Kempen ‘Give Hope, Receive Good
Health’ Antabax dengan Kerjasama Giant Kutip Dana RM53,000 untuk Pertubuhan
Pertolongan Wanita (WAO).
Antabax,
rangkaian penjagaan diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif dengan
perlindungan 24 jam daripada 99.9% jenis kuman, dengan
kerjasama peruncit terkemuka Malaysia, Giant, telah mengutip dana sebanyak
RM53,672.26 untuk Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menerusi kempen ‘Give
Hope, Receive Good Health’.
Kempen
yang berjalan dari 1 Oktober 2013 hingga 30 November 2013 itu menyaksikan 10% daripada
hasil jualan rangkaian penjagaan diri
antibakteria Antabax di 128 cawangan Giant di seluruh negara disalurkan kepada WAO
bagi menyokong Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kanak-kanak.
WAO yang diasaskan pada 1982 bermatlamat membina
masyarakat yang bebas daripada keganasan terhadap wanita. Ia menawarkan
sokongan emosi, sosial dan material bagi wanita mangsa dera; membantu wanita
mangsa dera menguruskan diri dengan menyediakan tempat perlindungan sementara; dan
meningkatkan kesedaran awam tentang isu keganasan terhadap wanita.
Pada 2011, kempen amal anjuran bersama Antabax dan
Giant ini berjaya mengutip RM21, 955 untuk Rumah Ilham dan Rumah KIDS, manakala
pada 2012, kempen tersebut telah menyumbangkan RM20, 953 kepada Persatuan
Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA). Cawangan-cawangan Giant tertentu
juga telah digunakan sebagai tempat untuk menyebarkan kesedaran mengenai kanser
payudara tanpa sebarang caj.
Menyokong hak wanita! Pengarah Jualan, Lam
Soon Edible Olis Sdn Bhd, Encik Robin Loh bersama Pengurus Besar Pemasaran, GCH Retail (M) Sdn Bhd Cik Norine Erica, Pengarah
Eksekutif WAO, Cik Ivy Josiah dan Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Produk Rumah dan Penjagaan
Diri Lam Soon Edible Oil, Encik Francis Ng bersama
dengan sumbangan kepada WAO daripada kempen kumpulan dana.
Satu majlis penyerahan cek ringkas telah diadakan di
ibu pejabat Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, diikuti dengan ceramah untuk pekerja
Lam Soon dan Giant mengenai cara mengenal pasti keganasan terhadap wanita serta
tindakan yang boleh diambil bertajuk ‘Katakan Tidak Kepada Penderaan’.
Menurut Pengurus
Besar Bahagian Pemasaran, Produk Rumah dan Penjagaan Diri Lam Soon Edible Oil,
Encik Francis Ng, dana yang dikutip untuk WAO merupakan yang terbanyak
setakat ini menerusi inisiatif Antabax-Giant ‘Give Hope, Receive Good Health’.
“Setiap tahun, Antabax dan Giant mengenal pasti organisasi dan usaha yang
memerlukan pendanaan. Berdasarkan sambutan yang diberikan terhadap inisiatif
kali ini, jelaslah bahawa membendung keganasan rumah tangga merupakan isu yang
dipandang serius oleh ramai pengguna Antabax, dan sesuatu yang mendapat
sokongan mereka. Ini merupakan kutipan terbanyak yang pernah dijayakan oleh
Antabax menerusi satu inisiatif amal. Kami gembira kerana ia akan digunakan
untuk sesuatu yang amat diperlukan seperti menyokong Pusat Perlindungan dan Penjagaan
Kanak-kanak WAO,” kata Encik Ng.
Statistik Polis Diraja Malaysia dan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan bahawa
angka kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan telah meningkat daripada 3,173
kes pada 2011, 3277 kes pada 2012 hingga 3,488 kes pada 2012.
Jelas beliau, Lam Soon juga telah
mengambil langkah untuk mendidik tenaga kerjanya tentang cara mengenal pasti
tanda-tanda keganasan rumah tangga dan langkah yang boleh diambil bagi membantu
mangsa.
Mengenai hak wanita; Cik Ivy Josiah memberi pembentangan kepada semua yang hadir.
“Dalam
tempoh kerjasama rapat kami dengan WAO, kami mendapati keganasan rumahtangga
merupakan masalah serius yang jarang diambil peduli oleh mereka di sekeliling
mangsa. Lam Soon telah mengambil langkah awal dengan berkongsi bahan pendidikan
bersama para pekerja kami menerusi emel dan bahan cetak. Di samping itu, kami
telah menjemput WAO untuk mengadakan ceramah untuk pekerja kami agar lebih ramai tahu cara
mengenal pasti tanda keganasan dan apa yang boleh mereka lakukan untuk
membantu,” jelas beliau.
Cik Norine Erica Majaman, Pengurus Besar Pemasaran,
GCH Retail (M) Sdn Bhd, berkata, “Pelanggan Giant telah menyahut seruan ke arah
membantu wanita dan kanak-kanak yang dibelenggu keganasan rumahtangga.
Kemurahan hati mereka menyumbang kepada WAO merupakan mesej jelas mengenai
sokongan mereka kepada mangsa yang dibelenggu masalah ini. Giant berbesar hati
dapat berganding bahu bersama Antabax dalam membolehkan WAO membantu lebih
ramai mangsa dera.”
Golongan wanita memberi sumbangan besar kepada Giant sebagai pelanggan, pekerja, rakan kongsi dan
pihak pengurusan. Sebagai sebuah peruncit yang berjaya di Malaysia, kami dengan
sukacitanya ingin membantu masyarakat, terutamanya wanita menerusi kerjasama
dengan jenama Malaysia, Antabax and WAO.”
Pengarah Eksekutif WAO, Cik Ivy Josiah
berkata, walaupun banyak lagi yang perlu dilakukan dalam perjuangan hak wanita,
respons yang diberikan terhadap kempen amal Antabax-Giant ‘Give Hope, Receive
Good Health’ menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sedar akan isu tersebut dan
bersedia menyokong organisasi yang menyediakan bantuan yang diperlukan.
“Kes yang dilaporkan mungkin cuma
sebahagian kecil daripada angka sebenar kes keganasan rumahtangga. Kita perlu
tahu apa itu penderaan rumahtangga dan cara mengenal pastinya. Sama ada anda
seorang wanita atau lelaki, ambillah langkah pertama dengan cuba mendengar
keluhan seseorang yang mungkin menjadi mangsa dera. Jika ragu-ragu tentang apa
yang perlu dilakukan, hubungi WAO kerana kami mempunyai kaunselor yang terlatih
dan boleh membantu,” kata Cik Josiah.
“Dana yang dikutip oleh Antabax dan Giant
menerusi kempen Give Hope, Receive Good Health amat dialu-alukan dan akan
membantu kami menguruskan Pusat Perlindungan dan Penjagaan Kanak-kanak,” kata
beliau.