Shell Malaysia dengan Kerjasama Maybank dan American Express telah mengeluarkan Kad prabayar Shell EasiGO.Tujuan utama mereka mengeluarkan Kad Prabayar Shell EasiGO ini adalah untuk menyediakan cara pembayaran yang selamat,bijak serta mudah untuk mengisi minyak kenderaan,Dan seterusnya pengguna juga akan dapat menikmati pelbagai faedah lain.
Ia juga direka khas untuk mempercepatkan proses pengisian minyak di stesen shell tanpa melibatkan transaksi tunai.Ia juga dapat menjimatkan masa.
Kad Prabayar Shell easioGO juga menyediakan dua jenis kad satu jenis untuk pemandu kereta dan sejenis lagi untuk pengguna motosikal.Pelanggan yang membeli kad prabayar shell easiGO berhak untuk menerima beberapa manfaat,antaranya insurans lumpuh kekal keseluruhan (TPD) secara percuma yang bernilai RM15,000 pada tahun pertama.Pemegang kad juga dapat menikmati diskaun sehingga 10 peratus untuk bagi pembelian produk pelincir di Shell Select.
So tunggu apa lagi,bagi pengguna tegar shell Malaysia tu.Mari dapatkan Kad prabayar Shell EasiGO di Stesen Shell seleuruh Malaysia.Aku dah dapa satu,Starter pek berharga RM15.
Bila dah beli starter pek Kad Prabayar Shell easiGO jangan lupa untuk buat pendaftaran permohonan dulu ok.Tak boleh terus guna.
Cara Daftar Kad prabayar Shell EasiGO.
Mudah jer nak buat pendaftaran permohonan,Kat dalam starter pek tu ada disertakan sekali borang permohonan.Isi borang tersebut dengan lengkap,sertakan sekali salinan kad pengenalan depan dan belakang, kemudian boleh hantar menggunakan tiga cara dibawah:-
a)Fax : +603 2070 6868
b)E-mel : prepaidcard@maybank.com
c)Pos : Pusat Kad Maybank,tingkat 7,Menara Maybank,100 Jalan Tun Perak,50050 Kuala Lumpur.
*SMS akan dihantar kepada anda sebaik sahaja kad anda diaktifkan.(Biasanya proses akan mengambil masa 2 hingga 3 minggu)
Bila dah Aprove kena top up dulu kad tu,Pemegang kad prabayar shell easiGO boleh membuat tambah nilai di stesen shell serta di lebih 3,000 masin ATM atau mesin deposit tunai Maybank diseluruh Malaysia.Penambahan juga boleh dilakukan menerusi online menggunakan www.maybank.com.my dan perkhidmatan GIRO antara bank (IBG).
Kad prabayar shell easiGO juga boleh digunakan sebagai debit kad.Jika ada lebihan wang boleh dikeluarkan seperti biasa.Had tambah nilai maksimum bagi kad ini ialah RM5,000 manakala had maksimum bagi setiap pengeluaran tunai adalah RM1,000.
Penting : Apabila membuat pengisian minyak diluar terminal shell,sila pastikan kad anda mempunyai baki minimum sebanyak RM80 ( untuk kereta ) dan RM20 ( untuk motosikal )
Aku dah dapatkan satu tengah tunggu approval je ni.Korang bila lagi.