Shell FuelSave Challenge 2014 Peringkat Akhir.

Shell FuelSave Challenge 2014 Peringkat Akhir.

Sabtu 18 Oktober 2014 merupakan peringkat akhir bagi Shell FuelSave Challenge 2014.Diam tak diam dah tiga bulan cabaran ni berlangsung.Sepanjang cabaran berlangsung banyak yang aku pelajari tentang tips untuk jimat petrol.Wakaupun pada dasarnya aku hanya terlibat secara tak langsung dengan cabaran kali ini.Sebab dah alang-alang terlibat aku kena ambik tau dengan perkembangan semasa.Kalau tak sebelum ni aku tak ambik endah pun pasal tips nak jimat minyak ni.

Okeylah kat sini aku nak kongsikan sedikit tips penjimatan petrol  berdasarkan apa yang aku faham.Sebenarnya perkara ni semua aku rasa semua orang dah tau,cuma tidak di praktikkan sahaja.

1.Gunakan minyak pelincir yang betul,mengikut kesesuaian enjin,jangan guna ikut rasa hati.Biasanya aku guna minyak hitam yang kurang kualiti sebab harganya pun murah.Tapi daya tahan dan kualiti memang sekejap,Berbanding jika guna yang berkualiti,Mungkin mahal sedikit tapi tahan lebih lama,Enjin pun lancar.

2.Minyak petrol juga memainkan peranan.Kalau nak bagus gunakanlah Ron97.Tapi kalau tak larat poketnya gunakanlah Ron95.....Apa boleh buat kan.

3.Tekanan angin tayar perlu selalu dijaga.Ia memainkan peranan untuk menjimatan petrol.Kalau angin kurang kadar geseran tinggi dan kenderaan menjadi agak berat sedikit.Petrol pun guna lebih nanti.

4.Tuning enjin selalu jika rasa dah tak best.Pastikan ketika kenderaan berhenti keadaan enjin tidak  stabil,macam meraung.Itu maknanya keadaan tuning petrol dan enjin tidak ok.Bawa jumpa mekanik.

5.Gunakan penghawa dingin dengan betul,Bila cuaca sejuk aku seperti waktu pagi ,tak perlu gunakan penghawa dingin.Gunakan mengikut kesesuaian cuaca.

6.Memandu dengan cermat,jika hendak membrek jangan terlalu kuat.Ia akan memberikan tekanan pada enjin.Dan merbahaya jika ada kenderaan dibelakang.

7.Gunakan gear mengikut kelajuan dan mengikut kesesuaian jalan.

8.Jangan memandu terlalu laju.Dalam keadaan laju petrol yang digunakan adalah lebih banyak dari memandu pada kadar biasa.

9.Jangan over speed di kawasan lampu isyarat.Bersedia untuk berhenti ketika lampu isyarat kuning.Biasanya kebanyakan dari kita termasuk saya,akan tekan minyak bila lampu bertukar kuning.So,apalagi tekan lebih petrol pun lebih lor....

10.Matikan enjin bila menunggu seseorang dalam masa yang lama.

11.Jika kenderaan anda mempunyai fungsi auto-cruise sila gunakan ketika memandu di lebuhraya.Ia lebih menjimatkan berbanding memandu tanpa auto-cruise.

12.Bagi yang guna roof rack,kalau benda tersebut tidak digukan lebih baik baik buka.Kerana ia menghalang angin dan memberatkan kenderaan.Tapi kalau guna tak perlu buka...

13.Elakkan membawa barang yang berat dan tidak diperlukan dikenderaan anda.Muatan lebih petrol pun lebih.

Aku rasa itu je tips penjimatan petrol yang aku boleh kongsikan dengan korang semua.Mudahkan.Sebenarnya perkara-perkara tersebut memang nampak tiada apa,tapi jika kita boleh amalkan,in shaa allah banyak yang kita boleh jimat dari segi penggunaan petrol.

support hafiz rahim

Memandangkan sabtu ni aku pun join sekali dengan cabaran akhir Shell FuelSave 2014 ni,Aku pun kena la bagi support pada salah seorang rakan Blogger Hafiz Rahim yang berjaya menjadi juara pada peringkat Central Region tempohari.Beliau dan tiga yang lain memenangi wang tunai RM2,000 .Pada sabtu ini,hadiah yang bakal dibawa pulang oleh Juara adalah wang tunai sebanyak RM20,000.

Jadi kepada yang lain-lain tu mari kita #supporthafizrahim sabtu ni.

Jumpa disana Sabtu ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...