Cuti-Cuti Malaysia ke Port Dickson - The Guest Hotel & Spa


The Guest Hotel & Spa
Cuti-Cuti Malaysia ke Port Dickson - The Guest Hotel & Spa

Ingatkan cuti sekolah ni,malas nak pergi bercuti.Tapi bila kesian pulak tengok anak-anak aku,asyik tanya jer.

"Cuti ni kita tak pergi jalan-jalan ke ayah"

Kebetulan pulak member ajak pergi bercuti.So,aku kata ok juga.Jadi plan cuti kali ini dilakukan tanpa di rancang,Korang sendiri pun taukan bila tak dirancang jadi macam haru biru sikit la kan.

Aku pun terus search google nak cari tempat,Mula-mula ingat nak Morib je dekat Gold Coast.Senang nak pergi setengah jam je dari rumah.

Nasib kurang baik,semua bilik dah penuh.

Cari area Port Dickson pun semua penuh.Apalah nasib.

Untuk informasi ini merupakan  kali pertama  aku guna servis Agoda untuk booking Hotel,Nasib baik jumpa.Yang ada cuma kat The Guest Hotel & Spa di Lukut.Kawasan ni jauh dari pantai,kira-kira 15 minit dengan menaiki kereta untuk ke pantai Port Dickson.

Jarak perjalanan aku dari rumah (Telok Panglima Garang) sekitar 1 jam setengah lebih kurang 85 kilometer.

Lagipun harga yang di tawarkan sekitar kemampuan aku.Yang lain semua mahal-mahal.Tak pelah yang penting dapat bawa anak-anak bercuti.

The Guest Hotel & Spa
Aku ambik 2 malam start check-in 19 December 2014 sehingga 21 december 2014.

The Guest Hotel & Spa
The Guest Hotel & Spa
Keadaan ruang bilik yang menyelesakan.

The Guest Hotel & Spa
Cuma pemandangan kurang best,sebab Lokasi The Guest Hotel & Spa ni terletak di kawasan perumahan dan betul-betul di sebelah Giant Lukut.

The Guest Hotel & Spa
Anak aku dah tak sabar nak pergi mandi kat kolam.Sampai-sampai terus mintak tukar baju nak mandi.

The Guest Hotel & Spa
The Guest Hotel & Spa
The Guest Hotel & Spa
Kolam mandi untuk kanak-kanak comel je,kalau masuk sepuluh orang dah padat.Jadilah yang penting ada air kan kan....

The Guest Hotel & Spa
The Guest Hotel & Spa
Yang ni Kolam untuk orang dewasa.Memang sempoi kolam renang kat sini.Semua nya mini-mini.

The Guest Hotel & Spa
Gymnasium pun ado kalau nak keluarkan peluh.Depan Gym ni ada Spa...boleh massage kalau nak.Harga boleh tahan jugak.

The Guest Hotel & Spa
Aktiviti waktu malam lepas maghrib cari restoran untuk makan malam.

The Guest Hotel & Spa
The Guest Hotel & Spa
The Guest Hotel & Spa
Waktu pagi kitaorang sarapan kat Wau Restoran & Cafe ,The Guest Hotel & Spa.Pakej terus dengan Bilik.Untuk kanak-kanak kena add-On RM9 seorang.Manakala untuk hari kedua pihak restoran bagi masuk je anak-anak aku tanpa ada bayaran.Aku pun tak pasti kenapa.Kira rezeki le tu.Alhamdulillah.

Apa yang penting anak-anak dan isteri gembira.Ni namanya percutian budget dan percutian last minit.Dalam masa yang sama saudara-saudara kita di pantai timur sedang menghadapi musibah banjir.Semoga mereka semua tabah menghadapi ujian dari yang Esa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...