Cukupkah wang saraan KWSP ?

Cukupkah wang saraan KWSP ?

Bina Dana Persendirian untuk persaraan anda.

Seorang graduan yang baru bekerja, umur 25 tahun, bergaji RM 2000 sebulan, akan mempunyai RM 445 061 selepas 25 tahun bekerja. RM 445 061 ini adalah hasil wang yang dikumpul dari contribution KWSP yang dilakukan selama 25 tahun. Inilah wang yang digunakan untuk bersara.

Nilai ini dikira bedasarkan, kenaikkan gaji 5% setahun, 23% contribution ke KWSP, dan 5% dividend yang dikeluarkan oleh KWSP setahun.

Adakah dana ini mencukupi untuk menyara kehidupan beliau 20 tahun atau 30 tahun selepas bersara?

Pertama sekali, kita kira berapakah gaji akhir beliau semasa berumur 55 tahun, iaitu tahun akhir bekerja sebelum bersara. Dengan menganggarkan kenaikkan gaji 5% setahun, gaji akhir beliau adalah RM6772.

Persoalannya adakah beliau masih memerlukan RM 6772 selepas bersara ? mungkin ya dan mungkin tidak. Mungkin ya jika beliau masih menanggung hutang yang banyak, atau anak – anak yang masih belajar di universiti. Mungkin tidak jika beliau telah habis hutang kereta dan rumah, dan anak – anak sudah bekerja. Dalam soal ini, kita menganggarkan beliau hanya memerlukan 75% dari gaji akhir terbabit untuk menyara kehidupan selepas bersara. Ini bermakna beliau memerlukan RM5079.

RM 5079 sebulan bermakna RM 60 948 setahun, atau 1.2 juta selama 20 tahun selepas tempoh bersara.

Tunggu dulu, mari kita lihat apakah keperluan selepas bersara.

Kebanyakan pesara, masih memerlukan wang untuk beberapa perkara seperti :

1 – sara hidup – makan minum

2 – hutang kereta , hutang rumah dll

3 – masih menanggung anak – anak di universiti

4 – cenderung untuk renovate rumah

5 – mengerjakan haji dan umrah

6 – melancong ke dalam dan luar negara

7 – menanggung kos perubatan yang tinggi

8 – masih membayar untuk polisi insurans dan perubatan

9 – menanggung perkahwinan anak – anak

dan lain – lain.

Dan semakin lupa yang dana persaraan mereka semakin hari semakin susut.

Mari kita lihat kos makanan untuk 25 tahun akan datang. Pada hari ini, secara purata, sebuah keluarga membelanjakan, RM 20 untuk makan sehari. Dengan kenaikan kadar inflasi 5% ke atas barang makan, nilainya pada 25 tahun akan datang adalah RM 67.72 sehari, atau RM 2031 sebulan, atau 24 379 setahun, atau RM 487 584 untuk tempoh 20 tahun.

Bagaimana dengan hutang kereta atau rumah ? Jika masih ada, mungkin pesara terbabit masih memerlukan antara 5 – 10 tahun lagi masa untuk membayar hutang. Sekarang bank meluluskan hutang rumah untuk tempoh 35 tahun atau umur 65 tahun dan ada yang 70 tahun. Mungkin anda masih memerlukan RM 500 - RM 1200 sebulan untuk membayar rumah. 10 tahun, RM 60 000 – RM 100 000.

Pendidikan IPT anak – anak ? Ada yang masih bersekolah menengah. Sedar tak, trend sekarang, kebanyakan ibu bapa cenderung untuk berkahwin lewat dan seterusnya mendapat anak pada usia 30 an, dan akhirnya, semasa mereka bersara, anak – anak masih bersekolah menengah dan IPT. Pinjaman pendidikan memang disediakan, tetapi adakah ia cukup ? Mungkin ramai yang belum sedar, kos pendidikan IPT 20 tahun dari sekarang bakal mencecah RM 100 000. Mungkin ramai ibu bapa pesara yang masih perlu menghulurkan RM 500 sebulan untuk membiaya kehidupan anak – anak di IPT nanti.

Perkahwinan anak ? Kebanyakan ibu bapa sekarang terpaksa mengeluarkan wang bagi membiaya kos perkahwinan anak. Kos perkahwinan sekarang antara RM 12 000 ke RM 20 000 mengikut kadar biasa. 20 tahun akan datang mas kahwin mungkin mencecah RM 15 000 siapa tahu ? Kalau ada 2 anak lelaki ? Sekurang – kurangnya ibu bapa pesara bakal habis RM 20 000 untuk perkahwinan anak.

Pergi Haji dan Umrah. Ya ia adalah tuntutan kepada yang mampu. Dah bersara, ada masa lapang, ada cash money yang banyak, maka bolehlah pergi menunaikan haji atau umrah. Kos pada masa itu mungkin RM 20 000 untuk seorang. Selain itu, pesara juga cenderung untuk pergi melancong. Ya lah bila dah banyak masa, macam – macam perkara ingin dilakukan. Ini semua sedikit sebanyak melibatkan kos. Jika anda menghabiskan RM 3000 setahun melancong dalam negara, 10 tahun anda bakal menghabiskan RM 30 000.

Dan perkara yang paling penting adalah, anda masih terpaksa menanggung kos perubatan. Bila dah tua, anda semakin terdedah kepada penyakit kritikal. Kos perubatan pada masa sekarang berjumlah puluhan ribu, untuk 20 tahun akan datang ? Mungkin hospital kerajaan pun akan mengenakan kos perubatan, kerana dasar kerajaan sekarang cenderung ke arah penswastaan seperti mana yang berlaku kepada banyak agensi kerajaan yang lain. Jika pesara mengambil insurans perubatan, mereka masih perlu membayar carumannya setiap tahun yang berjumlah antara RM 2000 – RM 4000 setahun. 10 tahun, RM 20 000 – RM 40 000.

Secara puratanya, pesara akan membelanjakan sekurang – kurangnya RM 200 000 bagi hal – hal lain seperti yang disebutkan diatas untuk tempoh 20 tahun selepas bersara. Mungkin lebih. Dari jumlah dana KWSP yang dapat, RM 445 061, RM 245 000 yang tinggal untuk sara hidup. Untuk makan minum sahaja, pesara memerlukan RM 24 379 setahun. Dengan lebihan dana yang tinggal, ia hanya tahan untuk tempoh 10 tahun sahaja, sedangkan kajian menunjukkan purata umur maksimum rakyat Malaysia meningkat ke 75 tahun. Ini bermaka pesara mempunyai 25 tahun kehidupan selepas bersara. Jika dana yang tinggal, hanya mampu untuk menyara kehidupan 10 tahun pertama, bagaimana dengan baki 15 tahun akan datang ?

Jika perbelanjaan pesara dipecahkan mengikut bulan, mereka memerlukan :

RM 2000 utk makan minum

RM 1000 hutang rumah, kereta, bil - bil

RM 1000 untuk pendidikan menengah/IPT anak

RM 250 untuk insurans perubatan

RM 500 untuk kos pengangkutan

Jumlah = RM 4750 sebulan, atau RM 57 000 setahun atau 1.4 juta untuk 25 tahun selepas bersara.

Dana KWSP hanya ada RM 445 061.

Kos – kos lain masih belum diambil kira.

Ini adalah anggaran dan ramalan sahaja. Lebih baik meramalkan perkara yang buruk dari perkara yang baik, supaya kita dapat bersedia dari awal untuk menghadapi saat itu nanti. Rancanglah kewangan anda dari sekarang untuk persaraan anda.

Tak salah merancang. Jika KWSP anda selepas bersara mencukupi pun, adalah lebih selesa jika anda mempunyai satu lagi dana persaraan yang anda rancang sendiri 25 tahun dulu.

Ambillah peluang untuk bina dana persaraan anda, dan tingkatkan dana akaun 1 KWSP anda melalui skim pelaburan ahli KWSP.

Dan sy mengesyorkan anda membina dana persaraan sendiri, terutamanya kepada mereka yang mengharapkan wang pencen. Masa depan penuh liku. Tak pasti. Jadi bersedialah dari awal. Sediakan payung sebelum hujan.

Saham amanah adalah instrumen terbaik merancang persaraan anda yang bersifat jangka panjang. Ramai menyangka pelaburan saham amanah dapat memberikan pulangan dalam masa singkat. Ya boleh, jika pasaran saham mengalami keadaan Bull Run seperti apa yang berlaku pada tahun 2007. Pelabur yang mula melabur pada 2005 mendapat pulangan sehingga 60% dari jumlah pelaburan. Ya inilah kelebihan melabur saham amanah. Membeli pada harga murah, dan membuat untung pada harga naik.

maklumat lanjut mengenai pelaburan saham amanah sila hubungi saya
jamian sarif
salam.erat@yahoo.com
0122676091
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

tinggalkan komen anda di sini