Assalamualaikum buat pembaca blog Jaymiee (dot) Com.Alhamdulillah setelah sekian lama menyepikan diri kini muncul kembali di hari kedua tahun 2015.
Kembali dengan membawa berita gembira buat semua.Berita tentang Pelayaran Islamik pertama di dunia dengan menaiki Star Cruise Libra.Wah!!
Mesti ada yang rasa macam "wow....Bestnya......"
Selalu kita dengar,Bila belayar pasti apa yang kita fikirkan adalah hiburan nyayian ataupun makan yangb sedap-sedap atas kapal kan....
Kali ini ada kelainan yang amat berbeza sekali.Aku amat tertarik dengan usaha murni pihak penganjur Program pelayaran islamik ini.Tahniah kerana telah berjaya membuat satu kelainan dan berusaha kearah dakwah.Semoga program ini berterusan dan mendapat perhatian serta sambutan dari semua pihak.
Pelayaran Islamik Pertama di dunia ini dianjurkan oleh INTRAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD atau (ITCT).Pelayaran ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berhijrah meninggalkan masa silam yang penuh noda, mereka pasti akan merasai ketenangan dengan suasana lautan serta angin laut yang menyegarkan.
Kepada mereka yang masih mempunyai Ibu Bapa boleh juga dijadikan hadiah buat mereka.Mereka pasti akan merasa gembira dengan hadiah pelayaran ini.Apalah sangat pemberian ini jika nak dibandingkan dengan jasa bakti mereka kepada kita kan.....Jadi tunggu apa lagi.Ambillah peluang ini untuk menggembirakan mereka.
Bagi pasangan yang sudah berkahwin,boleh juga dijadikan hadiah ulangtahun perkahwinan.Mesti romantik....Bercuti diatas kapal sambil mendengar ceramah dan melakukan aktiviti-aktiviti dakwah yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Info Pelayaran Islamik 3.0 - Pelayaran selama 4 hari dengan menaiki kapal Star Cruise Libra ke 3 destinasi yang menarik bermula di Penang - Phuket - Krabi dan kembali semula ke Penang.Semasa pelayaran ,Para penumpang akan disajikan dengan aturcara berkonsepkan islamik seperti Bacaan doa,Solat fardhu secara berjemaah,qiamulail dan ceramah agama.
Pelayaran Islamik 3.0 dijadualkan pada 1-4 Februari 2015.
Pelayaran islamik 3.0 ini mampu membuatkan anda semua rasa gembira,lebih-lebih lagi dengan kehadiran para penceramah terkemuka dan tersohor Malaysia seperti :-
- Ustaz Badlishah - Penceramah bebas
- Sheikh AbdelAziz Ghonem - Ahli Majlis Fatwa Al-Azhar Tanta / Ustaz Arab Kelate
- Dato Hassan Mahmod - Penceramah Bebas
- Dato Dr. Haji Fadzilah Kamsah - Pakar Motivasi
- Imam Muda Miril
Memang best sangat pelayaran Islamik ni kan.Dengan kehadiran Penceramah-penceramah yang sangat berpengalaman dan terulung ini.Lebih-lebih lagi dengan suasana kabin yang sangat owesome.Bertaraf 5 bintang.Pengalaman pelayaran ini pasti akan membuatkan anda rasa ingin kembali lagi.Ada 9 kabin dengan pakej harga yang sangat berbaloi untuk anda.
Kepada mereka yang berminat untuk turut serta dalam pelayaran Islamik 3.0 ini boleh membuat tempahan di pautan yang aku sertakan kat bawah ini.Atau klik terus gambar besar kat bawah ni.
Daftar Pelayaran Isalmik anda disini
Atau jika anda ada sebarang pertanyaan boleh terus datang ke Ibu Pejabat Sekratariat Pelayaran Islamik:
No 2-08,Jalan Prima SG 1,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
+603-6185 0010
Jadi tunggu apa lagi,TEMPAH PELAYARAN ISLAMIK ANDA SEKARANG!!!