Mengimbas memori silam - Kenangan Zaman sekolah rendah.

kenangan zaman sekolah
Saja belek-belek whatsapp pagi ni,terjumpa pulak foto lama masa zaman sekolah rendah dulu di Sekolah Kebangsaan Sijangkang (SKS).Masa ni semua comel-comel kan.

( kalau korang pandai,aku yang mana? )

Sebenarnya aku sendiri pun takda simpan foto ni.Maklum la masa zaman tu sekeping kalau nak beli gambar lebih kurang RM0.30 hingga RM0.50 sen...Bagi aku dah kira mahal tu.Cuma aku tak ingat foto ni darjah berapa...masa tu masih zaman guna filem lagi..tak macam sekarang semua guna memori kad.

Bila tengok foto lama rasa macam nak nyanyi lagu kenangan terindah pulak...haha..

Tapi bakat takda,so,nyanyi dalam hati je la...betul la kata cikgu,zaman paling indah adalah zaman persekolahan.Apa masalah pun takda.Yang aku tahu masa tu cuma makan minum dan pergi sekolah.Aku tak tahu nak minta benda lain.

Sebab Bapa aku meninggal pada usia aku 7 tahun (darjah satu)- Mari sedekahkan AL-Fatihah buat arwah.Tiba-tiba rasa rindu padanya.Dah 30 tahun arwah meninggalkan kami semua.Semalam masa duduk kat luar rumah,tiba-tiba aku terbayang saat arwah dimandi dan dikapankan.Rasa sedih saat arwah dibawa ke kubur untuk dikebumikan......aku panggil arwah dengan panggilan "Bapak"...air mata mengalir ni....

Mak aku terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan kami sekeluarga....terima kasih "MAK".

Okeylah back to kisah sekolah,tahun 2012 kami telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 50 orang kawan-kawan lama dari sekolah rendah dan menengah.Dan dah pun membuat beberapa kali reunion.Macam-macam cerita ada bila dah lama tak jumpa.

Bentuk badan pun dah banyak yang berubah,kalau dulu sehalus lidi,sekarang masing-masing dah mengembang termasuk aku...haha

Itulah kesannya bila kurang bersenam dan tidak menjaga makan agaknya.Atau bahasa nak sedapkan hati,hati senang.

Gambar bawah ni masa jamuan raya yang lepas 2014.Hanya sebahagian yang dapat hadir.Kami bagi nama group kami dengan nama My Circle 77 (MC77),kerana kami semua dilahirkan pada tahun 1977.

Apapun semoga hubungan yang terjalin akan terus kekal sehingga ke akhir hayat.Semoga dapat menjadi sahabat di dunia dan akhirat.


kenangan zaman sekolah


Jom saksikan video upin ipin Sahabat selamanya ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...