Giant ni....walaupun dah hampir 2 tahun aku rasa bubbles giant ni mula di minati di Malaysia.
Harga kira ok,untuk yang kecik RM2 sebatang,Besar sikit macam yang anak aku kat bawah ni RM4...Nak lagi Besar aku tak tahu,lupa nak tanya...Sabun boleh top up kalau habis.RM2 sesenduk.haha..mahalnya...tak puas main dah habis sabun.Nak top up banyak RM pun kena banyak lah...Kalau nak jimat bawak sabun sendiri.
Aksi seorang budak yang baru first time main bubbles Giant.Ada gaya tak bro...
Seronok tengok diorang bergembira dengan Bubbles giant masing-masing.Janji jangan berebut sudah.Sebab tu bagi sorang satu.....Bila sabun habis berebut jugak...haha..namapun budak-budak,layankan jer.
"Orang semua sibuk main,Biar adik Selfie dululah"
"Tadi selfie dari bawah tak jadi,cuba try dari atas pulak"
Aksi bila dah mula terror main bubbles giant.Gaya mesti ada.
Bila dah habis main bubbles Giant,Jom naik motor mini pulak.Kita meronda sekitar Setia City Park ni petang-petang.Harga untuk sewa motor ni RM20 untuk 15 minit.Habis satu Setia City Park aku ronda......
Bila kakak teringin main kasut roda,Asyik jatuh bangun jer..last-last tak nak main sebab sakit badan..
RM15 unlimited.Aku nak try tapi malu sebab tak reti nak main...memang jadi bahan je nanti kalau aku yang main....
Sebab kakak hanis dah tak nak main kasut roda,Abang Iman take over,nasib baik boleh tukar dengan rollerblade...jimat belanja.....
Sampai penat adik ni ajar anak aku,tapi masih tak bole....
Rehat sebentar bersama matahari nak masuk senja.Rasanya cukup sampai disini,kita sambung lain masa.....Nanti lama-lama pandai lah tu....Sebenarnya ada macam-macam lagi permainan yang boleh korang cuba kat sini...memang best la...
Dalam ramai-ramai orang yang main rollerblades ,aku tertarik dengan aksi seorang budak kecik ni...dah macam ecpert aku tengok...selamba jer dia buat aksi....Aku difahamkan usianya baru 4 tahun...korang cuba bayangkan kalau usianya nanti 40 tahun....dah boleh terbang kot dengan roller blades tu..haha.
Motor kecik ni pun ada..RM15 untuk 15 minit aku rasa...lupa sebab aku tanya sambil lalu jer...Bagi yang ada anak kecik SUpa Dupa pun ado...RM15 unlimited times.....
Dah habis main,perut pun lapar.Lepas solat Maghrib dekat surau Kfc sebelah...kita makan Burger King dulu...nak makan KFC,2 hari lepas dah makan,so,malam ni kita layan burger king pulak....Pukul 10 sampai rumah.....mandi-mandi terus tidur...
Habis sudah episod Riadah bersama keluarga di Setia City Park,Setia Alam....Masa untuk sekolah.