Pameran Monsters and Dinosaurs di Marina Putrajaya.

Pameran Monster and Dinosaurs di Marina Putrajaya.

Baru-baru ini aku ke Putrajaya konon nak bawa anak-anak main giant buble kat Dataran Putrajaya sempena musim cuti sekolah ni kan.Nak bawa bercuti,budget tak berapa bagus buat masa ni.So ,aku ambik keputusan bawak anak-anak bersiar-siar je.Sampai je kat Dataran Putrajaya,memang tak da apa kat situ.Tak seperti gambaran yang aku tengok masa aku google..haha..Mungkin sebab hari bekerja kot.Aku pergi masa tu hari khamis pagi.Aku pun terus ke Marina Putrajaya ( Pusat Maritim Putrajaya ) di presint 5.Mungkin kat sana ada Giant Bubble tu.Sangkaan aku sekali lagi meleset.Sunyi sepi jer kawasan tu.


Anak-anak aku dah mula meragam.Ingat aku saja-saja je kot.Diaorang tak tau yang aku dah pening masa tu.Target market salah.haha..Timing pun salah.Memang kebetulan dan suratan takdir, kat Marina Putrajaya masa tu ada pameran Bacyard Monsters and Dinosaurs.Sebenarnya pameran tu dah dari tahun lepas lagi dan sepatutnya sudah berakhir pada 28 Feb 2014.Tapi pameran tersebut telah dilanjutkan sehingga 22 jun 2014.Kira nasib la tu.Aku bagitau kat wife aku,kita masuk je la kat pameran tu,malas nak bising-bising.Bagi anak ada something la haritu.Kiranya takda la keluar rumah kosong je.

Bayaran masuk RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.Waktu operasi bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.Okeylah,kat dalam tu ada pelbagai koleksi Monsters dan Dinosaurs.Kiranya anak-anak seronok masuk dalam tu pun kira okeylahkan.

Pameran Monster and Dinosaurs di Marina Putrajaya.
Kat kaunter tiket

Pameran Monster and Dinosaurs di Marina Putrajaya.
Pameran Monster and Dinosaurs di Marina Putrajaya.
Tengah pujuk dinosaurs nak bagi makan.

Pameran Monster and Dinosaurs di Marina Putrajaya.
sesekali jadi budak-budak apa salahnya kan....

Pameran Monster and Dinosaurs di Marina Putrajaya.

Jom balik,sebelum balik pusing-pusing dulu tengok apa yang ada kat area situ.Rupanya kat bahagian belakang tu ada tasik,dan ada bot disediakan untuk pengunjung datang.

Boating operation hours
masa untuk menaiki bot.Ada dua sesi.pagi dan petang.

boating types
Jenis-jenis bot yang disediakan dengan bayaran.Sapa nak cuba boleh datang kesini.Pastikan ikut masa yang di tetapkan.

Kalau nak mandi pun boleh,ada kolam renang disediakan di bahagian dalam tingkat satu.
swimming pool marina putrajaya

swimming pool marina putrajaya
Kadar bayaran untuk mandi dan aktiviti santai lain.Kat sini pun ada dua sessi.Pagi dan Petang.

Aku ingat nak bagi anak-anak aku mandi,tapi dah terlepas sessi pagi.kena tunggu untuk sessi petang,lama sangat nak tunggu,aku cakap dengan anak aku lain kali kita datang lagi.Atau pun kita mandi kat tempat lain.Kat Gold Coast Morib pun ok.Tengah dok fikir  nak kesana ni, masa tulis entry ni.In shaa ALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...