Streamyx offline - Kabel Telefon kena curi

Streamyx offline - Kabel Telefon kena curi

Agak lambat aku nak story pasal benda ni sebenarnya,Sebab ia berlaku pada minggu lepas.Tapi sebab dah takda apa aku nak buat.So aku buat juga lah entry ni.Pada 4 November 2014 aku dapat berita gembira sebab permohonan streamyx aku dah dapat selepas menunggu hampir 3 tahun.....

Tapi yang tak bestnya selepas 3 hari aku guna,pada hari jumaat 7 November 2014 kabel pulak kena curik..hampeh betul la pencuri ni.Aku rasa dia buat project sekitar pukul 12 keatas,sebab aku last online pada malam jumaat tu pukul 12 lebih masih ada.Bangun pagi nak online dah buffer ingatkan hang out,rupanya line takda.Ingat kan streamyx line problem atau pun streamyx line slow.

Aku terus call TM Malaysia untuk buat aduan kerosakan pada pukul 10 pagi.Staff TM kata dalam 24 jam ada technician TM yang akan call aku.Tapi sampai ke malam aku tunggu tiada sebarang panggilan masuk.Aku terus call contractor yang buat wiring kat rumah aku.Dia kata mungkin Kabel kena curi sebab banyak kawasan takda line sekarang ni dan banyak aduan yang masuk.

Lagipun memandangkan hari jumaat,last day kerja.So,dia kata TM akan mula buat kerja-kerja pembaikan hari isnin.Kecewa aku.Terpaksa la menunggu lagi.Tapi aku rasa ini mungkin dah di takdirkan oleh ALLAH.....AKU redha dan pasrah je...

Biasanya kalau masalah kecurian kabel ia akan mengambil masa seminggu paling cepat dan mungkin boleh sampai 2 minggu.

Tiga tahun menunggu,bila dah dapat Tiga hari kabel kena curi...

Tengok gambar atas tu,terjuntai kabel,Semoga pencuri ni insaf dan bertaubat.Bukan boleh kaya pun kalau curi kabel tu...coiii betul....Hidup menyusahkan orang.

Macam biasa aku akan update kat facebook aku tentang apa peristiwa yang berlaku.Aku masukkan gambar kabel terjuntai kat atas tu....dengan sedikit ayat-ayat kecewa.....

Tak sangka status aku tu telah menarik perhatian salah seorang staff TM Malaysia yang merupakan kawan sekolah lama aku Rahimah Ali.Kebetulan dia nak pegi meeting katanya.So dia kata akan cuba bantu sebaik mungkin.Dia minta detail aku semua.Siap direct hantar email dan jumpa CEO TM Malaysia En.Yazid yang merupakan orang kampung aku tu...Actually baru tahu.Sebelum ni tak tahu pun...hehe


Alhamdulillah,kesokan hari nya aku tengok dah ada orang pasang balik kabel yang kena curik tu.Enam hari juga aku menunggu.Nasib baik ada member kat dalam,Dia kata mungkin contractor tu memang plan nak pasang hari ni...mungkin la kot haha...

Line streamyx dah kembali normal.......Terima kasih buat semua yang terlibat dari si pencuri kabel,staff TM Malaysia,Contractor TM,Kawan sekolah aku Puan Rahimah dan Juga En.Yazid CEO TM Malaysia.

Aku nak sambung mentenet,gila ko xda internet 6 hari mati kutu aku......

Streamyx offline - Kabel Telefon kena curi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...