Pengalaman kena denda masa zaman persekolahan.


Kali terakhir aku meninggalkan zaman persekolahan pada tahun 1994.Masa terus berlalu tanpa ada sedikitpun notis pemberitahuan untuk aku dan kita semua.Sekarang bila aku imbas kembali zaman itu dah 21 tahun aku tinggalkan.

Betul kata cikgu,


''Nanti bila kamu semua dah dewasa,kamu akan tahu bahawa zaman persekolahan adalah satu zaman yang paling seronok dan paling indah sekali''

Ternyata,ia memang benar sekali.Tersenyum aku sorang-sorang bila teringat detik-detik suka duka bersama kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang sporting masa sekolah dulu.Masa tidak boleh diundur.Segalanya tinggal kenangan yang akan aku semat elok-elok dalam memori kehidupan.

Bila dikenang waktu paling mencabar adalah masa kena denda.Mula-mula memang rasa takut tapi bila dah banyak kali kena rasa seronok pulak..haha...(aku tak jahat tapi cuma sedikit nakal)

Saja nak imbas balik antara denda-denda yang selalu dikenakan pada aku dan kawan-kawan masa zaman sekolah dulu.Mengimbas kenangan zaman sekolah.Suka dan duka.

berdiri atas meja
Kena berdiri atas meja adalah antara denda paling popular zaman aku dulu,rupanya sehingga kini denda ini masih digunakan oleh guru-guru.

berdiri atas kerusi
Berdiri atas kerusi ni jarang-jarang kena,tapi bila kena agak malu juga sebab biasanya cikgu akan panggil berdiri di depan sehingga kelas selesai.Perkara paling aku gementar adalah berdiri dikhalayak ramai,sampai sekarang masih tak hilang lagi.

berdiri dalam kelas
Berdiri semasa kelas berlangsung secara beramai-ramai.Aku masih ingat lagi sewaktu sekolah menengah waktu subjek sains.Puan Zaleha mengajar ketika itu.Kebetulan Puan Zaleha masuk lewat sedikit dari biasa.Kami semua apalagi semua enjoy tak ingat.Kelas dah jadi macam pasar malam.

Puan Zaleha masuk dengan keadaan muka yang marah.Sebab kelas bising dan homework yang diberi ramai yang tak siap.Semua kena berdiri sepanjang kelas. (Maafkan kami semua Puan Zaleha)

berdiri luar kelas

Denda berdiri diluar kelas dengan angkat kerusi aku tak pernah kena lagi.

jalan itik
Denda berjalan macam itik rasanya macam pernah kena.Kena berjalan sepanjang koridor kelas.Perlu melalui tiap-tiap kelas yang ada di korridor tersebut.Malu tahap gaban wei....Langsung awek-awek kelas lain nampak kedegilan gua ni..haha.

denda cuci tandas
Cuci tandas pun aku tak pernah kena.Kalau kena memang taubat terus aku rasa.Sebab tandas sekolah aku tu antara tandas yang terkotor sekali aku rasa.Puiii boleh puasa seminggu aku rasa kalau kena.

gunting rambut percuma
Ini pun antara denda atau hukuman paling menarik sekali,sebab dapat gunting rambut secara percuma.Cikgu sendiri yang akan gunting rambut kita.Biasanya rambut yang tidak kemas dan panjang melebihi 5cm akan di ambil tindakan.

Perlu diingat!! Kalau cikgu yang potong harap maklum saja lah..memang tak ikut standard kedai atau saloon la yer...habis senget benget dan tobek-tobek rambut di buatnya.hihi

selamat hari guru
Walau apapun yang cikgu lakukan kami semua tetap sayang cikgu,kami tetap hormat cikgu.Sebab cikgulah IbuBapa kami semua ketika kami berada disekolah.Segala tunjuk ajar cikgu telah kami gunapakai untuk kehidupan kami hari ini dan akan datang.

Terima kasih CIKGU.

Tiada penyesalan atas apa yang terjadi.Yang ada hanyalah penyelasaian diatas apa aku lakukan dahulu.Kehidupan mesti diteruskan walaupun kematian sentiasa ada didepan. 

TRY AND ERROR dah tak releven lagi. Kita tukar TRY AND FIX 

Sebab jika try and error banyak buang masa,

Jika TRY AND FIX banyak jimat masa .Tak faham xpe.Lain kali jumpa lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...