Siaran Astro HD percuma

Siaran Astro HD percuma

Wah....satu berita yang baik untuk pelanggan-pelanggan Astro HD nampaknya.Bermula dari 16 November sehingga 28 Februari 2015 Astro bagi 8 channel HD baru secara percuma.Tiga bulan setengah tu free preview.Lepas tu kena bayar la yer.

Antara channel baru HD yang disediakan untuk tontonan umum adalah DIVA HD,HITS HD,FYI HD,AEC HD,SHX HD,FOX HD dan banyak lagi.Dengan perkembangan HD sekarang ni aku rasa akan datang semua channel dah ada HD mana taknya bila aku tengok channel yang biasa rasa macam tak best pulak.

Cuti sekolah pun dah nak mula tak lama lagi.Anak-anak kalau tak dipantau memang kat depan TV je la nanti.Mak bapak kena bijak masa ni.Nak bagi tengok Astro HD Universe  kena buat home work dulu ataupun ulangkaji pelajaran dulu.

Bagi yang takda astro tu,buat la apa yang patut.Aku ada borak dengan member aku minggu lepas,rumah dia takda astro sebab dia nak simpan duit bulan-bulan.Dia rasa membazir kalau duit tu digunakan untuk buat bayar bil Astro.

Apapun itu just pendapat peribadi dia sahaja.Sebenarnya terpulang pada individu dan bagaimana mereka menguruskan kewangan.

Ada juga yang kata "aku malas nak masuk astro sebab siaran banyak berulang-ulang"
Ada juga yang kata "Astro tak bagus"

Tapi bagi aku,aku perlukan Astro.sebab aku suka tengok TV.Family aku pun sama.Apa salahnya kalau aku keluarkan sedikit wang untk mereka.Lagipun kat area rumah aku ni kalau tak guna channel Astro,siaran tv macam hampeh......

Siaran Astro HD percuma

Kalau nak yang murah boleh guna Njoi.Unifi pun ado kalau nak.Boleh dapat pakej internet sekali tu.hehe.

Okeylah selamat menonto siaran kegemaran anda.Dan selamat bercuti buat adik-adik dan anak-anak semua.Gunakan masa yang ada sebijak mungkin. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...