Antara Pos Laju dan Servis kurier lain.Mana yang bagus?

Antara Pos Laju dan Servis kurier lain.Mana yang bagus?

Saja nak tanya, antara servis Pos Laju dengan syarikat kurier yang lain mana satu yang bagus? Aku jarang guna syarikat kurier lain selain Pos Laju untuk penghantaran. Untuk penerimaan ada jugak aku terima dari syarikat kurier yang lain seperti TNT, Gdex dan City link.  

Aku takda apa-apa masalah lagi dengan Pos Laju.Alhamdulillah semua berjalan lancar dari segi penghantaran dan penerimaan.

Dari segi kos untuk Pos laju memang murah.untuk barang yang berat dibawah sekilo baru rm6 untuk semenanjung.Untuk sabah dan sarawak sekitar rm12.


Ok la kan.


Sebab apa aku tanya antara servis pos laju dengan syarikat kurier yang lain mana yang lebih baik?
Kadang  aku ada terbaca status kawan-kawan kat facebook yang tak puashati dengan service Pos Laju sebab barang yang di order tak sampai-sampai.


Jika benar apa yang dikata, dimana silapnya? Mungkin pos laju perlu mempertingkatkan servis, agar tiada lagi masalah dimasa depan.


Buat masa ni, aku masih lagi pengguna setia dan pengguna tegar pos laju di bawah POS Malaysia.Kalau dulu memang aku tak pernah langsung guna servis kurier ni.Sama ada untuk penerimaan atau penghantaran.Dulu aku anggap benda ni tiada kepentingan dengan diri aku.Tapi kini semenjak sistem perniagaan online semakin menjadi trend di Malaysia nak ke tak nak ,aku terpaksa guna servis kurier terutamanya Pos Laju.

Lagi-lagi kalau buka kat facebook tu,melambak-lambak barang yang boleh dibeli.Aku rasa hampir 50% rakyat Malaysia dah mula suka dengan sistem beli barang online.Berbanding dulu.Silap-silap bukan saja beli barang online,malah jadi seronok nak jual barang pulak.

Risiko tetap ada,tapi bagi aku kalau dah rezeki tak kemana.Cuma nasihat aku pada peniaga online,jangan sesekali anda menipu orang.Kerana balasan ALLAH sentiasa ada untuk anda.Dan nasihat kepada bakal pembeli,cuba selidik dulu status peniaga online tersebut secara rambang di laman-laman sesawang.Biasanya kat facebook ada satu tempat untuk kita check peniaga-peniaga yang bermasalah.

Tentang kurier pula pilih la mana-mana syarikat perkhidmatan kurier yang berhampiran dengan tempat tinggal korang,Jimat kos.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...