Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

Cuti-Cuti Malaysia ke Port Dickson - The Guest Hotel & Spa


The Guest Hotel & Spa
Cuti-Cuti Malaysia ke Port Dickson - The Guest Hotel & Spa

Ingatkan cuti sekolah ni,malas nak pergi bercuti.Tapi bila kesian pulak tengok anak-anak aku,asyik tanya jer.

"Cuti ni kita tak pergi jalan-jalan ke ayah"

Kebetulan pulak member ajak pergi bercuti.So,aku kata ok juga.Jadi plan cuti kali ini dilakukan tanpa di rancang,Korang sendiri pun taukan bila tak dirancang jadi macam haru biru sikit la kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pameran Monsters and Dinosaurs di Marina Putrajaya.

Pameran Monster and Dinosaurs di Marina Putrajaya.

Baru-baru ini aku ke Putrajaya konon nak bawa anak-anak main giant buble kat Dataran Putrajaya sempena musim cuti sekolah ni kan.Nak bawa bercuti,budget tak berapa bagus buat masa ni.So ,aku ambik keputusan bawak anak-anak bersiar-siar je.Sampai je kat Dataran Putrajaya,memang tak da apa kat situ.Tak seperti gambaran yang aku tengok masa aku google..haha..Mungkin sebab hari bekerja kot.Aku pergi masa tu hari khamis pagi.Aku pun terus ke Marina Putrajaya ( Pusat Maritim Putrajaya ) di presint 5.Mungkin kat sana ada Giant Bubble tu.Sangkaan aku sekali lagi meleset.Sunyi sepi jer kawasan tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Tiket Snow World,Genting Highland.

Harga Tiket Snow World,Genting Highland.

Walaupun dah beberapa kali aku turun naik ke Genting Highland.Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Snow World.Mungkin sebab percuma agaknya..haha.Tema Snow World kali ini adalah The Story Of ALLICE.Kalau korang tengok betul-betul sebenarnya bukan nama wanita pun,sebenarnya ia adalah perkataan ALL ICE.Harga Tiket untuk masuk ke Snow World bagi dewasa RM30,manakala untuk kanak-kanak RM25.Jika korang mempunyai Genting Reward Card ataupun Worldcard ada special diskaun.Ia dibuka pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30 malam setiap hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...