Dream Trip To Macau.

Dream Trip To Macau.

Buat pertama kalinya aku join contest Nuffnang.Itupun sebab terbaca kat iklan masa buat blogwalking.Nampak macam menarik jer tajuk contest ni Dream Trip To Macau.Hadiahnya merupakan pakej penginapan ke Macau selama 3 hari 2 malam.Harapan untuk dapat tu aku sebenarnya tak kisah sangat pun.Tapi mana la tau tetiba Nuffnang nak bagi.Aku sebat juga la kan.

Bila aku buat research sikit pasal Macau,best juga tempatya.Banyak juga tempat-tempat dan acara menarik disana.Tiba-tiba rasa best pulak.haha...

1.Aku tertarik dengan Macau Tower.

tempat menarik di Macau

Macau Tower ni berketinggian 338 meter dan mula dibuka pada 19 disember 2001.....Hampir 13 tahun.Bulan depan dah genap.Kalau aku dapat pergi mesti boleh celebrate sekali kan...haha

tempat menarik di MACAU


Dibahagian luar ada aktiviti "skywalk x"dan Bungee Jump.Itu sapa yang nak boleh try.Tapi kalau aku memang tak berani kot....Tapi takpa kat bahagian dalam pun yang best.Kat dalam ada Restoran dan boleh berdiri tengok bawah kat Glass Floor...haha...ini yang paling ektream aku boleh buat....

tempat menarik di macau

2.Tempat Shopping 

                  tempat menarik di macautempat menarik dimacau

Aku bukan minat sangat nak shopping,tapi aku suka cuci mata tengok orang shopping dan tengok barang-barang yang pelik yang mungkin takda kat tempat lain.Banyak tempat shopping menarik  di Macau yang boleh di redah.Khabarnya disana banyak terdapat kedai-kedai bebas cukai dan berjenama.Pendek kata kalau nak ke Macau ni kena sediakan duit banyak-banyak untuk yang kaki shopping.Boleh pilih nak ke tempat yang ada class atapun nak ke pasar lambak.Tempat shopping Murah di Macau pun ada.

3.Tapak Warisan Dunia Macau -UNESCO

                                    tempat menarik di macau

Banyak terdapat tinggalan sejarah di Macau,Sambil berjalan boleh la nanti aku melawat tempat bersejarah ni.Gambar kat atas ni merupakan salah satu tinggalan sejarah yang ada di Macau .Ia merupakan Kubu Guia dan rumah api.Dah lama terbina ni sejak dari tahun 1622.Sekali pandang mesti ada yang ingat ini gereja.Aku pun tak pasti.Yang aku tahu tempat ni digunakan sebagai kubu.Sebenarnya ada banyak lagi tinggalan sejarah di Macau.Tapi aku rasa cukuplah aku bagi satu....Kalau dapat pegi nanti baru boleh aku cerita lebih lanjut mengenai sejarah Macau kan....

Aku suka tengok tempat bersejarah jadi memang hobi aku kalau pergi tempat orang mesti nak ke sejarah kat situ.

Ni tak masuk lagi bab makanan,Aku tak tahu makanan apa yang menarik kat Macau.Sebab aku ni jenis yang makan tak kisah.Jadi bab makan kita cerita kemudian.Dah pergi barulah boleh cerita pasal tempat makan menarik di Macau kan.

Itulah ringkasan contest Dream Trip to Macau.Agak-agak okey ke....haha...

Okeylah,anyway buat pengetahuan umum,contest ini telah di anjurkan oleh Macau Government Tourist Office dan Nuffnang.

Kenapa Nuffnang mesti pilih aku untuk bercuti ke Macau?

Jawapannya senang jer...sebab aku belum pernah sampai lagi ke Macau.Itu je kot..hehe

Harap-harap pihak Nuffnang bermurah hati nak pilih aku walaupun entry aku ni nampak macam biasa-biasa jer kalau nak dibandingkan dengan blogger yang lain...Okeylah bye bye..Jumpa di MACAU.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...