Showing posts with label kewangan. Show all posts
Showing posts with label kewangan. Show all posts

Ady Putra pun kena Tipu - Ambil iktibar dari apa yang berlaku.

ADY PUTRA DITIPU LAGI

Siapa yang tidak kenal pelakon popular Ady Putra.Dengan gaya lelaki macho pasti ramai gadis yang terpesona dengan ketampanan beliau.Tengah hangat sekarang dalam drama "Cinta Si Wedding Planner" bergandingan dengan pelakon wanita baru yang cute lagi comel "Mira Filzah'' yang juga merupakan seorang blogger,pelakon,model dan pengacara.Baru aku nak layan drama "Cinta Si Wedding Planner" dah pun habis semalam.Kecewa betul aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kesan berjimat dalam kehidupan seharian

amalan berjimat cermat

Dah lama rasanya aku tak kongsi pasal kewangan,sesekali kena buat post mortem juga kan.Jangan terlampau asyik cari duit tapi tak tau hala tuju duit tu pergi kemana?

Ramai yang kata dengan berjimat cermat tahap kewangan kita akan kukuh dan kita akan dapat terhindar dari amalan membazir.So,korang dah mula berjimat ke belum.Ada juga yang cakap.Macam mana nak jimat bang,duit yang dapat pun cukup-cukup jer.Dah tak tau nak berjimat macamana?Harga barang dah mahal.

Bagi aku lain orang lain cara.Tapi jangan sampai orang cop kita sebagai kedekut tau.Nak jimat sangat sampai sayang nak guna duit tu....Dan jangan sampai menyusahkan orang lain ataupun suka ambil kesempatan pada kawan-kawan.Terutamanya suka minta kawan belanja.Sedangkan kita sendiri susah nak belanja kawan-kawan.Lama-lama nanti kawan lari.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keburukan Melabur Bursa Saham.

Keburukan Melabur Bursa Saham

Kat Malaysia ni, bila sebut melabur bursa saham  pasti ramai yang membayangkan tentang kerugian dan ramai yang tak mahu mengambil risiko kerugian.Mereka lebih rela melabur pada skim-skim cepat kaya scam.Walaupun dah banyak kali terkena dan dah banyak berita-berita tentang penutupan syarikat-syarikat skim cepat kaya tersebut didada akhbar dan televisyen.Apa yang mereka nampak hanya keburukan melabur bursa saham,langsung tak nampak kebaikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengurusan Kewangan Untuk Pengantin Baru.

Asssalamualaikum.

Rasanya dah lama saya tidak menyentuh tentang bab kewangan kan.Kali ni saya nak kongsikan bersama pembaca blog jaymie.com tentang kaedah pengurusan kewangan untuk penganting baru.Bukan apa,kalau sebelum ini hidup solo rentak kehidupan dan pengurusan tu lain sedikit.Sekarang dah berdua dan mungkin bertiga dan keempat.Jadi sebab itu pengurusan kewangan tu menjadi amat penting sekali sebenarnya.Jangan terlepas pandang tentang keadaan ini.Tajuk kali ini bukan saya khususkan untuk pengantin baru jer,malah sesuai juga untuk mereka-mereka yang sedang mencari kaedah yang sesuai untuk pengurusan kewangan yang lebih efektif.
Rata-rata pakar kewangan berpendapat bahawa setelah mendirikan rumahtangga pasti akan berlaku perubahan dalam sistem kewangan setiap pasangan."Dulu bujang ,sekarang dah kawin".Memang amat berbeza sekali.Pelbagai perkara harus difikirkan termasuklah akaun bank,menetapkan tujuan simpanan(matlamat),Takaful dan macam-macam lagi.Tidak dinafikan pada zaman ini,wang merupakan perkara yang paling penting sekali.Betul tak?So,kalau penting pengurusan kena betul,jangan sambil lewa.kena bermula dari awal tau.
Kat sini saya nak kongsi sedikit tentang Pengurusan kewangan untuk pengantin baru.Hidup dengan orang baru,pengurusan kewangan pun kena baru juga.

Mulai Menabung.
Pasangan pengantin mungkin telah menggunakan seluruh tabungan untuk membuat kenduri kendara dan bermacam-macam lagi.Jadi sudah tiba masanya untuk korang kembali menabung.Bagi penuh balik simpanan yang susut tu.Untuk permulaan,kumpulkan sekurang-kurangnya untuk kegunaan enam bulan sebagai dana kecemasan.Untuk lebih Ideal simpan 10% dari pendapatan kita.Selain tu,mulakan juga untuk merancang persaraan dengan melaburkan wang ke pelaburan yang bersifat jangka panjang seperti Unit Amanah dan lain-lain.Jangan sesekali melabur ke tempat-tempat yang tidak di iktiraf oleh kerajaan.
Pengurusan Kewangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rancang kewangan Anda.

Perancangan kewangan amat perlu sebelum kita membuat sebarang transaksi .
Perkara paling penting dalam Perancangan Kewangan adalah tentang Pelaburan .
Untuk Apa Melabur?
tetapkan matlamat pelaburan anda samada untuk :-
1-Persaraan
2-Pendidikan
3-Perkahwinan
4-Pergi Haji
5-Melancong

Matlamat pelaburan bagi setiap individu adalah berbeza-beza.
Pelaburan adalah berbeza dengan simpanan .
Melabur adalah untuk mendapatkan keuntungan yg maksima setelah faham risiko2 dalam pelaburan yg perlu diambil .anda faham risiko ,anda tidak akan ada masalah...oleh itu fahami risiko dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan.insyaALLAH anda akan berjaya dalam pelaburan anda.

Manakala menyimpan pula adalah x lebih dari meletakkan duit di syarikat2 kewangan yg tidak menghasilkan pulangan ,kalau adapun sangat sedikit..x terlawan dek inflasi duit tu..menyimpan adalah satu transit sementara sahaja sebelum proses pelaburan seterusnya dilakukan.

OLEH itu anda mesti MELABURKAN wang anda bagi menjadikan wang anda berganda2 banyaknya .Tetapi anda dinasihati supaya jangan mudah terpengaruh dengan tawaran2 yg luarbiasa dan mencurigakan seperti skim cepat kaya dan sebagainya.Sebaliknya ,anda mesti melabur di tempat2 yg betul dan sah disisi undang Msia.buat siasatan terlebih dahulu sebelum melabur.

SELAMAT MELABUR...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rakyat Malaysia Malas Menabung

Pelaburan Emas Malaysia

* Hanya 39% rakyat Malaysia menabung.
* 28% sahaja merangka bajet bulanan dan mematuhinya.
* 21% membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.
* 37% bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka.

RAKYAT MALAYSIA didapati belum bersedia dari segi kewangan apabila berlaku kehilangan punca pendapatan atau diberhentikan kerja ekoran kegawatan ekonomi kerana kurang menabung. Hasil kaji selidik Citibank mengenai kesedaran perancangan kewangan rakyat Malaysia sangat membimbangkan.

Kaji selidik terbaru Citibank Bhd berhubung kesedaran perancangan kewangan bagi suku terakhir 2008 itu, menunjukkan hanya dua daripada lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini yang menabung. Sementara itu, kurang satu daripada tiga individu atau 28 peratus merangka bajet bulanan dan mematuhinya. Ketua Segmen Pemasaran Perbankan Runcit Citibank, Timothy Johnson, berkata penemuan kajian itu juga mendapati 21 peratus daripada responden membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.

Berdasarkan persekitaran ekonomi global semasa yang amat mencabar, hasil kaji selidik ini agak membimbangkan. Meskipun penanda aras kesedaran rakyat negara ini mengenai perancangan kewangan dan persaraan bagi suku akhir 2008, meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu, ia masih belum mantap, katanya pada sidang media selepas membentangkan keputusan kajian itu di Kuala Lumpur, semalam.

Kaji selidik Suku Tahun Akhir Citibank, merangkumi 500 temu bual dalam talian, yang setiap responden diajukan 40 soalan, bertujuan mengetahui tahap pemahaman rakyat Malaysia mengenai kewangan peribadi dan amalan kewangan masing-masing. Berdasarkan keputusan keseluruhan kajian, secara umumnya, kesedaran merancang kewangan di kalangan rakyat meningkat kepada 51 mata daripada 49 mata pada suku terakhir tahun lalu.

Sehubungan itu, Johnson berkata, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan rakyat negara ini menyedari kepentingan kewangan. Pengurusan kewangan yang baik bukan bermakna membina kekayaan, tetapi penghidupan selesa dengan jaminan kewangan, kualiti hidup yang lebih baik, rasa optimis terhadap masa depan serta bersedia untuk menghadapi cabaran hidup.

Kajian itu menjadi ukuran bagi mengawal kedudukan kewangan, terutama ketika persekitaran mencabar dengan isu pemberhentian kerja dan pemotongan gaji, katanya. Beliau menyaran pengguna supaya merangka perancangan kewangan yang tersusun, justeru, membantu mereka mengharungi tempoh kelembapan ekonomi.

Menurut kajian itu, kini lebih ramai rakyat Malaysia khususnya di kalangan golongan muda berumur 18 hingga 29 tahun, mula memberi perhatian kepada urusan kewangan mereka. Sejumlah 56 peratus daripada responden, beranggapan kedudukan kewangan mereka kini adalah lebih baik berbanding tahun lalu. Bagaimanapun, sejumlah 37 peratus daripada responden, naik empat peratus berbanding tempoh sama 2007, berasa bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka. Dari segi pematuhan bajet bulanan, kajian itu mendapati, walaupun 86 peratus responden berhasrat mematuhinya, kurang 28 peratus yang benar-benar mematuhinya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lelaki atau wanita boros guna kad kredit



Ketika sedang membeli belah di sebuah pasaraya terkemuka.Saya melihat di kawasan kaunter pembayaran,saya melihat satu persatu pelanggan yg ada disitu,lebih kurang 20 minit saya memerhati gelagat pelanggan2 pada hari tersebut,dan saya dapati rata2 mereka adalah kaum hawa,antara 15 pelanggan wanita,10 daripadanya membuat pembayaran menggunakan kad kredit,bukan nak cakap pelanggan lelaki x guna kad kredit yer,sbb pada hari tersebut ramai wanita dari lelaki ,mungkin kebetulan saje,ni hasil dari pengamatan saya saje.
Patutlah troli penuh sakan yer,tgh2 bulan belanja sakan banyak duit xtra tu,”rupa2nya guna kad kredit,patutla dalam hati saya berkata”,
Kalau namanya baju tu x cukup Satu,adalah dalam 7,8 helai,atas alasan promosi tu belum barang2 lain lagi tu,alasan nya murah,nnti lain kali xda dah.
Bukan saya nak irihati tetapi sekadar untuk mengingatkan semua terutamanya golongan wanita,berhati2 ketika berbelanja,terutamanya jika menggunakan kad kredit,jadilah pengguna yg berhemah dan berdisiplin dalam mengurus kewangan anda.jangan terlalu boros berbelanja.nanti menyesal belakang hari,bukan x boleh beli,cukuplah dgn membeli apa yg perlu sahaja.
X kisahlah jika mereka/anda memang berkemampuan Cuma apa yg saya takutkan ialah BESAR KERAK,DARIPADA NASINYA.Gaji ciput belanja besar.sudahnya tiap bulan gaji lebih banyak digunakan untuk bayar hutang kad kredit.sebabnya suka beli barang ikut nafsu,lebih teruk lagi kalau kad tu kad tambahan yg diberi oleh suami.

Isteri belanja sakan,suami bayar sakan.

Sudahnya suami yg sesak nafas sakan tiap hujung bulan.

Fikir2 renung2.jadilah pengguna bijak tidak kira jantina dan peringkat usia. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berapa Nisbah Hutang anda?

Memanglah benar hutang takkan mungkin dapat dielakkan dalam hidup kita. Lagi-lagi orang yang baru memulakan kerja..nak beli keretala..rumahla…jadi sudah pasti terpaksa berhutang.

Ada orang pandai berhutang, tapi liat pula membayar hutang. Bukankan dalam islam sendiri tindak menggalakkan umatnya berhutang. Yelah..kalau terjadi apa-apa pada kita , beban hutang itu kita tinggalkan pula pada ahli keluarga. Paling teruk beban hutang di tinggalkan kepada penjamin. Sebaiknya, bila gaji masuk saja teruslah dibayar semua hutang dan bil-bil penting yang lain seperti utiliti sebelum anda sibuk berbelanja itu dan ini.

Berapakah nisbah hutang yang sesuai dengan anda?

Secara umumnya, perancang kewangan berpendapat nisbah hutang yang selamat adalah lebih kurang 35% daripada gaji anda dimana 25% daripadanya adalah pinjaman perumahan. Jadi mari kira nisbah hutang:

Nisbah Hutang = (Jumlah hutang anda / Gaji anda ) X 100%

Contoh:

Bro A mempunyai hutang purata bulanan : 1) Kad Kredit RM500 2) Rumah RM900 3) Kereta RM600 4) Pinjaman Pelajaran RM200

Gaji bersih bulanan=RM4500

Nisbah hutang = ( RM2200/ RM4500) X 100% = 48.9%

Dalam kes Bro A di atas, nisbah hutang beliau adalah 48.9% yakni lebih daripada 35%. Jadi, kemungkinan untuk Bro mempunyai simpanan bulanan agak susah kerana dengan baki yang dimilikinya, beliau terpaksa berhati-hati berbelanja untuk bil utiliti, belanja makan, kos pengangkutan dan kos-kos harian lain yang tidak dapat dielakkan. Kemungkin untuk beliau hidup ‘paycheck -to - paycheck’ adalah tinggi.

Individu yang memiliki kebebasan kewangan / ‘financial freedom’ tidak bergantung semata-mata pada gaji bulanan. Dan kriteria tersebut juga sukar dinilai dengan mata kasar kerana seseorang individu sebenarnya dinilai dari segi jumlah kekayaan ( wealth) bukan dari segi pendapatan. Ada individu yang nampak mewah dengan pendapatan tinggi tetapi kemungkinan besar mempunyai banyak hutang, jadi kurangla kekayaan ( net wealth).

Akhir kata ini adalah cara untuk menangani hutang buat panduan anda:

1. Kenalpasti semua bayaran bulanan anda sebagai satu bayaran tunggal yang besar

Senaraikan semua tanggungan kewangan bulanan anda dan bayar awal ( sebaik gaji masuk). Buat satu belanjawan untuk menyemak pembayaran hutang bulanan dan perbelanjaan bulanan lain.

2. Mulakan ‘debt snowball anda’!

Ooh..ini prinsip Dave Ramsey yang saya suka. Caranya mudah! Bayar habis hutang yang mempunyai baki terendah. Ia membantu anda mengurankan jumlah hutang tertunggak dengan berkesan. Saya kira anda boleh mulakan dengan baki hutang Kad Kredit /Kereta. Ia membantu anda satu perasaan kejayaan dan kepuasan sebaik saha satu senarai hutang anda dihapuskan.

3. Jika terpaksa menunda bayaran hutang tertentu, tunda pinjaman dengan kadar faedah terendah!

Selain memilih hutang dengan baki terendah, anda juga boleh fokus pada hutang yang dikenakan kadar faedah tertinggi!

4. Bandingkan pakej-pakej pinjaman dengan kadar faedah terendah

Jika pinjaman perlu dibuat, bandingkan kadar faedah dari institusi-institusi kewangan yang menawarkan pakej berbeza. Pilih kadar fedah yang paling rendah! Ini mengurangkan kadar faedah yang dibayar dan memendekkan tempoh pinjaman.

5. Jangan sekali-kali bersetuju untuk menjadi penjamin kecuali anda sudah menyediakan wang secukupnya utk membayar pinjaman sekiranya indivitu itu gagal membayar balik.

Fikir dengan teliti sebelum membuat keputusan menjadi penjamin. Jika anda sendiri mempunyai hutang keliling pinggang, takkan begitu mudah anda mahu menjadi penjamin? Saya sendiri melihat bagaimana susahnya seorang penjamin yang menjamin seseorang ( ahli keluarga sendiri) di mana kedua-duanya mempunyai hutang yang banyak dan kemudian peminjam itu meininggal dunia. Begitu seksa penjamin tersebut! itu kisah yg saya lihat di rancangan RM di TV2 yang dikeluarkan oleh AKPK. Ini rancangan TV wajib saya setiap Isnin malam.

Berapa Nisbah Hutang anda? Ia sulit dan saya pasti anda pasti mahu menyemak semula kewangan anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cukupkah wang saraan KWSP ?

Cukupkah wang saraan KWSP ?

Bina Dana Persendirian untuk persaraan anda.

Seorang graduan yang baru bekerja, umur 25 tahun, bergaji RM 2000 sebulan, akan mempunyai RM 445 061 selepas 25 tahun bekerja. RM 445 061 ini adalah hasil wang yang dikumpul dari contribution KWSP yang dilakukan selama 25 tahun. Inilah wang yang digunakan untuk bersara.

Nilai ini dikira bedasarkan, kenaikkan gaji 5% setahun, 23% contribution ke KWSP, dan 5% dividend yang dikeluarkan oleh KWSP setahun.

Adakah dana ini mencukupi untuk menyara kehidupan beliau 20 tahun atau 30 tahun selepas bersara?

Pertama sekali, kita kira berapakah gaji akhir beliau semasa berumur 55 tahun, iaitu tahun akhir bekerja sebelum bersara. Dengan menganggarkan kenaikkan gaji 5% setahun, gaji akhir beliau adalah RM6772.

Persoalannya adakah beliau masih memerlukan RM 6772 selepas bersara ? mungkin ya dan mungkin tidak. Mungkin ya jika beliau masih menanggung hutang yang banyak, atau anak – anak yang masih belajar di universiti. Mungkin tidak jika beliau telah habis hutang kereta dan rumah, dan anak – anak sudah bekerja. Dalam soal ini, kita menganggarkan beliau hanya memerlukan 75% dari gaji akhir terbabit untuk menyara kehidupan selepas bersara. Ini bermakna beliau memerlukan RM5079.

RM 5079 sebulan bermakna RM 60 948 setahun, atau 1.2 juta selama 20 tahun selepas tempoh bersara.

Tunggu dulu, mari kita lihat apakah keperluan selepas bersara.

Kebanyakan pesara, masih memerlukan wang untuk beberapa perkara seperti :

1 – sara hidup – makan minum

2 – hutang kereta , hutang rumah dll

3 – masih menanggung anak – anak di universiti

4 – cenderung untuk renovate rumah

5 – mengerjakan haji dan umrah

6 – melancong ke dalam dan luar negara

7 – menanggung kos perubatan yang tinggi

8 – masih membayar untuk polisi insurans dan perubatan

9 – menanggung perkahwinan anak – anak

dan lain – lain.

Dan semakin lupa yang dana persaraan mereka semakin hari semakin susut.

Mari kita lihat kos makanan untuk 25 tahun akan datang. Pada hari ini, secara purata, sebuah keluarga membelanjakan, RM 20 untuk makan sehari. Dengan kenaikan kadar inflasi 5% ke atas barang makan, nilainya pada 25 tahun akan datang adalah RM 67.72 sehari, atau RM 2031 sebulan, atau 24 379 setahun, atau RM 487 584 untuk tempoh 20 tahun.

Bagaimana dengan hutang kereta atau rumah ? Jika masih ada, mungkin pesara terbabit masih memerlukan antara 5 – 10 tahun lagi masa untuk membayar hutang. Sekarang bank meluluskan hutang rumah untuk tempoh 35 tahun atau umur 65 tahun dan ada yang 70 tahun. Mungkin anda masih memerlukan RM 500 - RM 1200 sebulan untuk membayar rumah. 10 tahun, RM 60 000 – RM 100 000.

Pendidikan IPT anak – anak ? Ada yang masih bersekolah menengah. Sedar tak, trend sekarang, kebanyakan ibu bapa cenderung untuk berkahwin lewat dan seterusnya mendapat anak pada usia 30 an, dan akhirnya, semasa mereka bersara, anak – anak masih bersekolah menengah dan IPT. Pinjaman pendidikan memang disediakan, tetapi adakah ia cukup ? Mungkin ramai yang belum sedar, kos pendidikan IPT 20 tahun dari sekarang bakal mencecah RM 100 000. Mungkin ramai ibu bapa pesara yang masih perlu menghulurkan RM 500 sebulan untuk membiaya kehidupan anak – anak di IPT nanti.

Perkahwinan anak ? Kebanyakan ibu bapa sekarang terpaksa mengeluarkan wang bagi membiaya kos perkahwinan anak. Kos perkahwinan sekarang antara RM 12 000 ke RM 20 000 mengikut kadar biasa. 20 tahun akan datang mas kahwin mungkin mencecah RM 15 000 siapa tahu ? Kalau ada 2 anak lelaki ? Sekurang – kurangnya ibu bapa pesara bakal habis RM 20 000 untuk perkahwinan anak.

Pergi Haji dan Umrah. Ya ia adalah tuntutan kepada yang mampu. Dah bersara, ada masa lapang, ada cash money yang banyak, maka bolehlah pergi menunaikan haji atau umrah. Kos pada masa itu mungkin RM 20 000 untuk seorang. Selain itu, pesara juga cenderung untuk pergi melancong. Ya lah bila dah banyak masa, macam – macam perkara ingin dilakukan. Ini semua sedikit sebanyak melibatkan kos. Jika anda menghabiskan RM 3000 setahun melancong dalam negara, 10 tahun anda bakal menghabiskan RM 30 000.

Dan perkara yang paling penting adalah, anda masih terpaksa menanggung kos perubatan. Bila dah tua, anda semakin terdedah kepada penyakit kritikal. Kos perubatan pada masa sekarang berjumlah puluhan ribu, untuk 20 tahun akan datang ? Mungkin hospital kerajaan pun akan mengenakan kos perubatan, kerana dasar kerajaan sekarang cenderung ke arah penswastaan seperti mana yang berlaku kepada banyak agensi kerajaan yang lain. Jika pesara mengambil insurans perubatan, mereka masih perlu membayar carumannya setiap tahun yang berjumlah antara RM 2000 – RM 4000 setahun. 10 tahun, RM 20 000 – RM 40 000.

Secara puratanya, pesara akan membelanjakan sekurang – kurangnya RM 200 000 bagi hal – hal lain seperti yang disebutkan diatas untuk tempoh 20 tahun selepas bersara. Mungkin lebih. Dari jumlah dana KWSP yang dapat, RM 445 061, RM 245 000 yang tinggal untuk sara hidup. Untuk makan minum sahaja, pesara memerlukan RM 24 379 setahun. Dengan lebihan dana yang tinggal, ia hanya tahan untuk tempoh 10 tahun sahaja, sedangkan kajian menunjukkan purata umur maksimum rakyat Malaysia meningkat ke 75 tahun. Ini bermaka pesara mempunyai 25 tahun kehidupan selepas bersara. Jika dana yang tinggal, hanya mampu untuk menyara kehidupan 10 tahun pertama, bagaimana dengan baki 15 tahun akan datang ?

Jika perbelanjaan pesara dipecahkan mengikut bulan, mereka memerlukan :

RM 2000 utk makan minum

RM 1000 hutang rumah, kereta, bil - bil

RM 1000 untuk pendidikan menengah/IPT anak

RM 250 untuk insurans perubatan

RM 500 untuk kos pengangkutan

Jumlah = RM 4750 sebulan, atau RM 57 000 setahun atau 1.4 juta untuk 25 tahun selepas bersara.

Dana KWSP hanya ada RM 445 061.

Kos – kos lain masih belum diambil kira.

Ini adalah anggaran dan ramalan sahaja. Lebih baik meramalkan perkara yang buruk dari perkara yang baik, supaya kita dapat bersedia dari awal untuk menghadapi saat itu nanti. Rancanglah kewangan anda dari sekarang untuk persaraan anda.

Tak salah merancang. Jika KWSP anda selepas bersara mencukupi pun, adalah lebih selesa jika anda mempunyai satu lagi dana persaraan yang anda rancang sendiri 25 tahun dulu.

Ambillah peluang untuk bina dana persaraan anda, dan tingkatkan dana akaun 1 KWSP anda melalui skim pelaburan ahli KWSP.

Dan sy mengesyorkan anda membina dana persaraan sendiri, terutamanya kepada mereka yang mengharapkan wang pencen. Masa depan penuh liku. Tak pasti. Jadi bersedialah dari awal. Sediakan payung sebelum hujan.

Saham amanah adalah instrumen terbaik merancang persaraan anda yang bersifat jangka panjang. Ramai menyangka pelaburan saham amanah dapat memberikan pulangan dalam masa singkat. Ya boleh, jika pasaran saham mengalami keadaan Bull Run seperti apa yang berlaku pada tahun 2007. Pelabur yang mula melabur pada 2005 mendapat pulangan sehingga 60% dari jumlah pelaburan. Ya inilah kelebihan melabur saham amanah. Membeli pada harga murah, dan membuat untung pada harga naik.

maklumat lanjut mengenai pelaburan saham amanah sila hubungi saya
jamian sarif
salam.erat@yahoo.com
0122676091
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kesilapan Dalam Mengurus Kewangan Umum

Kesilapan 1 :
Sentiasa menangguh untuk memulakan system perancangan.
Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti “Tak apa”, “Nanti dulu”, “Lepas kahwin”, “Bila anak dah besar” sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insurance perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 :
Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 :
Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada system atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamour?

Kesilapan 4 :
Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.
Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka “menyimpan” dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 :
Perlindungan Insurance yang tidak mencukupi.
Apabila memulakan satu system simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya sepeti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 :
Kegagalan menangani “musuh” wang yang utama iaitu inflasi
Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 :
Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.
Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insurans dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan bagi mengatasi dilemma kewangan anda?

TINDAKAN SUSULAN!!!
Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan di atas dan ambil tindakan sama ada merancang sendiri atau membuat temu janji dengan saya . Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MEMUPUK SIKAP MERANCANG KEWANGAN PERIBADI

salam kewangan dari saya sekali lagi,
saya rasa ramai di antara kita semua yang masih tidak tahu atau pun tidak mengambil berat tentang perancangan kewangan peribadi yang sebenar ataupun lebih mesra lagi personal finance.

Perancangan Kewangan Peribadi atau Personal Finance adalah suatu ilmu yang bernilai dan terpenting dalam kehidupan seharian.

Apabila disebut Personal Finance tentu ramai yang masih janggal dan tidak pernah dengar bukan? Tapi kalau Personal Loan, saya rasa ramai yang dah expert tentangnya.tapi awas yer ,sila berhati-hati bila membuat personal loan.pilih syarikat yg menawarkan kadar interest yang rendah.pilihan di tangan anda.

Baiklah bila disebut perancangan kewangan peribadi ianya bukan setakat membuat simpanan dan buat belanjawan(bajet) bulanan, bahkan ianya lebih daripada itu!

Antara komponen asas perancangan dan pengurusan kewangan peribadi :-

1. Perancangan dan Pengurusan Wang (CashFlow)

2. Perancangan dan Pengurusan Risiko & Insuran/Takaful

3. Perancangan dan Pengurusan Pelaburan

4. Perancangan dan Pengurusan Percukaian

5. Perancangan dan Pengurusan Wasiat/Harta Pusaka

6. Perancangan dan Pengurusan Persaraan

anda harus ingat bahawa perancangan kewangan peribadi bukan hanya dilakukan atau di practice sekali sekala ikut suka sajer,ia perlu dilakukan secara tetap dan berdisiplin.bukan main2.ia melibatkan masa depan anda.jika anda gagal membuatnya.maka andalah punca nya .jangan cuba nak salahkan orang lain pulak yer!

Kebanyakan daripada masyarakat kita hari ini gagal dalam pengurusan dan perancangan kewangan adalah kerana mereka tidak memberikan perhatian dan tumpuan yang serius kepada perkara ini!

Ingat untuk berjaya dan menjadi Kaya, anda perlu merancang dan menguruskan kewangan dengan baik tidak kira anda berpendapatan kecil mahu pun besar.tepuk dada tanya diri anda ,bukan tanya selera,sebab bagi pendapat peribadi saya selera boleh diklasifikasikan sebagai "nafsu".

Ini kerana punca utama masalah kewangan bukanlah berpunca daripada berapa banyak yang anda dapat, tetap bagaimana tabiat pengurusan kewangan anda….terutamanya melibatkan perbelanjaan anda!

Saranan saya jika anda ingin hidup tenang dan bahagia sepanjang masa, rancanglah dan uruskan kewangan anda dengan teratur berdasarkan kemampuan dan matlamat hidup anda.

Harus diingat tiada perancangan yang khusus serta sesuai untuk setiap individu, ianya semua bergantung kepada diri anda sendiri untuk merancang kewangan anda berdasarkan 6 komponen yang disebutkan seperti di atas!

Tetapi harus diingat anda tidak boleh melakukannya secara sendirian, dapatkan nasihat daripada proffesional yang berkelayakan...

semoga anda dapat manfaat.
salam kewangan .








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI

tgh saya buat search kat google tadi saya ada terjumpa dengan satu site yang menarik minat saya untuk saya kongsikan bersama anda semua.saya rasa template ni sangat sesuai buat mereka-mereka yang ingin tahu cara untuk membuat cashflow yang sebenar.
anda boleh dapat kan templete tersebut di link dibawah secara percuma.semoga template tersebut dapat memberi manfaat buat semua.
salam kewangan untuk semua.
dapatkannya disini Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bon Simpanan Merdeka

Bank Negara Malaysia telah mengumumkan penerbitan Bon Simpanan Merdeka 01/2009 pada 18 Mac 2009.

Bon Simpan Merdeka ini adalah instrumen simpanan untuk:

  1. Warga Malaysia berumur 56 tahun dan ke atas
  2. Warga Malaysia yang sudah berhenti kerja atas sebab kesihatan

Antara ciri-ciri menarik Bon Simpanan Merdeka ini adalah :

  • Patuh Syariah
  • Pulangan 5% setahun (Lebih tinggi dari simpanan tetap yang kini hanya menawarkan pulangan dari 2.5% - 3 % )
  • Keuntungan dibayar setiap bulan
  • Duit boleh dikeluarkan walaupun belum cukup tempoh matang 3 tahun
  • Keuntungan dikecualikan dari cukai

Tempoh penjualan adalah bermula dari 18 Februari - 17 Mac 2009 melalui ejen-ejen iaitu semua bank komersil, perbankan Islam, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional dan Bank Pertanian Malaysia Berhad.

Jadi, kalau anda seorang warga tua. ini adalah satu peluang yang baik.

Dan kalau anda mahu hadiahkan kepada ibu bapa anda (yang layak umurnya) pun ok juga.

Maklumat lanjut sila rujuk ke website BNM sendiri di sini

Sila hubungi pihak BNM sendiri untuk maklumat lanjut.ini hanya maklumat . Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Yang Mesti Anda Buat Selepas Dapat Gaji

Anda baru cek akaun bank anda menerusi mesin ATM.

Yes. Gaji sudah masuk!

Dan seperti biasa anda sudah berkira-kira untuk membayar …

  • Duit rumah
  • Duit kereta
  • Bil air
  • Bil api
  • Bil internet
  • Bil telefon
  • Hutang bank
  • Dan seterusnya

Kemudian anda pun membelanjakan baki gaji yang ada untuk keperluan yang lain dan urusan hidup anda sehinggalah masuk gaji seterusnya pada bulan hadapan.

Kalau ada lebih, baru anda fikir untuk simpan.

Kan?

Tetapi amalan biasa anda sebegini adalah

Salah!

Dan anda perlu mengubah amalan ini untuk kebaikan masa depan kewangan anda.

Mahu kah anda mengetahui 2 perkara mudah yang mesti anda buat selepas dapat gaji bulanan anda ?

Ya.

Dengan melakukan 2 perkara mudah ini terlebih dahulu, keadaan kewangan anda akan berubah untuk selama-lamanya.

# 1 : Pay Yourself First

Anda mesti memperuntukkan paling kurang 30% dari keseluruhan pendapatan anda untuk disimpan.

Sekiranya gaji bersih anda RM 1800, maka anda perlu menyimpan kira-kira RM 540 ke salah satu dari 4 pilihan yang berikut:

  1. Unit Trust / unit amanah (public mutual)/(asb)
  2. Tabung Haji
  3. Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit)
  4. Akaun Simpanan Biasa (Savings / Current)

Sila buat potongan tetap setiap bulan secara automatik dan simpan buku akaun atau kad ATM di tempat yang sukar untuk diambil.

Maka dengan cara ini anda boleh terus menyiapkan diri anda dengan jumlah simpanan yang bersamaan (step by step)

  • 3 bulan perbelanjaan
  • 6 bulan perbelanjaan
  • 12 bulan perbelanjaan
  • 24 bulan perbelanjaan
  • 48 bulan perbelanjaan
  • 60 bulan perbelanjaan
  • 84 bulan perbelanjaan

Dan segala duit bonus, pendapatan sampingan anda juga digalakkan untuk dimasukkan ke dalam akaun ini.

# 2 : Zakat & Derma

Anda perlu memperuntukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda untuk tujuan zakat dan derma.

Sekiranya gaji bersih anda RM 1800, maka RM 180 digunakan untuk tujuan ini.

Cara yang paling kool adalah dengan menderma di tabung-tabung masjid pada hari Jumaat.

Cara yang lebih kool pergi cari rumah-rumah kebajikan atau badan-badan kebajikan tertentu yang memerlukan sumbangan duit orang ramai.

Cara yang agak lari dari kebiasaan tetapi masih boleh dilakukan adalah dengan membelanja kaum keluarga dan rakan-rakan anda untuk acara makan-makan.

Ibu bapa anda mesti suka kalau tiba-tiba anak mereka (anda lah tu) mengumpulkan sesama adik beradik untuk acara makan-makan sesama keluarga.

(Ini tidak, apabila buat kenduri kahwin ada yang mengharapkan sampul becek dari tetamu. Uhuk uhuk!)

Sekarang anda mempunyai baki 60% dari gaji anda untuk dibelanjakan sesuka hati.

Apa lagi.

Pergi lah bantu orang lain menjadi kaya pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

siapa yg membantu anda dalam menguruskan plan kewangan anda.

Anda adalah manusia. Yang tidak tahu semua benda. Yang buat salah silap.

Justeru, dalam menguruskan wang, anda perlu ada beberapa orang yang penting untuk membantu anda.

Pasangan Anda

Sekiranya anda suami, maka isteri anda. Sekiranya anda seorang isteri, maka suami anda.

Sekiranya anda masih bujang, calon pasangan anda perlu seseorang yang boleh memahami kenapa anda sanggup pakai kereta buruk untuk beberapa tahun.

Tukar topik perbualan dari,

  • “You kahwin dengan I nanti nak anak ramai tak?”
  • “Kalau tak percaya belah lah dada I”

kepada

  • “I nak pakai Kanc Classic 660 untuk tempoh 5 tahun lepas kita kahwin, you ok tak?” atau,
  • “Apa kata hantaran kahwin nanti adalah simpanan ASB 5000, simpanan Tabung Haji RM 5000 dan perlindungan takaful wanita bernilai RM 100,000 , family you boleh terima tak ?”

Orang Lama

Anda mungkin kenal seseorang yang sudah lama terlibat dalam bisnes dan pelaburan. Nampak je sempoi tetapi dalam bank duit banyak. Berbanding dengan anda, sentiasa kemas bertali leher tetapi duit habis sahaja hujung bulan.

Ia boleh jadi pakcik, makcik, datuk, nenek dan jiran sebelah rumah.

Kalau tidak tahu sesiapa, jangan lupa selalu balik kampung atau berkenal-kenal dengan jiran tetangga.

Kalau ibu atau bapa anda sendiri memang orang lama, itu lagi mudah.

Kawan Sebaya yang Berpengalaman

Ia tidak semestinya sebaya. Tetapi yang lingkungan umurnya yang tidak jauh berbeza.

Yang anda boleh ajak ngeteh. Yang anda boleh sms macam member. Yang anaknya dengan anak anda sebaya. Yang anda boleh bertanya isu kewangan yang anda malu nak tanya kepada orang lain.

Sudah tentu yang berpengalaman dalam bisnes dan pelaburan.

Bukan yang berpengalaman join skim cepat kaya.

Penasihat Kewangan

Financial Planner. Tetapi di Malaysia agak sukar anda untuk mendapat licensed financial planner yang bebas. Bebas yang dimaksudkan di sini adalah yang tidak terikat dengan mana-mana institusi kewangan, justeru, yang boleh memberikan pandangan tanpa bias dengan mana-mana produk kewangan.

Sekiranya anda memang zero dan tidak mampu untuk mencari maklumat sendiri, dan anda tiada orang lama dan kawan yang berpengalaman di sekeliling, anda sudah tentu perlu mencarinya untuk membantu anda.

Ejen / Broker

Sekiranya anda sudah jumpa seorang ejen hartanah, ejen insurans, broker saham yang baik, jadikan ia kawan anda.

Layan mereka tinggi sikit dari ejen / broker biasa yang hanya tahu nak kutip duit komisyen dari anda.

You’ll get something great in return.

Peguam

Kalau anda hilang RM 5000 mungkin anda rasa tidak perlu ada peguam. Tetapi bila anda sudah nak buat deal lebih dari itu mungkin anda perlu dapatkan sedikit sebanyak nasihat guaman.

Peguam ini mungkin “buta kewangan” juga. Tetapi sekurang-kurangnya dia tahu bahasa peguam yang lain.

Sekiranya anda tidak tahu perbezaan dari sudut undang-undang antara …

  • “You shall pay … ” , dan
  • “You may pay … “

Maka cepat-cepatlah berkawan dengan mana-mana peguam.

Akauntan

Masalah yang biasa berlaku adalah, anda ada income, tetapi disebabkan anda tidak merekodkan pendapatan anda itu dengan baik, maka anda susah nak jadikan ia supporting document untuk urusan tertentu.

Anda juga kadang-kadang tidak tahu dan terlupa tentang isu-isu cukai.

Alah, syarikat anda tidak ada accounting department ke ?

Banker

Pegawai kanan. Pengurus lagi bagus.

Ada perkara anda boleh bawa berbincang. Negotiation.

Pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan kepada anda selalunya kontrak yang bersifat umum. Semua orang dapat kontrak yang sama. Tetapi kenapa tidak cuba minta sesuatu terma & syarat yang lebih baik ?

Ingat, bank selalu bersifat pemurah memberikan payung semasa hari cerah dan mengambilnya balik semasa hari hujan.

Khusus untuk Graduan

Masa belajar di universiti, jangan berkawan dengan geng satu fakulti sahaja. Kawan dengan ramai orang. Bergaul. Bersosial. Sertai pelbagai aktiviti.

Anda mungkin tidak perlukan khidmat nasihat professional itu sekarang, tetapi anda pasti memerlukannya 10 tahun akan datang.

Kalimah Keramat

Buku orang Barat selalu petik Bible yang ada menyebut :

Ask and thou shall recieve

Maka ketahuilah dalam Quran pun ada …

Maka bertanyalah kepada ahli ilmu sekiranya kamu tidak mengetahui (an-Nahl : 43)

Dan juga melalui Hadis …

Khabarkan lah kepada ku tentang … (Hadis Iman, Islam & Ihsan)

Maka janganlah malu-malu untuk bertanya kepada mereka yang telah disebutkan di atas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahli Menipu Pengeluaran Perumahan KWSP Dijatuhi Hukuman

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa ahli KWSP yang terbabit dalam kes penipuan pengeluaran perumahan. Tindakan tegas ini diambil sebagai sebahagian daripada usaha bersepadu KWSP untuk membanteras penipuan pengeluaran.

Tiga ahli yang didapati bersalah oleh mahkamah kerana melakukan penipuan pengeluaran KWSP telah dijatuhi hukuman dan didenda antara RM600 hingga RM2,000. Salah seorang dari mereka berkemungkinan menghadapi hukuman penjara sebulan jika tidak membayar denda tersebut.

“KWSP telah bekerjasama erat dengan pihak polis untuk mendedahkan penipuan-penipuan yang dilakukan oleh sindiket yang mensasarkan ahli yang terdesak dan kesempitan wang. Kepada sindiket dan ahli yang terlibat dalam aktiviti penipuan ini, KWSP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka demi melindungi simpanan persaraan ahli,” kata Nik Affendi Jaafar, Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP.

Sejumlah 31 kes penipuan pengeluaran perumahan sedang dalam tindakan mahkamah dengan jumlah kes tertinggi difailkan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya diikuti dengan Mahkamah Majistret Kota Bharu. Kesemua ahli tersebut termasuk tiga yang telah disabitkan kesalahan telah didakwa di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991.

Di bawah Akta tersebut, ahli yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu pengeluaran boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000, atau kedua-duanya sekali. Bagi ahli yang disabitkan kesalahan tetapi memulangkan wang yang dikeluarkan kepada KWSP dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan, mereka hanya dibenarkan memohon di bawah pengeluaran yang sama selepas tempoh dua tahun dari tarikh wang tersebut dipulangkan. Manakala bagi ahli yang tidak memulangkan wang tersebut atau memulangkannya selepas tempoh enam bulan dari tarikh sabitan, mereka akan hilang hak bagi membuat pengeluaran yang sama selama-lamanya.

Pada tahun-tahun sebelum ini, beberapa kes penipuan yang melibatkan pengeluaran pendidikan, kesihatan dan perumahan berjaya dikesan apabila ahli mengemukakan dokumen palsu bagi menyokong permohonan pengeluaran berkenaan. Ahli-ahli terbabit telah didakwa dan dihadapkan ke mahkamah.

“Dengan keadaan ekonomi semasa, KWSP sedar terdapat segelintir ahli yang mungkin terpengaruh untuk menggunakan cara yang tidak sah bagi mengeluarkan simpanan KWSP mereka. Oleh itu, KWSP ingin mengingatkan ahli bahawa simpanan KWSP adalah untuk persaraan mereka dan jangan sesekali terpedaya dengan sindiket untuk menipu mengeluarkan simpanan KWSP,” kata Nik Affendi.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

sumber kwsp.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bagaimana mencapai kebebasan kewangan?

Ramai orang yang ingin mencapai kebebasan kewangan, tetapi kebanyakkan tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Sebenarnya, untuk mencapai kebebasan kewangan adalah mudah, anda hanya perlu melakukan 3 langkah berikut.

Sebelum itu, kita semak dulu, apa maksud bebas kewangan?
Secara ringkasnya, bebas kewangan ialah, apabila.. anda tidak mempunyai hutang, dan pendapatan anda melebihi perbelanjaan anda setiap bulan. Ok that it! Senang je bukan?

Ok! mari kita lihat 3 langkah bagaimana mencapai kebebasan kewangan!

1) Langsaikan semua hutang anda (keluar dari cengkaman hutang)

Langkah pertama adalah dengan menyenaraikan kesemua hutang anda. Hutang kereta, kad kredit, ptptn, rumah, mamak, kawan-kawan, courts mammoth dan sebagainya. Senaraikan hutang anda mengikut urutan yang mana yang paling sedikit sebagai hutang no 1. Tuliskan juga, berapakah jumlah minimum yang perlu anda bayar untuk setiap hutang anda.. contohnya,

1) Kad kredit (RM5000)… RM250 sebulan
2) PTPTN (RM21,000)…….RM150 sebulan
3) Kereta (RM70,000)…….RM600 sebulan
4) Rumah (RM180,000)….RM1,200 sebulan
===========================
Jumlah (RM276,000)…….RM 2,200 sebulan
===========================

Wah! banyak betul hutang anda rupanya (baru perasan). Jadi, langkah pertama.. pasang tekad di dalam diri anda terlebih dahulu untuk tidak menambah lagi hutang yang sedia ada, dan juga, bertekad untuk melangsaikan kesemua hutang anda.

Oleh itu, pada penghujung setiap bulan, peruntukan duit yang lebih sedikit untuk membayar hutang-hutang anda, mungkin sebanyak RM2,500. Apa yang perlu anda lakukan, bayar kesemua hutang anda dengan jumlah minimum, tetapi untuk hutang no 1 (kad kredit) , sila bayar lebih (RM300).. bermakna, anda membayar sebanyak RM550 pada hutang kad kredit anda. Dengan cara ini, dalam masa 10-11 bulan, anda akan dapat menghapuskan satu hutang anda.

Selepas hutang kad kredit terhapus, gunakan duit yang lebih itu untuk membayar hutang PTPTN anda pula, (kini anda membayar sebanyak RM700 untuk hutang ptptn anda). Dalam masa 2 tahun, anda akan berjaya menghapuskan hutang PTPTN anda.

Kemudian, setelah berjaya menghapuskan hutang PTPTPN dalam hidup anda, duit lebih itu, anda gunakan pula untuk bayar kereta anda, dan dalam masa 1 tahun setengah, anda akan berjaya melangsaikan hutang kereta anda.

Kini tinggal hutang rumah sahaja.. gunakan peruntukan sebanyak RM2,500 tadi untuk membayar hutang rumah anda, insyallah, dalam masa 5 tahun, anda akan berjaya melangsaikan hutang rumah anda.

Wah!.. jika dikira kesemuanya, anda akan berjaya melangsaikan kesemua hutang anda sebanyak RM276,000 itu dalam masa 10 tahun sahaja. Not bad bukan? Jika usia anda kini 25 tahun.. pada usia 35 tahun, anda sudah bebas dari segala hutang!

2) Tambah pendapatan berulang “passive income” anda.

Langkah seterusnya (langkah ini boleh dilakukan sewaktu anda masih lagi dalam proses membayar hutang) , ialah dengan mewujudkan “pendapatan berulang” dalam hidup anda. Pendapatan berulang ialah pendapatan yang anda perolehi setiap bulan walaupun anda tidak melakukan perkara/pekerjaan tersebut lagi.

Contohnya, adalah seperti..

  • menulis buku
  • memiliki rumah sewa
  • menulis lagu
  • memiliki website perniagaan internet yang berfungsi secara automatik
  • blog yang menjana pendapatan walaupun tidak diupdate
  • dan sebagainya

Apa yang menarik mengenai pendapatan berulang ini, ianya tidak terikat/bergantung kepada masa. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja.. dan ia, akan terus-menerus memberikan wang kepada anda.

3) Awasi status kewangan anda setiap masa

Langkah ketiga, selalulah menyemak status kewangan anda setiap bulan, beli benda-benda yang perlu sahaja dan beli ia secara tunai. Jangan sesekali berhutang dan menggunakan kad kredit (kad kredit hanya sesuai digunakan selepas anda sudah berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan, sewaktu di dalam proses untuk mencapai kebebasan kewangan, anda tidak digalakkan menggunakan kad kredit).

Percayalah.. dengan hanya melakukan 3 langkah ini, anda akan berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja!mari kita sama2 praktikan cara tersebut.semoga kita mendapat manfaat yg berguna .

salam mesra. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...