Cara Semak Simpanan KWSP Online.

Cara Semak Simpanan KWSP Online

Cara Semak Simpanan KWSP Online | Malam ni aku terpanggil untuk update entry pasal cara semak simpanan kwsp online kerana beberapa hari yang lepas ada client unit trust aku bertanya tentang bagaimana cara nak daftar i-akaun kwsp.Itu bukan orang pertama yang bertanya kerana sebelum ini pun ada yang bertanya juga kat aku.

Sebenarnya untuk daftar i-akaun kwsp adalah amat mudah sekarang ini.Pelanggan yang pertama kali ingin mendaftar i-akaun tak perlu pergi ke kiosk kwsp macam dulu lagi.Sekarang korang hanya perlu telefon dan buat beberapa pengesahan dan selepas beberapa minit akaun kwsp anda boleh disemak secara online.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat pendaftaran ataupun sekiranya terlupa password.
1.Hubungi KWSP 03-89226000
2.Maklumkan kepada pegawai yang bertugas yang anda ingin mengaktifkan i-akaun ataupun terlupa password.
3.Ikuti langkah-langkah yang akan diberikan oleh pegawai yang bertugas.Sistem akan menghantar TAC pada telefon bimbit anda yang berdaftar dengan kwsp.
4.Login ke www.kwsp.com.my
5.Masuk ke ruang i-akaun dan masukkan maklumat yang diarahkan.

Jika tiada apa-apa masalah , i-akaun anda akan dapat dibuka dengan lancar.Boleh tengok setiap transaksi yang dibuat oleh majikan secara terus.Untuk pengetahuan korang,baru-baru ini kwsp telah melancarkan aplikasi kwsp baru untuk smartphone android.Lagi senang nak semak akaun sekarang kan.Dan kalau nak download apps tu boleh rujuk kat sini.

Lagi satu,selepas dah semak akaun kwsp tu,boleh semak terus samada korang layak atau tidak untuk melabur ke Unit Trust.Untuk membuat semakan  kelayakan sila ke portal kwsp www.kwsp.com,my.Kalau tak faham ataupun perlukan bantuan untuk proses pengeluaran skim pelaburan ahli boleh je contact aku kat sini 012 2676091.

Harap-harap panduan Cara Semak Simpanan KWSP Online ni dapat menbantu sedikit sebanyak masalah korang yer.. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...