Cara Semak Simpanan KWSP Online | Malam ni aku terpanggil untuk update entry pasal cara semak simpanan kwsp online kerana beberapa hari yang lepas ada client unit trust aku bertanya tentang bagaimana cara nak daftar i-akaun kwsp.Itu bukan orang pertama yang bertanya kerana sebelum ini pun ada yang bertanya juga kat aku.
Sebenarnya untuk daftar i-akaun kwsp adalah amat mudah sekarang ini.Pelanggan yang pertama kali ingin mendaftar i-akaun tak perlu pergi ke kiosk kwsp macam dulu lagi.Sekarang korang hanya perlu telefon dan buat beberapa pengesahan dan selepas beberapa minit akaun kwsp anda boleh disemak secara online.
