Cara Untuk Jimat Kos Ketika Melancong

Cara Untuk Jimat Kos Ketika Melancong

Siapa suka melancong?

Aku rasa semua orang jika diberi pilihan pasti suka melancong kan.Bukan semua orang dapat melancong,Bergantung pada poket masing-masing.Sebab melancong samaada dalam negara ataupun melancong ke luar negara memerlukan kos yang tinggi.

Bagi yang kurang berkemampuan cukup sekadar berjalan-jalan sekitar dalam negara sahaja.Dan bagi yang ada budget lebih boleh ke luar negara.Tapi sebelum nak melancong ke luar negara tu aku sarankan korang ikut beberapa tips atau cara untuk jimat kos ketika melancong.

1.Cari waktu yang sesuai 

Pastikan korang periksa dulu negara mana yang hendak dituju.Kemudian buat homework sikit tentang negara tersebut.Kalau boleh pilih masa yang "off peak" Sebab masa tersebut korang boleh dapat harga yang jauh lebih rendah untuk penginapan dan pengangkutan.Setiap negara mempunyai ''Off Peak'' yang berbeza-beza.

2.Buat booking awal.

Bila dah dapat tarikh yang sesuai.Terus buat tempahan untuk Tiket penerbangan dan tempat penginapan.Sekurang-kurangnya buat tempahan enam bulan awal.Sebab dengan cara tersebut korang boleh dapat penjimatan yang banyak hampir 40-50% lebih jimat berbanding pergi secara instant.

3.Tukar mata wang

Sebelum membuat tukaran matawang asing,sila selidik dahulu.Biasanya nilai tukaran untuk setiap pengurup wang adalah berbeza.Walaupun tak banyak jimatnya.Sekurang-kurangnya jimat puluhan ringgit pun ok daripada tak jimat langsung.

Cara Untuk Jimat Kos Ketika Melancong

4.Tempat tinggal.

Aku sarankan korang tinggal di apartment dari tinggal di hotel.Sebab kos hotel jauh lebih mahal.Di apartment korang boleh masak sendiri,Duit pun jimat.Dapat dua penjimatan disitu,Jimat kos tempat tinggal dan dapat jimat kos makan.Sebab bila melancong tempat tinggal ni sekadar sebagai tempat persalinan dan tidur jer.Jadi rugi kalau bayar mahal.Fikir-fikirkan.

5.Gunakan elaun bagasi apabila pergi dengan family.

Elaun tu bukan duit,tapi berat tambahan untuk bagasi.Biasanya jika pergi bersama family pihak syarikat penerbangan akan memberikan elaun bagasi yang lebih berat.

Periksa dahulu dengan syarikat penerbangan seminggu sebelum melancong.Jika dibenarkan boleh bawa peralatan memasak seperti periuk nasi dan juga beras.Nanti boleh masak masa tiba ke destinasi.

Jika tak boleh tak perlu bawak nanti rugi jer,kena tinggal kat airport kena lelong barang tu.

6.Pilih lokasi  penginapan yang sesuai.

Lokasi tempat tinggal yang jauh dari bandar mungkin lebih murah berbanding tinggal di tengah bandar atau tempat menarik.Aku sarankan tinggal jangan terlalu jauh dan jangan terlalu dekat dengan bandar atau tempat menarik di sesebuah negara.

Biasanya lokasi penginapan yang hampir dengan tempat-tempat menarik bayarannya jauh lebih mahal.Tapi pastikan pengangkutan mudah didapati dan kosnya berpatutan  jika nak jauh sedikit.

7.Tempat tarikan percuma.

Jika boleh semasa membuat lawatan pilih dahulu tempat-tempat yang percuma seperti muzium,galeri seni awam dan yang seumpama dengannya.

Elakkan dari membeli belah,sebab tujuan utama adalah untuk melihat dan berjalan-jalan melihat negara orang kan.Luangkan masa berharga dengan mengambil gambar dan video bersama keluarga tersayang.

Cara Untuk Jimat Kos Ketika Melancong


Tapi kalau korang jenis yang berduit tal perlu ikut cara untuk jimat kos ketika melancong ni.Ini hanya sesuai untuk yang kurang berduit macam aku.hehe...Sebelum melancong simpan duit secukupnya,buat tabungan.Pastikan bila balik ke Malaysia ada bekalan lagi.Jangan dihabiskan terus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...