Cara Buat TOPPING Kek Red Velvet cheese guna Susu pekat manis F&N.

Kek Red Velvet cheese

Fikir punya fikir,akhirnya dapat idea macamana nak buat Topping kek red velvet cheese guna susu pekat manis F&N.Gaya macam aku jer yang nak buat kan,sebenarnya isteri aku yang buat,harapkan aku takdalah,tangan kekok beb kat dapur.

Okey untuk pengetahuan korang,ini bukan cara untuk buat kek red velvet kukus ye.Ini cuma cara untuk buat toppingnya sahaja.Harap maklum...

Bahan-bahan yang perlu ada untuk buat Topping cheese adalah susu pekat manis F&N guna 1/2 tin atau ikut citarasa masing-masing,cheese 250g dan perasa oren untuk bagi rasa masam-masam sikit pada cheese tu.

Kek Red Velvet cheese Kek Red Velvet cheese

Kek Red Velvet cheese

Sekarang campurkan kesemua bahan tadi dalam bekas,mesti ada yang tanya kenapa guna susu pekat manis F&N.Ikutkan nak guna susu apa pun boleh,tapi bagi aku susu pekat manis F&N lebih sedap bila dicampurkan dengan cheese.Kalau nak tau korang boleh cuba sendiri.

Lagi satu susu pekat manis F&N diperkaya dengan vitamin A,B1 dan vitamin D3.Sekarang susu ni didatangkan dengan penutup.Jadi lepas guna boleh terus tutup,tak perlu la nak isi dalam bekas lain.Lebih selamat dari dimasuki serangga.Betul tak?

Harga satu tin cuma RM5/392g,boleh didapati kat outlet terpilih je.Tak semua pasaraya ada.Antaranya Ben's Independent Grocer,Jaya Grocer,Hero Market,AEON,Jason's Foodhall,Merento Village Grocer,Isetan,Cold Storage dan Presto Grocer.

Okey,siri seterusnya jom kita siapkan Topping kek red velvet cheese tadi.Selepas di satukan kesemua bahan-bahan tadi.Kita mix atau uli atau kacau sehingga sebati.Disebabkan rumah aku takda mesin mixer tu aku buat manual je la.Cara ni sebenarnya agak memenatkan dan lambat.Tapi perlu di ingat.Cara ini adalah ekonomi.Sebab tak perlu beli mesin mixer dan dapat menjimatkan tenaga elektrik...hehehe.Serta dapat bersenam tangan secara tak sengaja.

Selepas sebati lebih kurang 30 minit cara manual dan mungkin 5 atau 10 minit guna mixer.Korang boleh tuangkan ke atas kek red velvet kukus yang dah siap.Pastikan tuang rata yer.Okey dah siap.Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan semalaman.

Gambar bawah yang sebelah kanan tu kek red velvet cheese yang dah siap dan boleh dimakan.Memang lemak berkrim bila guna susu pekat manis F&N.Sedap sangat.Lebih-lebih lagi ada cheese.

Kek Red Velvet cheese Kek Red Velvet cheese



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...