Walaupun dah beberapa kali aku turun naik ke Genting Highland.Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Snow World.Mungkin sebab percuma agaknya..haha.Tema Snow World kali ini adalah The Story Of ALLICE.Kalau korang tengok betul-betul sebenarnya bukan nama wanita pun,sebenarnya ia adalah perkataan ALL ICE.Harga Tiket untuk masuk ke Snow World bagi dewasa RM30,manakala untuk kanak-kanak RM25.Jika korang mempunyai Genting Reward Card ataupun Worldcard ada special diskaun.Ia dibuka pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30 malam setiap hari.
Cuti-cuti sekolah ni,kalau belum ada apa-apa rancangan lagi,bolehlah bawa anak-anak ke sini.Tapi aku nak bagitau, jika anak-anak ada masalah asma jangan bawa masuk sebab suhu kat dalam snow world ni lebih kurang -6 celcius.Sangat-sangat sejuk.Terus terang aku memang tak tahan lama kat dalam.Aku mampu bertahan cuma 30 minit sahaja.Walaupun semua kelengkapan pakaian aku pakai.Dari kasut sampai ke sarung tangan.
Dah gigil tahap beku ni.
Macamana la nak pegi ke negara-negara musim sejuk.Kalau setakat suhu -6 celcius pun dah tak tahan.Kalau macamni la keadaannya.Tak pergi pun tak apa.Silap-silap boleh reput frost aku dibuatnya.Okeylah,Apa yang ada kat dalam Snow World ni?Selain dari menikmati kesejukan,pengunjung boleh bermain luncur ais guna pelampung yang disediakan.Ada juga rumah Igloo kaum eskimo.Pelbagai bentuk ais yang telah di hias.Kalau ambik gambar memang smart.Suasana seolah-olah korang betul-betul berada di tempat musim sejuk.Aku pun lupa nak tanya.Aku rasa ini adalah new design ,kerana ia dibuat mengikut tema yang The Story Of ALLICE.
Sebelum masuk kena pakai pakaian yang di sediakan seperti Jaket,Sarung tangan dan Kasut khas.Barang-barang peribadi boleh disimpan di lokar yang disediakan.Coin lokar boleh minta pada penjaga yang bertugas.
Suasana di dalam Snow World.
Karektor The Story Of ALLICE.
Para Blogger yang sedang kesejukan.
Itu jelah yang dapat aku kongsikan tentang Snow World.Harap sapa yang pergi semoga enjoy kat sana.Selamat menghabiskan cuti di Genting highland Resort.