Dah lama rasanya aku tak kongsi pasal kewangan,sesekali kena buat post mortem juga kan.Jangan terlampau asyik cari duit tapi tak tau hala tuju duit tu pergi kemana?
Ramai yang kata dengan berjimat cermat tahap kewangan kita akan kukuh dan kita akan dapat terhindar dari amalan membazir.So,korang dah mula berjimat ke belum.Ada juga yang cakap.Macam mana nak jimat bang,duit yang dapat pun cukup-cukup jer.Dah tak tau nak berjimat macamana?Harga barang dah mahal.
Bagi aku lain orang lain cara.Tapi jangan sampai orang cop kita sebagai kedekut tau.Nak jimat sangat sampai sayang nak guna duit tu....Dan jangan sampai menyusahkan orang lain ataupun suka ambil kesempatan pada kawan-kawan.Terutamanya suka minta kawan belanja.Sedangkan kita sendiri susah nak belanja kawan-kawan.Lama-lama nanti kawan lari.....
Okey lah jom kita tengok Enam kesan berjimat cermat yang aku rasa patut korang tahu.
1.Wang simpanan akan jadi banyak
Bila kita mula berjimat sudah tentu akan ada lebihan wang dalam simpanan kita kan.Bila mula berbelanja hanya kepada keperluan dan bukan kehendak pembaziran dapat dikurangkan.Jadi simpan lah wang tersebut ditempat yang selamat.Gunakan disaat memerlukan.
2.Mematangkan Fikiran.
Secara tak langsung fikiran kita akan menjadi lebih matang sebab kita akan lebih banyak berfikir dan tidak menggunakan wang dengan sesuka hati.Secara tak langsung sebenarnya ia dapat mendidik keluarga kita menjadi lebih menghargai wang yang hendak digunakan dan wang akan disimpan.
3.Elakkan diri dari berhutang.
Untuk memulakan langkah penjimatan perkara pertama yang harus diambil kira adalah Hutang.Pastikan hutang kita sudah selesai pada paras 70% maknanya sekadar menanggung hutang sekitar 30% dari pendapatan.Tapi nak lagi elok hutang 10% jika boleh le.Bila hutang kurang ataupun tiada hutang,baru senang nak uruskan duit kan.
4.Dapat melahirkan masyarakat bijak.
Bila seseorang itu mula berjimat pasti dia akan memikirkan barang apa yang perlu dibeli .Jadi disitu ia akan mula membezakan antara keperluan dan kehendak nafsu....Mereka pasti akan membeli keperluan sahaja.Bila semua dah mula berfikiran begini,masyarakat akan jadi bijak berbelanja dan mula menghargai wang mereka.
5.Lebih banyak pilihan.
Apabila seseorang memutuskan untuk mula membuat langkah penjimatan dan mula menjadikan tabiat itu sebagai satu gaya hidup,terlalu banyak pilihan akan tersedia untuk mereka.Mereka sudah boleh mula melaburkan wang mereka ke tempat-tempat dapat menggandakan wang mereka ataupun membeli sesuatu yang mereka inginkan hasil daripada wang simpanan mereka.Jangka panjang mereka akan mula mendapat banyak pilihan dan ganjaran untuk diri mereka.
6.Jaminan masa depan.
Masa depan akan menjadi lebih terjamin kerana mereka mempunyai wang simpanan yang boleh digunakan sebagai bekalan di hari tua ataupun disaat kecemasan dan kesusahan.Kan ada pepatah melayu yang berbunyi "Sediakan payung sebelum hujan"
Aku harap dengan huraian ringkas ni akan menjadikan korang lebih bersemangat untuk memulakan langkah berjimat cermat.